Sedang buat assignment. Actually buat thesis
aku. Tapi aku ni tak tahulah, apa sebenarnya masalah aku ni. Baca buku jea
nguap… err… adakah aku di kategorikan sebagai salah sorang yg ngidap sindrom
kurang tidur? Wahaha tak da sindrom macam tu… aku ni sindrom malas buat kerja.
Okay… sebenarnya idea nak update blog ni datang
tiba2 semasa aku buka blog Tukang Karut.
Dia ni antara follower yg sangat rajin baca entry aku… Well Terima kasih Encik.
Moga dimurahkan rezeki dan bahagia selalu bersama isteri dan anak tercinta. (bodek
dulu) hehe.
Okey,
updet beliau yang terbaru adalah mengenai permainan budak-budak zaman
dulu dan sekarang. A Versus. Well aku bukan nak cerita pasal perbandingan. Tapi
aku nak cerita sikit pasal permainan yang aku selalu main dulu.
Mandi
Sungai.
Dulu sebaik saja balik rumah dari sekolah, aku
dan kawan-kawan akan singgah mandi sungai dahulu. Dulu budak-budak manalah nak
ingat malukan. Baru darjah satu kot.. kami mandi bogel je. HAHAHHAHA… tapi
kegiatan kami di hidu oleh mak salah sorang daripada kawan kami, dikejarnya
kami satu persatu tak kira anak dia atau bukan. Punya takut masa tu… lari
lintang pukang kami. Sempai pakai pinafore je. Wahaha. Lawak.
Selepas peristiwa tu aku pilih mandi sungai
hanya bersama adik aku dan sepupu yang rata2 terdiri daripada orang lelaki. Haha.
Best lepak kat sungai dengan diorang sebab ada yang jaga. Kebanyakan sepupu aku
tu lebih tua dari aku. Hehe… sambil mandi, kami menangkap ikan. Guna apa? Well aku
dan adik aku tangkap guna tangan, yang abang2 tu pakai ‘panah’. X percaya boleh tangkap ikan guna tangan? Well…
aku ngan adik memang tangkap guna tangan. Lepas tangkap ikan kami panggang dan
makan tepi sungai. Hampir setiap hari macam tu., tapi aku tetap kurus maintain.
Mungkin sebab berenang.
Polis
Pencuri:
Kalau main ni confirm team aku akan menang.
Sebab aku kan berlari laju. Haha. Kami akan main permainan ni kalau tak ke
sungai. Main sampai pukul 5. Lepas tu kena teriak kat MAMI suruh mandi sebab
kat sabah kul lima tu dah nak gelap. Main pula sampai masuk belukar tepi tanah
perkuburan. Haha… yang kalah selalunya akan menangis. Muhahahha… satu badan
berpeluh tapi aku tak pernah kisah pun.
Permainan
susun selipar/3 kaki/ humban tin
Ni lagi satu permainan yang sangat-sangat
digemari. Susun2 selipar/kayu/tin sprite kemudian baling dengan selipar. Kalau kena,
everyones kena lari untuk mengelak di baling selipar oleh pihak lawan. Wahaha…
kalau main permainan ni, selipar adalah benda paling menakutkan. Sambil main
sabil gelak. Abang-abang aku selalunya akan menang sebab mereka berkaki panjang
dan aku tak dapat nak kejar. Kesimpulannya aku akan balik rumah dengan muka
masam.
Main
kawin-kawin dan masak-masak (Kono-kono)
Kami panggil permainan ni KONO2. Aku tak pasti
macam mana dapat nama ni tapi yang aku tahu, kono-kono tu berasal daripada
perkataan ‘Konon-konon’. Diringkaskan jadi kono-kono. Hahaha.tapi kami jarang
masukkan part kawin-kawin. Kami selalu main masak-masak. Pernah sekali kami
masak nasi kat tin terbuang dan berkarat. Masak sup umbut nibung dalam periuk
terbuang. Malam tu kami semua sakit perut. Wahaha… budak kan.
Main
daun terup.
Err jangan salah faham, kami bukannya main
dengan tujuan berjudi, just main daun je. Ada beberapa permainan: cap cangkul. Curi
ayam, monyet-monyet, kaya-kaya dan lap lapu. Haha. Aku pun tak tau macam mana
nak terangkan permainan kami ni.
Baca
komik:
Masa tu era 1990an, komik yang paling kami suka
baca adalah Dragon Ball, Pedang setiawan, Doremon, sailormoon, detektif Q,
gila-gila, dan banyak lagi. Tak de kreko lagi masa tu. Majalah remaja ni kami
tolak tepi. Haha. Kami akan berkumpul ramai-ramai dan baring kat ruang tamu. Baca
komik sampai tertidur. Novel? Xbaca langsung. Haha.
Kereta:
Abang-abang sepupu aku akan cari lebihan papan
dan jadikan seperti bentuk kereta. Tayar pula di bentuk daripada selipar
jepun. Mereka akan bagi kami adaik-adik
perempuan pinjam dan kami akan main kereta tu. Sebatang bambu pnjang di pasang
pada badan kereta kecil (sebesar bekas tisu) tersebut beserta handle daripada
kayu dan di pandu seperti memandu kereta. Bamboo tadi diletakkan di atas bahu.
(sorry kalau tak dapat imagine)
Banyak lagi permainan lain. Aku membesar tanpa
telefon, dvd, psp, dan gadget-gadget elektronik. Kami mencipta permainan
sendiri. Sungguh berkreativiti. Seronoknya zaman kanak-kanak aku. Terasa nak
kembali pada zaman tu. Tapi… in the other hands.. aku bersyukur aku dah besar. Banyak
perkara yang berlaku semasa aku kecil dan aku tak ingin laluinya sekali lagi.
Nantilah… aku akan update juga pasal tu. :)
4 comments:
semua sy main kecuali mandi sungai sama kereta. teda mandi sungai sbb bkn d kg. game 'polispencuri' kena panggil 'polisentep' yg spatutnya 'police and thief'. muahahahaha.. komik fav sy doraemon! kan bagus kalau ada pintusukati! hahaahah...
ok... aku terharu selepas baca entry ni... iskiskisk...
aku ngakak waktu baca yang kawin2 dan masak2
Waaa...Itu permainan famous masa zaman kanak2 kan... Ya..semua saya main juga kecuali mandi sungai sama kereta..Sama mcm c Just..hahha
Post a Comment
Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P