Geng Panda Slim

Saturday, August 29, 2015

Adab Di Facebook



Beberapa hari lepas aku ada ternampak pasal post viral di laman sosial facebook mengenai hal yang tidak sepatutnya. 

Benda yang bagi aku, tak perlu rasanya diviralkan sebegitu rupa. Kalau betul okay lah, tapi bagaimana kalau itu hanya salah faham dan kecurigaan melampau satu-satu pihak sahaja? Bagi aku itu bukan saja memalukan pihak yang diviralkan malah orang yang membuat viral itu juga malu.

Laman social tidak bersalah bagi aku. Yang bersalah itu adalah orang yang menyalah guna laman social untuk tujuan tidak elok, memalukan orang lain, menipu orang lain. 

Aku gembira sebab aku rasa dekat dengan kawan-kawan dan keluarga memalu lama sosial. Boleh tengok perkembangan rakan-rakan setiap hari. Rasa macam masih hidup berjiran dan boleh bergurau senda.
Tapi, kena ingat, jaga batasan diri. Baru-baru ini aku dapat private mesej dari lelaki yang aku tak kenal pun dalam Facebook tu. (tak kenal sangat, kenal muka saja) . Situasinya ialah, aku belum tidur pada jam 0200, jadi dia Tanya kenapa aku tak tidur lagi. 

WEIII agak-agak bro, aku ni isteri orang, kau private mesej aku pukul 2.00 pagi untuk Tanya itu saja? Bukan kita nak menyombong, tapi bagi aku, itulah batasan yang aku kena jaga. Aku wanita bersuami, ada anak. Kalau aku reply saja mesej lelaki itu di facebook, tidakkah aku sudah mengundang curiga suami aku?

Jawapannya aku tak balas apa pun mesej lelaki tersebut. Kalau siang tak apa lagi wahai brother and sister, masalahnya ini dah pagi buta. Kenapa aku masih berjaga, itu bukan persoalan yang perlu orang di luar rumahtangga aku ambil kisah, apatah lagi seorang lelaki yang bukan keluarga aku pun. 

Kesimpulannya, beradablah di media social, hentikan tindakan bodoh. Suami orang, isteri orang jangan di kacau kalau bukan hal penting. Para suami dan para isteri harus jaga batasan.  Oh ya, walaupun hubungan hanya sekadar girlfriend atau boyfriend, hormatilah perasaan teman anda, jika anda ada keinginan untuk berkahwin dengan mereka, maka mulakan sikap hormat dan setia itu sejak awal.



SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Friday, August 28, 2015

She Did It



Wehu wehuuuuu, 

Leona is on the move. And that is just too great. 

Within these three days, she amazingly proves that she can walk. She proves she is a determine young Lady too (like mama huh?) hehe

Yes she can’t (might) walk faster, but she shoves away all my wariness and yeah I am so happy
  
Mommy I did it. I can walk too

Look like Leona talk to me like that everyday.
 
To be fair, my husband had downloaded this kind of baby’s first step from Youtube and I played it all day long. What?  Yes, all day long. Probably, that’s boost my little girl confident to practice even harder. She improves a lot, seem like she had been practice for two week bah.

Thank you GOD, Thank you Leona, Thank You Husband, And thank you to all of my real friends and family who pray the best for my Little Leona.

I have uploaded the Video on You Tube.
Selamat Menonton hehehe

SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Thursday, August 27, 2015

DIY Baby Jumper

 Taaa Daaaa.....


 Seperti yang dijanjikan, hehe

Nilah rupa 1st DIY Jumper yang aku buat dengan mengguna semula  seluar tidur lama. Seluar tu aku guna masa berpantang hari tu. KL kan hot mee-hot, kalau kat rumah saja, berdua dengan Leona tak lalu aku nak pakai seluar panjang sampai tapak kaki hehe.

So bahagian atas tu aku potong kasi pendek. Bahagian bawah pula aku jahit jadikan Jumper Nana. Menjadi tak? hahaha Imaginasi aku fail. Jumper ni kecik sikit untuk Leona. Ngam-ngam badan, maksudnya kejap ja dapat pakai *sigh* nanti nak buat lagi lah. Banyak T-Shirt lama yang dah tak mahu guna.

