Geng Panda Slim

Monday, November 25, 2013

Mendaftar Ke Klinik Ibu dan Anak. (Pengalaman Pertama)

25 November 2013, 1st time mendaftar ke klinik Ibu dan Anak Pandan Dalam. 

Bermula dengan sesi menelefon operator meminta recommendation klinik terdekat. 

Kemudian bersiap, take a taxi. Kena tipu oleh pak cik cina taxi. Dah la dia menipu, aku bagi lagi extra duit hehe. Xpe la. Rezeki uncle cina tu. 

Sampai klinik 9.14am, orang ramai gila. Nak berebut tapi tak dapat. Selesai diberi nombor, dua buah buku Pink (Buku Merah kata orang, tp kaler nye pink ape), form untuk cek breast condition and ada saatu form kecil. Aku tak ingat. Haha…

Ambik air kencing, cek, normal, timbang berat badan, 54.5kg. turun hampir 4kg berat aku. Lepas tu aku duduk sampailah dalam pukul 11.30 baru giliran tiba untuk masuk bilik 6, cek tekanan darah and sesi interview, BMI cek, dan ukur tinggi.Tak bertambah pun tinggi aku sejak  tahun 2004, tetap 153.5cm. haha. Sempat nurse tu bebel sebab aku tak isi lengkap buku pink tu (x isi butiran suami, haha, aku tak perasan kot bahagian tu). Aku terima ja la. Salah aku kan. Nurse dan doc cakap... tindakan aku tepat kerana datang daftar lebih awal, dan aku di nasihatkan untuk dtg awal pada kehamilan akan datang (hahaha) seperti kali ini.

Then aku kena suruh ambik darah. Part ni aku paling takut. Terketar-ketar aku menghulurkan lengan kiri. Masa nurse cucuk tu aku toleh arah lain. Tiba2 nurse cakap dah siap. Aku tengok dah selamat spica-gari darah aku dalam tangan nurse. Haha. X sakit pon.

Then aku duduk lagi sampai pukul 1.10, jumpa nurse kat bilik 5, dia cek breast. Hahaha… Malu aku seyh… then dia sembang sikit2 dengan aku. Aku Tanya macam-macam, senyum je nurse tu, dia bagi appointment 26.12.13. selepas Christmas tu…. Tapi aku setuju je sebab x balik Sabah pun. Xde cuti dah. Hahaha… lagipun suami juga cuti masa tu. Ok la ada teman. Pas tu aku jumpa doc. Part ni yang aku tunggu2, sebab nurse kat bilik 5 inform… doc akan bagi salinan scan baby. Waaa tu yang nak tengok tu… hehe. Doc cakap baby dah ada bentuk dah. Hehe… 

Pukul 2.05pm aku da sampai tesco. Makan Tom Yum Kung Secret Recipe. Menggeletar kelaparan!!!

#Kesimpulannya... bagi aku buat check-up kat Klinik Government ni xde la pahit sangat seperti yang aku bayangkan. nurse xde pun nak sekolahkan aku. hehe. bagi aku ikut pandangan org la.... aku ambiksemua tu positif ja. demi baby tersayang kan...so, sila la bakal ibu yang lain buat check up kat Klinik GOV k. Free ja. Teliti lagi.Masa je la kena korban sikit.#

Yang Penting HATI Bah.

1 comments:

Just said...

Lupa kastau.. klinik buka pkl 8am. 7.45am buka counter ambil nombor giliran. Sy selalu 7.20am sdh queue up. Selalu dpt top 5! By 9.30am sdh masuk ofis! Heheheh... mau save annual leave sbb klinik cuma bagi time off.

Post a Comment

Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91