Geng Panda Slim

Sunday, October 21, 2012

Kisah Bapa



Bila ingat balik hal-hal dulu, buat aku seakan nak menangis. Masih ada rasa sakit dalam hati… itu kot yang dikatakan sembilu di hati. (aiseymen).

But yeap, untuk capai ke tahap ni bukan mudah. Banyak bal yang perit terpaksa dilalui. Aku pun tak tahu nak cerita macam mana tapi aku teringin nak tulis. 

Senyum. Hanya ni yang aku mampu buat dan dalam keterpaksaan kebelakangan ini bila bapa aku menjadi buah mulut masyarakat. Dulu aku sudah puas sakit hati. Malah aku pernah cuba melarikan diri dari kenyataan yang aku ada bapa sepertinya.
Tapi, aku tetap akan merindui bapa. Aku dikurniakan bapa yang penyayang. Aku tahu bapa sangat sayangkan kami anak-anaknya. Aku cukup bertuah menjadi anaknya kerana bapa tidak merokok dan tidak minum alcohol. Berbanding dengan orang lain yang suka bermabukan dan membazirkan duit demi minuman keras. Bapa tidak. Pernah seketika bapa cuba hisap rokok. Tapi dia tidak berjaya membuat dirinya ketagih.

Namun, mungkin kerana kekurangan yang ada pada bapa, ia adalah anak tunggal kepada nenek dan datuk aku. Datuk pula meninggal dunia ketika bapa masih kecil. Hal ini buat nenek sangat memanjakan bapa. Lalu bapa membesar menjadi anak yang kurang berusaha dalam segala sesuatu. Pekerjaan bapa hanya untuk diri sendiri. Tapi pun begitu, aku masih ingat bapa selalu bawakan ikan salai, daging pelanduk dan ayam hutan tiap kali balik ke rumah. Ingatan aku pada bapa hanya sehingga aku berumur 5 tahun. Tidak banyak yang aku ingat. Tambahan lagi, bapa bukan normal. Bapa pekak, dan percakapannya agak pelat. Hal tu buat bapa suka asingkan diri.
Selepas bercerai dengan mama, bapa hidup seorang. Mula-mula dulu aku kira bapa okay. Boleh hidup seorang diri. Tapi selepas lebih kurang 18 tahun hidup sorang diri. Aku nampak bapa sudah tua. Agak nyanyuk dan semakin menjadi buah mulut orang. Sebagai anak aku sangat sedih. Sepatutnya, sekarang ni aku bela nasib bapa. Walaupun aku sedar aku tidak pernah dapat sesen pun darinya. Tapi kalau bukan kerana bapa… aku tidak wujud. Tapi aku tidak berdaya. Masih belajar dan tidak punya pendapatan.

Namun, lain bagi orang kampung. Mereka melihat aku sebagai anak kepada seorang yang gila. Hati aku hancur bila budak-budak mengatakan bapa aku gila. Dari mana didikan itu kalau bukan dari orang tua. Malahan ada dalam kalangan keluarga aku memperlekehkan aku sebab aku anak kepada bapa. Mereka memperkecilkan aku. Aku tidak meminta lebih, Cuma mahu dikasihi. Tapi mereka seolah membenci aku. Abang sepupu aku cakap, “alaa… dia tu bukan sesiapa la… Cuma anak kepada si gila”. Sedih aku bukan kepalang. Dan sehingga kini aku cukup anti dengan dia. Aku mungkin berdendam tapi perbuatannya memang memberi kesan yang mendalam ke dalam hati aku. 

Dan kini bila aku melihat kehidupannya, aku kini cukup pasti, Tuhan sudah membalas dia. Memberi dia rasa apa yang bapa rasakan. Perceraian. Apa yang dia katakan pada aku suatu ketika dahulu, kini kena semula pada anak-anaknya. Aku tidak pernah mendoakan yang tidak elok untuknya. Aku Cuma berdoa kepada Tuhan agar diberi kekuatan hati dan ketabahan. 

Sekarangpun, setiap kali aku balik ke kampung dan sembang dengan mami, pasti akan terungkit kisah mama dengan bapa. Bezanya sekarang, aku sudah cukup matang dan aku tidak lagi menangis bila mami bercerita mengenai kisah mama dan bapa aku. Aku cuba belajar mengurangkan rasa sensitif  yang telah menjadi tabiat aku. 