But first, aku nak kumpul duit, nak beli Mesin Jahit. Barulah puas hati. hahah

Huwaaaaaa, Encik Husband, Nak ni.... nak jahit menjahit huhuu (bacalah blog ini husband ku)
Kalau ada Mesin jahit, macam-macam aku nak buat. Boleh buat Buku Baby sekali, mana lah tahu ada yang Berminat nak beli, kan kan kan hehe.

SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Tuesday, August 25, 2015

D.I.Y Pad Lutut bayi

Kebelakangan ini, aku rajin terlebih. Banyak benda aku buat.

Salah satunya browse pasal macam-macam projek D.I.Y. Yelah sekarang ini musim GST. Musim duit Mesia dah sia-sia. Kena rajin D.I.Y. kalau semua nak beli.. boleh pokai tahap hilang akal.

So aku jumpa macam-macam web yang bagi idea macam-macam. Oh ya.. aku guna bahasa inggeris ye untuk google tu. Banyak sangat entry dan idea yang sangat2 wow.. daebak..  awesome...

salah satu cara yang paling simple untuk buat 'D.I.Y KNEE PAD' ni ialah dengan memotong stokin kita tu. Gulp... aku punya stokin aku sayang wooo. X mo potong woo... huhu

Aku teringat leg warmer Leona yang aku beli banyak dulu-dulu. Bah boleh buat. Aku ambik leg warmer dan tampalkan nursing pad (yang ada double tape) pada bahagian dalam leg warmer.. cun cun kat lutut dia.  And there you go... siap...

Selamat Lutut Leona.

Tapi kalau korang xde leg-warmer boleh la pakai stokin korang kot.. atau buat (jahit leg-warmer) sendiri. Aku ada buat dress /jumper untuk Leona dari lebihan kain seluar panjang yang aku potong sebab nak kasi pendek. nanti aku update kalau aku masih rajin. Hehe...

Monday, August 24, 2015

Gigi Geraham Tumbuh



All Joy,
I spotted Leona punya gigi geraham few days back. Punya lah aku risau tengok ada extra gum tumbuh kat gummy kanan Leona. Aku ingatkan ada jangkitan sampai bernanah gusinya. Ada dalam 3 hari juga aku risau sangat-sangat dan bercadang nak bawah Leona to see dentist.

Mommy ni asyik risau je la. Agaknya itu kata Leona bila aku asyik Tanya dia setiap hari. Then gigi tu adalah gigi yang ke-9. Hooray, all joy. No wonder lah anak aku meragam tak tentu pasal. Gigi geraham tu sakit tau nak tumbuh. Sepatutnya gigi taring dulu kan yang keluar. 

Tapi daging (gusi) tu lambat benar nak tanggal lah. Ke kita kena tanggalkan daging tu? tapi nanti berdarah lah pula kan? 

She is Leona


So far, aku rajin-rajinkan diri untuk berus gigi Leona Je. Harap-harap xada apa2 lah.
 


SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Saturday, August 22, 2015

Tips untuk Bantu Anak Makan Nasi



Kali ni nak bagi tips sikit.

Oleh sebab sekarang ni musim tumbuh gigi Leona, memang susah sangat nak kasi dia makan. Semua tak suka, semua dia geleng kepala sampai terikut badan nak geleng. . . I just *ugghhh* /makan bah/
 
Aku blender nasi  campur dengan sup dan daging ayam dan sayur which is once her fav. But this time, ney. . . she don’t want her food serve like that anymore. Bagi dia nasi, makan hanya dua atau tiga sudu. And again *uggh* hahaha.

Yeah thats HER


So here the tips, (I found it is useful for Leona and me, hope it did the same to you)

Aku akan rendam beras semalaman, ( tak campur apa-apa pun) . Esoknya aku akan masak beras tu. so tekstur nasi tu masih seperti nasi biasa Cuma lebih lembut. Nak kunyah tak perlu tenaga. And she likes it. Boleh la lepas sesenduk nasi. Tapi Leona suka makan dengan sup/kuah masakan dan sayur kacang buncis.  Ni pun tak tahu sampai bila dia boleh terima.

