Geng Panda Slim

Thursday, January 24, 2013

1st day at CLCM



Hari ni cuti. Cuti kerja. Lalala… baru mula kerja… sepatutnya tak cuti tapi bos bagi cuti. Lalala..
Mula kerja *yang kamarin (23.1.2013). *Shiooooookkkkk.  Hehe

Aku sampai kat office tepat pukul 9.00am.  terus di suakan dengan pelbagai dokumen yang perlu dibaca dan difahami dengan teliti. Introducing session to the whole company. Paling aku tak lupa, dengan tandas pun aku di introducekan. Haha.

Diikuti dengan pembentangan HR tentang syarikat. (agak minta puji kan? Padahal kerja cikai2 je. Aku ni kuli je, tapi dia buat apa.) CLCM had Established since 1985. Sebelum aku lahir ok, haha. Satu lagi, CLCM adalah sub branch daripada CHINA. Hanya ada tiga Negara setakat ini iaitu CHINA, MALAYSIA dan SINGAPORE. Kat China tu memang CLCM ni lah yang buat segala macam part computer yang sedang kita guna sekarang ni. For Malaysia, tumpuan lebih kepada membekalkan ATM dan CDM kepada pelbagai bank yang ada di MALAYSIA. Tiada kilang proses part-part computer. (*kalula ada ba kan, bagus o,  bleh ni sa minta tukar screen computer dengan harga yang lebih mura… hahaha)

Kemudian urusan financial. Kemudian Company Access system. Kemudian beberapa briefing penggunaan beberapa software. Sampai aku pening gila-gila. 

Pening-pening pun aku tetap juga happy, sebab sekarang aku dah ada kerja… which is mean I earn something la… 

Lagi satu, I had a free lunch because it is a treat from the company. Sedap spaghetti tu. Hohoho… memang baik company macam tu. Hope dapat stay lama kat company ni. :) 

 1st day... Purple and Black. No Heavy makeup. LOL.bag tak ubah. teruskan pakai my kuliah's Bag. haha.

 Some of the GIFT from the Company. Mungkin korang da biasa kan dapat benda2 ni. Sebab tu tak bising2 pun, well aku 1st time so aku bising2 dan kalau buat u all meluat, harap d maafkan yea. hehe

*  Sabahan slang


Yang Penting HATI Bah.

Wednesday, January 23, 2013

Kesan Rokok Ke?



Sejak berkenalan dengan tunang aku lebih kurang 12 tahun yang lepas, aku tak pernah nampak dia merokok. Tapi masa tu kat sekolah asrama.  Manalah aku kenal sangat, tidak peduli pun sebenarnya. (*_*). Itu dulu lah, masa tu aku benci dia, sekarang tukar 360ยบ.  Dan aku simpulkan dia bukan perokok.  

Tetapi entahlah, sejak bila dia mulai merokok, aku sendiri kurang pasti. Well, kami tidakla macam belangkas yang selalu berkepit ye. Dalam 10 tahun ni, kebanyakan tahun adalah percintaan jarak jauh. Baru-baru ni ja dapat jumpa lebih kerap. (selepas bertunang).  Jadi aku tak tahu sejak bila dia ni mulai merokok dengan tegar. 

Mungkin bosan dan kesian dengan aku yang tak pernah berhenti membebel menyuruhnya berhenti disamping keinginan beliau sendiri untuk bebas daripada rokok memberikan semangat kepada sang tunang untuk berhenti.  Syukur, kini sudah masuk 4 bulan beliau berhenti merokok.  

Awal-awal dulu memang sedap jugalah kena marah hari-hari. Kesan merokok kan. Tapi aku sabar, aku tahu itu semua stress akibat ketagihan merokok, dalam sebulan juga aku bersabar. Akhirnya emosi sang tunang semakin stabil. Aku pun gembira bila dia bebas daripada rokok. Tiada bau busuk bila keluar dating lalala~ hihihi…

Tapi masalah terbaru yang dia hadapi sekarang ni adalah Running Nose. Kesian pula tengok. Aku tak pasti sangat adakah ianya berpunca daripada perbuatan berhenti merokok atau ada sebab lain… tapi yang aku pasti, aku sangat RISAU. Kesian tengok dia tak selesa ketika makan dan bekerja. Air dari hidung mengalir terus. Bila search kat internet, ada banyak puncanya. So aku gesa dia ke KLINIK, dan aku harap selepas ke klinik keadaannya bertambah elok. Ini tidak, masih tak berubah. Aku suruh dia refer klinik tu semula. Semoga tiada hal yang serius. 

Yang Penting HATI Bah.

