Geng Panda Slim

Sunday, May 20, 2012

SAKIT!!!


Aku tidak pernah menjangka perkara ni akan berlaku pada aku. Seingat aku, aku tidak juga pernah meminta untuk mendapat sakit ini. Selama ni aku dikenali semua orang sebagai individu yang berantibodi kuat, sihat dan stabil dalam aspek kesihatan. Aku juga tidak pernah meminta dan mengharapkan sakit sampai macam ni.

Jarang sakit menyebabkan aku sedikit jakun dengan kesihatan aku. Kalau setakat demam selesma 3 atau 4 hari dah sembuh dah. Tapi kali ini antibodi aku kalah… sakitnya Tuhan saja yang tahu. Mula2 tahu bahawa aku mungkin menghidap ______ buat aku hilang arah. Rasa hendak meraung pun ada juga. Why on earth? Entah dimana silapnya aku sehingga sakit aku berlanjutan seperti ini. 

Praktikal ni terpaksa aku habiskan lebih awal. Aku diberi cuti selama 7 hari oleh doktor. Nampak macam aku sihat je kan? Aku sendiri tak percaya bahawa aku sakit sampai macam ni. Sebelum ni aku bukannnya tak pernah jumpa doktor pun…  Dan Doktor tetap cakap aku biasa biasa saja. Then tiba2 pula jadi macam ni. 

Namun jauh di sudut hati aku, aku masih berharap dan berdoa… agar aku dijauhkan daripada sakit itu… mohon agar keputusan makmal mendiagnosis benda lain asalkan bukan penyakit itu. Semoga ianya benda lain. Aku lebih rela ianya benda lain daripada itu.  

Yang Penting HATI Bah.

4 comments:

bib2426 said...

kesiannya Wen Sayam Bayamku sorng ni. hiksss...saket ape? meh msj meh..

dill said...

wen, saye arap awak cepat sembuh. jangan paksa diri sangat ya

dill.

panda montel said...

@Cik Bib hmmm kalau konfirm nnt bru wen bgtau k..

panda montel said...

@dill thanks dill... hmm xpaksa diri. buat setakat mampu tp hairannye.... aku sakit padahal aku rasa aku sihat

Post a Comment

Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91