Bila aku fikir logic, hurmm sudah seharusnya Leona tak nak nasi biasa-biasa tu, gummy dia sakit. . . tengah bengkak, nak tumbuh kan. So far gigi dia masih lagi 8 biji. Kat bahagian depan ada 4 kat atas dan 4 kat bawah.

Gambar Lama
Tengah gigit kaki dia sebab gusi gatal la tu hehe


Tips yang tak seberapa pun. Hehe
Tengs u all sudi baca.



SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Friday, August 21, 2015

Mulut Laser

Susah sungguh nak survive hidup di Kota Kuala Lumpur ini. Mobiliti mungkin senang la kan. Nak ke sana sini ada saja Public Transport. Jadi memang senang sangatlah nak berjalan-jalan. Yang jadi masalahnya adalah semuanya kena beli. Daripada sekecil-kecil benda sehingga ke sebesar-besar keperluan, semuanya harus berbayar. Kalau boleh senyum pun berbayar kot.

Dan ada insan baik hati tanya aku...

" eh, kau berhenti kerja ni,cukupkah kamu hidup?"
"PTPTN ko bayar tak?"

Dan banyak lagi soalan yang saya hanya mampu senyum pahit.

Kalau nak diikutkan hati dan kehendak, memang lah tak cukup. Tapi bersyujur kami tidak ada komitmen bulanan seperti kereta. Jadi tidaklah terlalu susah untuk kami nak atur perbelanjaan.

Tak susah pun nak kawal diri. Utamakan yang benar-benar kita perlukan. So tak perlulah nak sibuk dengan peribadi orang lain kan, sibuk nak tanya ada ke tidak kami bayar hutang piutang. Jaga keluarga sendiri sudahlah.

Aku sebenarnya cukup hairan dengan kebanyakan orang yang aku jumpa ini, cukup sibuk nak ambik tahu hal orang lain, dari zaman aku sekolah sampai dah beranak pinak ni. Mohon di jauhkan dari aku.


SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Wednesday, August 19, 2015

Leona Masih Bertatih



Leona dah nak masuk 14 bulan minggu ini.

Masa dia baru cecah 11 bulan dulu aku dah risau sangat, sebab at that age dia belum tunjuk tanda tanda nak berjalan. Salah aku kah?

Lebih lebih lagi bila kawan-kawan dalam group whats-app aku tu kata anak aku memang lambat kalau begini situasi nya. Well siapa yang tak terasa dan terkila kan bila anak kita dikata lambat perkembangan. Sejak ada anak ni aku sebolehnya jaga hati ibu-ibu lain dalam banyak hal, termasuk kata-kata. (kadang aku expect benda sama dari ibu-ibu lain and that makes me feel worst if they did otherway)

Jadi aku banyakkan membaca dan berdoa. I believe God never mistakenly create Leona. She is just too adorable. I ask my family and they told me not to worry because their kids ( my niece/nephew) also takes it longer than  others. Tapi kerisauan itu tetap ada. Aku emailkan soalan kepada Dr. Budak.com tapi sampai sekarang tak ada jawapan.

Sampai suatu ketika aku terasa seperti ada suara/fikiran dalam diri aku berkata,

Mengapa terlalu risau akan keadaan Leona? She is Perfect, nothing wrong. Percaya pada Tuhan dan just wait. Perlukah kau percayakan kata-kata orang berbanding TUHAN yang sudah menentukan bila waktunya Leona berjalan atau berlari?

Selepas hari itu, kerisauan aku berkurangan, aku tahu Leona akan berjalan bila dia sudah sedia, aku hanya perlu terus encourage dia. Sekarang ni dia menapak dalam 4-5 langkah dan terduduk semula. That’s okay. Aku tak nak paksa dia, sebab aku tahu dia dah banyak improve, Cuma perlu keyakinan saja lagi dan kesabaran kami berdua sebagai ibu bapanya.
Soal panjat memanjat, she is the best. Apa saja di panjatnya. Aku atau daddy dia yang sedang berdiri pun kalau boleh dia nak panjat.

DOA yang Terbaik Untuk Anak tersayang.

SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91