Kadang aku terfikir, alangkah beruntungnya mereka yang hidup dengan ibu bapa kandung masing-masing. Tidak pernah kehausan kasih sayang. Tapi aku kini belajar bersyukur, kerana dengan keadaan seperti ini aku dapat lebih menyelami hati orang lain. Aku mampu baca kehendak hati orang lain. Keperluan mereka. Aku sering menjadi tumpuan kawan-kawan untuk meluahkan perasaan. Aku sudah biasa menjadi kaunselor untuk mereka. Ekoran itu, mungkin menyebabkan aku matang lebih cepat. Aku lebih cepat memahami dunia ini daripada rakan sebaya. Bahkan ketika aku berumur 12 tahun, fizikal aku sudah seperti pelajar tingkatan 2. Aku berusaha menyambung ke tingkatan satu menggunakan hasil titik peluh sendiri. Segala keperluan dan yuran aku tanggung sendiri. Bukan mahu menunjuk-nunjuk tapi aku kan tidak ada orang tua yang mampu berikan aku belanja. 

Terbiasa berdikari mungkin menjadikan aku degil dan sukar menerima pendapat orang lain. Aku tau itu negatif namun perlu masa untuk berubah. Kehidupan universiti mengajar aku menilai segalanya dengan lebih baik. Namun aku masih cepat melenting bila aku berdepan dengan mereka yang tahu buat tapi pura-pura tidak tahu. Reti memasak tapi berpura-pura tidak reti dan berharap aku melakukan segalanya untuk mereka. Aku benar-benar ‘panas’ bila, aku siap menyediakan everything, nak basuh pinggan pun kena aku yang buat. Errr perempuan apa yang macam ni? Itu contoh okay. 

Terbiasa berdikari membuat aku mahir dalam life problem solving. Aku tak suka orang yang terlalu bergantung dengan orang lain dalam kehidupan mereka. Atau sering berkata ini tak boleh, itu tak boleh. Aku orang yang berbahasa kasar namun cukup mudah tersentuh. Aku punya kelemahan. Aku benci orang yang suka menilai orang lain dan membandingkan dengan yang lebih baik. Aku pantang bila orang sibuk betulkan aku tapi dia sendiri masih jalan bertatih. Dan last, aku cukup benci bila cakap aku disalahertikan. Aku belum habis explain sudah mencela. Alamatnya, perbualan menjadi jarang sebab aku pilih untuk diam. 

Aku mungkin tidak faham keseluruhan cerita mengenai bapa, tapi aku pasti. Bapa aku jauh lebih baik daripada sesiapa pun yang ada dalam kalangan masyarakat yang aku kenali. Semoga Tuhan memberikan aku kesempatan membela nasib bapa. Sekarang ini pun aku sudah buktikan bahawa anak yang berbapa seperti bapa aku juga boleh berjaya. Fuuuhhhh lega.

Aku pasti, ramai yang cakap aku buka pekung didada... Terpulang la.

Yang Penting HATI Bah.

8 comments:

Len Inouie said...

Hugs for you dear..

Seriously..i cried while reading this. So much pain indeed. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Zaman kanak2 kita sebenarnya ada banyak kepahitan cuma kita tidak faham.

Kita tidak berhenti berkawan begitu saja masa kecil. Someone stopped us to see each other.

Anyway, stay strong. Heads up, stand straight and look forward.
God Bless You.

panda montel said...

@Len Inouie yes indeed... thanks...

NasQ said...

be strong... pedulikan apa orang kata... nanti bila dah kerja, cuba buat baik dengan ayah...

Just said...

i think u'r stronger than me. it was not easy yet u proof u can do it. kita semua ada cerita kita masing2. cara kita mau terima and face the issues seja membentuk kita to who we are now. teruskan positif k wen..

panda montel said...

@Tukang Karut hikhik... i will hehe

panda montel said...

@Just ya sis... being positive saja is such a burden apa lagi stay cool n be positive... heee

Jue said...

Setiap orang ada masalah2 masing..Diri kita sendiri saja yang boleh membuatkan kita kuat melawan setiap masalah yang dtg... U'r strong girl dear...

panda montel said...

@Jue i hope i will keep strong... tq...

Post a Comment

Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91