Geng Panda Slim

Saturday, August 29, 2015

Adab Di Facebook



Beberapa hari lepas aku ada ternampak pasal post viral di laman sosial facebook mengenai hal yang tidak sepatutnya. 

Benda yang bagi aku, tak perlu rasanya diviralkan sebegitu rupa. Kalau betul okay lah, tapi bagaimana kalau itu hanya salah faham dan kecurigaan melampau satu-satu pihak sahaja? Bagi aku itu bukan saja memalukan pihak yang diviralkan malah orang yang membuat viral itu juga malu.

Laman social tidak bersalah bagi aku. Yang bersalah itu adalah orang yang menyalah guna laman social untuk tujuan tidak elok, memalukan orang lain, menipu orang lain. 

Aku gembira sebab aku rasa dekat dengan kawan-kawan dan keluarga memalu lama sosial. Boleh tengok perkembangan rakan-rakan setiap hari. Rasa macam masih hidup berjiran dan boleh bergurau senda.
Tapi, kena ingat, jaga batasan diri. Baru-baru ini aku dapat private mesej dari lelaki yang aku tak kenal pun dalam Facebook tu. (tak kenal sangat, kenal muka saja) . Situasinya ialah, aku belum tidur pada jam 0200, jadi dia Tanya kenapa aku tak tidur lagi. 

WEIII agak-agak bro, aku ni isteri orang, kau private mesej aku pukul 2.00 pagi untuk Tanya itu saja? Bukan kita nak menyombong, tapi bagi aku, itulah batasan yang aku kena jaga. Aku wanita bersuami, ada anak. Kalau aku reply saja mesej lelaki itu di facebook, tidakkah aku sudah mengundang curiga suami aku?

Jawapannya aku tak balas apa pun mesej lelaki tersebut. Kalau siang tak apa lagi wahai brother and sister, masalahnya ini dah pagi buta. Kenapa aku masih berjaga, itu bukan persoalan yang perlu orang di luar rumahtangga aku ambil kisah, apatah lagi seorang lelaki yang bukan keluarga aku pun. 

Kesimpulannya, beradablah di media social, hentikan tindakan bodoh. Suami orang, isteri orang jangan di kacau kalau bukan hal penting. Para suami dan para isteri harus jaga batasan.  Oh ya, walaupun hubungan hanya sekadar girlfriend atau boyfriend, hormatilah perasaan teman anda, jika anda ada keinginan untuk berkahwin dengan mereka, maka mulakan sikap hormat dan setia itu sejak awal.



SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

0 comments:

Post a Comment

Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91