Tuesday, January 22, 2013

Medical Chek-Up



Semalam (Kalau orang sabah ni prefer cakap kelmarin/kemarin yg bermaksud, jika hari ini adalah hari selasa (22.1.13), maka yang di maksudkan adalah hari isnin (21.1.13) aku selamat menjalankan Medical Checkup. Semua berjalan lancar.  Smooth ja. Layanan staff Assunta Hospital pon best. Sangat la best. Baik dan berbudi bahasa. Aku beruntung sebab sampai awal dan mendapat giliran paling awal as my appointment were at 8.30 am and an urgent one. Tinggi ok, berat ada kurang sikit, yeay. Urine test then blood test and X-ray…Yang paling aku takut iaitu, masa nak kena cucuk dengan jarum untuk ambil darah. Yang tu sangat menakutkan. 


9.15am aku diminta bersarapan dan datang semula selepas pukul 10.30am. Aku makan mee goreng dan segelas milo, tapi rasa masih lapar, mungkin sebab aku makan sikit saja malam sebelum kejadian dan tidak mengambil sebarang makanan pada waktu pagi kerana aku diminta  berpuasa. Nak oder semula malu la. Haha, aku keluar dari kantin hospital tu dan masuk ke cafe fruitastic. Ada wifi free… so aku lepak sana sampai 10.30 am. Had ordered Apple Struddle and Bluberry Muffin. *MAHAL. 

 
Kaunter Pendaftaran dalam HSC. Belum ada orang. Aku je.

Patut la tak ada orang, aku ada kat situ dalam kul 8.10am. hahhaaha
 

 
Terasa ingin mengajar sang Abang untuk menulis Huruf dengan betul hahaha.
 
Tangan kena cucuk. TAKUT.. *~*

Blueberry Muffin!


10.30 am… masa yang ditunggu-tunggu ni. Hehe… aku di bawa jumpa Dr. Hmm.. semuanya normal. Cuma ada beberapa soalan pelik dari Dr. tu.


“ Hi Winda, I am…dr. _ _ _. So far, hmmm… luckily you are not pregnant..and…”
Ketawa aku berderai bila Dr. cakap macam tu. I get it, she is joking. Haha.
“Your urine test is all negative which is good and the X-ray showed nothing to worried about”
Tarik nafas bah aku. Lega hati sebab kalau baca entry ini, sebenarnya aku kurang konfiden dengan analisis x-ray oleh dr. tu dahulu.

Have you been…,”
“Yup”
“When did you feel it?”
“I did not notice it.” The truth is I don’t care about it, it was usual to me.
Lay down on the bed please..”

Dr. tekan2 bahagian jantung aku dan perut aku. Suluh mata dan telinga aku. Pastu ketuk lutut aku. (teringat mr. Bean pnya scene masa  kena periksa lutut haha).

Okay, sebenarnya aku dah tahu aku ada masalah hemoglobin. Tahu sejak aku berumur 10 tahun lagi. Darah aku tak cukup. Tapi aku abaikan sebab aku tak percaya. Haha. Plus malas nak telan ubat banyak ni.  Dan stu lagi, aku rasa aku masih kuat sebab mampu berlari 1500m, 800m, 400m, 200m, 100m ketika bersekolah dulu. Hebat kan aku. haha itu dulu, cuba suruh aku lari 20 meter ja sekarang. Pengsan kali.

“You better check your hemoglobin. You can make it here or everywhere. It is not normal for you. You must know what caused it and retreat it as soon as possible. There are some causes like genetic, diet, cancer… bla bla bla”

Baik betul doc. ni... Baiklah, ujung bulan Februari nanti aku p cek kot.. risau juga. Itupun kalau bajet cukup la. Malam tadi buat pembacaan mengenai kesan jangka masa panjang pasal masalah aku ni… paling takut bila ada beberapa hasil carian kata akan menyebabkan dysfunctional of organ… well… I experience some of them.. Yay… haha.


~lebih baik satu hari dipelataran-MU, daripada 1000 hari ditempat lain…~
Tuhan lebih tahu yang terbaik.


Yang Penting HATI Bah.

Friday, January 18, 2013

LISTEN, LISTEN, LISTEN



Sebagai mahasiswa (masih mahasiswa sebab belum grad, haha) aku bangga dengan anak-anak muda progresif macam ni. aku bukan orang banyak (poli) + piara Itik (itik), tapi aku tahu aku tau apa aku nak.

Jangan halang anak muda bersuara... jika mereka salah, betulkan. Sebab  sudah namanya sedang belajar... kalau masi tak tahu... sila rujuk pantun lama...

..... saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan....

bak kata Bawani, Kebenaran pasti akan keluar juga...





by the way... famous gila SZJM sekarang ni... enjoy video2 ni yek. hahaha.


 MATHLUFTI


NAMAWEE

 DAN

Best lagu tu, KREDIT kepada Encik Mimpi. :)

Yang Penting HATI Bah.

Thursday, January 17, 2013

Job Haunted Story 4



Cerita Masih bersambung. Haha.Baca yang ni dulu kalau tak baca dari awal. Job Haunted Story, Job Haunted Story 2, Job Haunted Story 3.

Selepas interview dengan CEO, aku laju menuju ke lift dan terus mendapatkan tunang yang setia menunggu di Oldtown.. Kesian dia seharian menghabiskan masa menunggu. aku ceritakan semuanya pada beliau dan dia hanya senyum. 

