Geng Panda Slim

Tuesday, October 9, 2012

Persediaan Ke Alam Kerjaya 1


Ahad lepas. Hari ini hari isnin, ha kelmarin la kan… 

Universiti anjurkan program finishing school untuk semua pelajar semester akhir. Kiranya budak-budak yang dah nak keluar dari UPSI ler… Fakulti aku bergabung dengan Fakulti Sains sukan menjadi pendahulu aktiviti. Program ini mempunyai tiga sesi dan ada tiga kumpulan pelajar semester 8 yang terlibat. Syukur lah.. sedikit sahaja kan? 
 Bagi kumpulan aku, kami akan selesai pada 24 november. Complete ke tiga-tiga slot.
 
Slot yang baru kami lalui adalah slot “persediaan ke alam kerjaya”. Bunyi macam boring kan? Yeap, aku pun fikir macam tu sebelum aku masuk program ini. Aku boleh agak diri aku yang mengantuk. BUT! The real thing is…  selama yang aku ingat, ini lah program yg sangat bermanfaat… kami di ajar cara menulis resume yang betul, tatatertib temuduga yang sebenar, pakaian yang sesuai, fesyen ke temuduga, soalan2 popular… cara menjawab soalan penemuduga malahan skrip pun diberi. Haha… terima kasih yang teramat kepada careercube.com.my. 

Slot selepas ini adalah slot Leadership. Semoga ianya tidak memboringkan seperti yang aku fikirkan. 

Aku bersyukur dan berterima kasih untuk segala ilmu yang aku perolehi selama aku di UPSI. Tak sedar sudah hampir tamat. Minggu ini dah masuk minggu ke-5 dan tinggal lagi 9 minggu. :)  semoga segalanya berjalan dengan lancar.


Yang Penting HATI Bah.

3 comments:

Just said...

tp nnt time interview kan buli lupa semua tu tips abis telmpau nervous.. hahaha

NasQ said...

dah tak lama dah nak jadi orang dewasa berkerjaya...

Rinem said...

selamat............ semoga ilmu nya terus bermanfaat

Post a Comment

Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91