Geng Panda Slim

Tuesday, September 1, 2015

4 Kemahiran Asas yang Utama untuk Anak.


Ibu bapa hari ini sangat suka bergegas terhadap banyak perkara.
Bagi mereka lagi cepat anak-anak mereka boleh mengenal huruf, mengenal warna dan mengenal nombor, maka lagi baik dan pintarlah mereka.  

Okay, aku bukan nak kata hal itu tidak baik. Ada yang sangat mengagumkan aku, umur 3 tahun dah boleh membaca, wow.

Apa yang aku nak cakap adalah, sesungguhnya aku tidak menggalakkan anda terlalu bergegas sehingga mengabaikan perkara asas. Contohnya butang baju sendiri dan sebagainya. Ada beberapa perkara yang aku ingin kongsikan kali ini;

Kemahiran Motor Halus dan Motor Kasar
Bagi mereka yang asing dengan pendidikan awal kanak-kanak, mungkin hal ini sesuatu yang baru. Ringkasnya kemahiran motor halus itu berkaitan dengan kemahiran anak-anak kita menggunakan jari /tangan/ kaki mereka selaras dengan mata. Kemahiran motor kasar pula  secara ringkasnya adalah kemahiran kanak-kanak/bayi menggunakan anggota badan mereka untuk bergerak atau melakukan sesuatu yang lebih kompleks. Kedua-dua kemahiran ini sangat penting dan perlu diambil perhatian sebelum kita memulakan sesi mengajar ilmu formal kepada mereka.

Pengurusan Diri
Aspek ini sebenarnya yang paling mustahak, dan merupakan kesinambungan daripada kemahiran motor halus dan kemahiran motor kasar. Apakah contoh pengurusan diri yang selalu gagal diterapkan oleh ibu bapa? 

1.       Toilet Skills/Toilet Training
Kemahiran ini bukan saja elok untuk anak-anak kita malah membantu menjimatkan duit kerana tak perlu membeli keperluan seperti pampers. Malahan membantu kita mengurus mereka dengan lebih cepat (skip part nak kejar anak untuk pakaikan pampers) . Aku pernah jumpa kanak-kanak sampai masuk tadika masih berpampers.  Si ibu pula tidak memberitahu kami bahawa anaknya masih dalam proses toilet training dan akhirnya tembelang pecah apabila budak itu terkencing dalam kelas. *sigh*. Guru atau pengasuh pun manusia biasa, mereka tak akan marah jika puan berterus terang.

2.       Memakai Pakaian Sendiri
Wow, daebak (awesome) kalau anak boleh mengenakan pakaian mereka sendiri, itu bonus buat ibu bapa. Kita boleh latih mereka. Salah satu cara adalah bermula dengan arahan (arahkan mereka hulurkan tangan kiri/kanan untuk masuk ke dalam lubang lengan) dan contoh (tunjukkan cara)

3.       Makan/ minum sendiri
Saya melihat ramai sungguh ibu bapa yang suka suap anak-anak mereka, mungkin ada yang berkata, suka hati saya lah, okay yang nak kata demikian silakan, tapi bagi yang sudi berubah, berubah lah, sebab dengan membiarkan anak anda makan (bermain) mereka sendiri, anda sebenarnya sedang mendidik mereka berdikari dan melatih kemahiran motor halus mereka.  Biarlah lantai berterabur dengan nasi, itu hanya pada permulaan. Lama kelamaan  pasti okay.

4.       Naik dan turun Tangga sendiri
Kediaman yang mempunyai tangga ke tingkat atas pasti menggerunkan mana-mana ibu bapa bila anak mereka  cuba mendaki tangga (selalunya anak-anak akan mendaki tangga dahulu sebelum menguasai kemahiran turun tangga) .  Takut jatuh kan? Aku pun cukup takut bila Leona cuba mendaki tangga ketika dia berumur 8 bulan. Tapi sebenarnya kita perlu dedahkan mereka dengan kemahiran ini agar rasa takut mereka (dan kita)  itu hilang. Tentunya dengan pemantauan pada awal-awal latihan.

Kesimpulannya, aku cadangkan lebih baik kita pentingkan dahulu kemahiran-kemahiran asas dan biarkan dahulu pendidikan formal. Kita boleh selitkan pendidikan tersebut dalam kemahiran asas tapi jangan lari daripada objektif asal untuk mendidik / menerapkan kemahiran asas dan bukannya ilmu formal. Baik, setakat ini dahulu buat masa ini, jika ada mood rajin nak tapi entry lain, aku akan share lagi. 

*sila maklum bahawa aku juga sedang dalam proses untuk mendidik Leona.



SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

0 comments:

Post a Comment

Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91