Geng Panda Slim

Wednesday, January 23, 2013

Kesan Rokok Ke?



Sejak berkenalan dengan tunang aku lebih kurang 12 tahun yang lepas, aku tak pernah nampak dia merokok. Tapi masa tu kat sekolah asrama.  Manalah aku kenal sangat, tidak peduli pun sebenarnya. (*_*). Itu dulu lah, masa tu aku benci dia, sekarang tukar 360ยบ.  Dan aku simpulkan dia bukan perokok.  

Tetapi entahlah, sejak bila dia mulai merokok, aku sendiri kurang pasti. Well, kami tidakla macam belangkas yang selalu berkepit ye. Dalam 10 tahun ni, kebanyakan tahun adalah percintaan jarak jauh. Baru-baru ni ja dapat jumpa lebih kerap. (selepas bertunang).  Jadi aku tak tahu sejak bila dia ni mulai merokok dengan tegar. 

Mungkin bosan dan kesian dengan aku yang tak pernah berhenti membebel menyuruhnya berhenti disamping keinginan beliau sendiri untuk bebas daripada rokok memberikan semangat kepada sang tunang untuk berhenti.  Syukur, kini sudah masuk 4 bulan beliau berhenti merokok.  

Awal-awal dulu memang sedap jugalah kena marah hari-hari. Kesan merokok kan. Tapi aku sabar, aku tahu itu semua stress akibat ketagihan merokok, dalam sebulan juga aku bersabar. Akhirnya emosi sang tunang semakin stabil. Aku pun gembira bila dia bebas daripada rokok. Tiada bau busuk bila keluar dating lalala~ hihihi…

Tapi masalah terbaru yang dia hadapi sekarang ni adalah Running Nose. Kesian pula tengok. Aku tak pasti sangat adakah ianya berpunca daripada perbuatan berhenti merokok atau ada sebab lain… tapi yang aku pasti, aku sangat RISAU. Kesian tengok dia tak selesa ketika makan dan bekerja. Air dari hidung mengalir terus. Bila search kat internet, ada banyak puncanya. So aku gesa dia ke KLINIK, dan aku harap selepas ke klinik keadaannya bertambah elok. Ini tidak, masih tak berubah. Aku suruh dia refer klinik tu semula. Semoga tiada hal yang serius. 

Yang Penting HATI Bah.

2 comments:

krole said...

indala wen..jgnla ko risau..ok bah tu...selalunya org berhenti mrokok ni sakit mula2 saja sbab mau buang smua toksin dlm badan kan~pastu gerenti ok punya... yang penting hati selamat bah hihi~

NasQ said...

baik gi check je la...

Post a Comment

Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91