Akhirnya berjaya buka buku akaun ASNB untuk anak. Sangat mencabar berada dalam bank dengan karenah Leona yang pelbagai.
Kasi dia makan bun. Dia makan 3/4. Kasi dia minum... dia minum. Ingatkan boleh diam lah lepas tu. Tapi lain pula jadinya. Makin aktif... baca huruf dan number sana sini. Dahlah dia sorang saja budak dalam bank tu. Terpaksa aku bersabar. Nak di sua handphone? Tak terfikir. Biarlah malu orang tengok2. Daripada mata anak tertumpu ke skrin telefon ja.
Pendaftaran akaun ASNB utk mereka di bawah 18 tahun perlukan
1: IC Penjaga
2: Sijil Lahir Anak
3: Borang ASNB
4: ada lagi satu borang pelepasan entah apa nama nya.
Itu je. Tapi di sebabkan aku ni rajin, dah lama dah aku minta borang 3 dan 4 tu dari Branch Maybank. Aku isi kat rumah dan pergi bank.
Bank Officer kat branch yang aku pergi ni sangat friendly. Siap tolong buat itu ini sebab aku sedang gendong Leona. Walaupun pakai SSC tapi tangan dia bebas. Boleh capai apa saja yang dia boleh capai . Thanks Maybank Officer.
Kena sign siap-siap semua dokumen tu kecuali ruangan pada borang ASNB. Itu perlukan Cop Ibu Jari Kiri. Kenapa kiri ye? Hurmm agaknye sebab tangan kanan ni selalu kita guna so possibilty terluka tinggi kot. Entah la. Memandai ja aku ni.
Lagi satu nak buat ASNB ni kena la sabar ye... proses agak lambat. Apatah lagi joka sistem sedang buat hal. Lebih sejam juga lah aku menunggu tadi. Tapi berbaloi sebab settle dah semua. Berjaya top up akaun ASB aku juga. Yelah untuk simpanan masa cemas. Haha.
Tapi yang aku sangat geram, dapat je buku ASNB tu.. Leona minta dan aku bagi. Dia belek2... pastu 'reeet'. Hampir terkoyak habis 1 page. 😤😤😤. Aku rasa dah nak jadi hijau masa tu.
SABAR JA LAH.
0 comments:
Post a Comment
Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P