25 November 2013, 1st time mendaftar ke klinik
Ibu dan Anak Pandan Dalam.
Bermula dengan sesi menelefon operator meminta
recommendation klinik terdekat.
Kemudian bersiap, take a taxi. Kena tipu oleh pak cik cina
taxi. Dah la dia menipu, aku bagi lagi extra duit hehe. Xpe la. Rezeki
uncle cina tu.
Sampai klinik 9.14am, orang ramai gila. Nak berebut tapi tak
dapat. Selesai diberi nombor, dua buah buku Pink (Buku Merah kata orang, tp
kaler nye pink ape), form untuk cek breast condition and ada saatu form kecil. Aku
tak ingat. Haha…
Ambik air kencing, cek, normal, timbang berat badan, 54.5kg.
turun hampir 4kg berat aku. Lepas tu aku duduk sampailah dalam pukul 11.30 baru giliran tiba untuk masuk bilik 6, cek tekanan darah and sesi interview, BMI cek, dan
ukur tinggi.Tak bertambah pun tinggi aku sejak tahun
2004, tetap 153.5cm. haha. Sempat nurse
tu bebel sebab aku tak isi lengkap buku pink tu (x isi butiran suami, haha, aku
tak perasan kot bahagian tu). Aku terima ja la. Salah aku kan. Nurse dan doc cakap... tindakan aku tepat kerana datang daftar lebih awal, dan aku di nasihatkan untuk dtg awal pada kehamilan akan datang (hahaha) seperti kali ini.
Then aku kena suruh ambik darah. Part ni aku paling takut. Terketar-ketar
aku menghulurkan lengan kiri. Masa nurse cucuk tu aku toleh arah lain. Tiba2
nurse cakap dah siap. Aku tengok dah selamat spica-gari darah aku dalam tangan
nurse. Haha. X sakit pon.
Then aku duduk lagi sampai pukul 1.10, jumpa nurse kat bilik
5, dia cek breast. Hahaha… Malu aku seyh… then dia sembang sikit2 dengan aku. Aku
Tanya macam-macam, senyum je nurse tu, dia bagi appointment 26.12.13. selepas
Christmas tu…. Tapi aku setuju je sebab x balik Sabah pun. Xde cuti dah. Hahaha…
lagipun suami juga cuti masa tu. Ok la ada teman. Pas tu aku jumpa doc. Part ni
yang aku tunggu2, sebab nurse kat bilik 5 inform… doc akan bagi salinan scan
baby. Waaa tu yang nak tengok tu… hehe. Doc cakap baby dah ada bentuk dah. Hehe…
Pukul 2.05pm aku da sampai tesco. Makan Tom Yum Kung Secret
Recipe. Menggeletar kelaparan!!!
#Kesimpulannya... bagi aku buat check-up kat Klinik Government ni xde la pahit sangat seperti yang aku bayangkan. nurse xde pun nak sekolahkan aku. hehe. bagi aku ikut pandangan org la.... aku ambiksemua tu positif ja. demi baby tersayang kan...so, sila la bakal ibu yang lain buat check up kat Klinik GOV k. Free ja. Teliti lagi.Masa je la kena korban sikit.#
Yang Penting HATI Bah.