“Kalau tak dapat… tak apa. Kita usahakan cari kerja lain”

Aku senyum agak terpaksa. 

Aku terus balik kerumah dan berehat sekejap sebelum memulakan sesi mengangkat air dari level one ke level 4. (air tak ada di kawasan perumahan  kami selama 2 minggu lebih).  Lupakan sebentar kekecewaan hati kan. Penat bah angkat air. 

Lebih kurang pukul pukul 9.00am pada pagi berikutnya, aku terbangun kerana panggilan daripada nombor yang aku termiss sebanyak 5 kali semalam (semasa aku angkat air).  

“Hallo, may I speak to Miss Winda please” suara tu asing bagi aku. (mamai kan, ingat mimpi)
“Yes, speaking.”
“Owh, good morning aa” keluar Chinese slang dia. :)
“Morning, hehe”
“ Okay ar winda, I am Miss _ _ _ _ _ _ _, from CL Computer…..”

Yeaahh… I GOT THE JOB!

So at the same day I go back to CLCM and get the appointment letter and take the letter to Hospital Assuntha for Medical Check-up. It should be on last Monday on 14th Jan. but suddenly I got period, (padahal memang sudah mau due pun). So tunda lagi kemasukan kerja. Mungkin akan start minggu depan ataupun sekali tunda ke 1 Februari. Baru la betul2 the END. Terima kasih sebab sudi membaca.

Yang Penting HATI Bah.

Job Haunted Story 3




Panjang lebar penerangan yang aku dengar daripada mereka berdua. Sempat lagi HR tu buat free behavioral consultant dengan aku (based on my answer in the form I mention in Job Haunted Story 2.)

Hampir sejam aku diberi penerangan, (dalam hati aku hairan dan penuh tandatanya, kenapa interview ini lain dari yang lain?) kemudian mereka masuk soal gaji. Aku letak degree standard la kan. Hahaha (tamak haloba tak aku?)

Aku cuba je letak gaji degree standard … sebab masa aku isi form tu, dalam hati aku tak nak sangat kerja kalau setakat front desk. Haha.Jahatkan aku. Ye, aku pilih kerja! Tapi bila dah dapat Job description tu.. OMG, I want this job! :P padan muka aku, hati sudah gundah gulana. Hahaha. 

Then they surprised me… you know. They asked me to decrease it a little bit since they will give basic, allowance, incentive and over time payment. So I just agree. Oh come on babe, don’t  you wanna work for something (job) that you like with a good salary in a big company and the truth is, you deserve less since you studied in a different field? Oh, sekarang nampak sangat dengan jelas ketamakan aku. haha. 

The boss ada tanya aku, kenapa aku tak mau kerja cikgu? Aku terus blur. Tak ada idea aku nak jawab. Tiba-tiba speaking pun tersasul-sasul. 

“Coz of the salary. If it is not from the government, I’ll get less than 1k.” 

Vengong tak jawapan aku? Yup, itu betul… tapi tidakkah itu menampakkan aku ni mata $$$$? Oh tidakkk… Terlajak perahu… (sambung sendiri).

Selepas tu kami sempat bergurau senda sikit pasal masalah yang mungkin akan saya hadapi semasa bertugas. Masa ni aku ingat aku dah dapat kerja ni… tapi siapa tahu I had another surprise…  apa? Nak sambung kemudian? Hahaha…   xperlulah kot… kita habiskan pada siri ini.

HR tu bagi tahu aku bahawa for them, sudah okay. Cuma aku kata putusnya harus jumpa dengan Company CEO. CEO akan tiba dari Singapore selepas lunch so, aku kena datang smeula dalam pukul 2.30pm for second interview. Kemudian HR tu bagi aku sedikit tips jawab soalan Vengong kat atas tu. Haha.percaya tidak? Aku google cari jawapan untuk soalan “why do you change your career”.
 
For the second interview, aku datang awal 15 minit, tapi aku masih tunggu sehingga 30 minit.  CEO datang agak lewat so interview pun agak lewat lah. Aku nampak kepenatan di wajah sang CEO. Simple je 2nd interview. Done in 15 minutes. Tepat jam 3.00pm aku keluar dari office. Selain soalan vengong kat atas tu, CEO Tanya aku soalan aplikasi (jika aku bertugas dan ada masalah) dan apa yang akan aku lakukan. Aku jawab macam jawab exam, HENTAM. Haha. Mr CEO suka belek sijil-sijil aku. Tanya pasal degree aku, Tanya pasal keperibadian dan achievement aku. Aku lebih selesa pada 2nd interview ni. And the last thing, Mr. CEO kata, 

“Okay, Ms. Winda, coz I haven’t see and finish to interview the other candidates, then we will call you in a week if you are selected” 

Aku terkedu. Senyuman aku sedikit longgar namun aku paksakan juga dan aku bersalaman dengan CEO.

“Okay sir, thank you very much sir”

So that’s all…

THE END…






Yang Penting HATI Bah.

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91