Geng Panda Slim

Monday, August 24, 2015

Gigi Geraham Tumbuh



All Joy,
I spotted Leona punya gigi geraham few days back. Punya lah aku risau tengok ada extra gum tumbuh kat gummy kanan Leona. Aku ingatkan ada jangkitan sampai bernanah gusinya. Ada dalam 3 hari juga aku risau sangat-sangat dan bercadang nak bawah Leona to see dentist.

Mommy ni asyik risau je la. Agaknya itu kata Leona bila aku asyik Tanya dia setiap hari. Then gigi tu adalah gigi yang ke-9. Hooray, all joy. No wonder lah anak aku meragam tak tentu pasal. Gigi geraham tu sakit tau nak tumbuh. Sepatutnya gigi taring dulu kan yang keluar. 

Tapi daging (gusi) tu lambat benar nak tanggal lah. Ke kita kena tanggalkan daging tu? tapi nanti berdarah lah pula kan? 

She is Leona


So far, aku rajin-rajinkan diri untuk berus gigi Leona Je. Harap-harap xada apa2 lah.
 


SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Saturday, August 22, 2015

Tips untuk Bantu Anak Makan Nasi



Kali ni nak bagi tips sikit.

Oleh sebab sekarang ni musim tumbuh gigi Leona, memang susah sangat nak kasi dia makan. Semua tak suka, semua dia geleng kepala sampai terikut badan nak geleng. . . I just *ugghhh* /makan bah/
 
Aku blender nasi  campur dengan sup dan daging ayam dan sayur which is once her fav. But this time, ney. . . she don’t want her food serve like that anymore. Bagi dia nasi, makan hanya dua atau tiga sudu. And again *uggh* hahaha.

Yeah thats HER


So here the tips, (I found it is useful for Leona and me, hope it did the same to you)

Aku akan rendam beras semalaman, ( tak campur apa-apa pun) . Esoknya aku akan masak beras tu. so tekstur nasi tu masih seperti nasi biasa Cuma lebih lembut. Nak kunyah tak perlu tenaga. And she likes it. Boleh la lepas sesenduk nasi. Tapi Leona suka makan dengan sup/kuah masakan dan sayur kacang buncis.  Ni pun tak tahu sampai bila dia boleh terima.

Bila aku fikir logic, hurmm sudah seharusnya Leona tak nak nasi biasa-biasa tu, gummy dia sakit. . . tengah bengkak, nak tumbuh kan. So far gigi dia masih lagi 8 biji. Kat bahagian depan ada 4 kat atas dan 4 kat bawah.

Gambar Lama
Tengah gigit kaki dia sebab gusi gatal la tu hehe


Tips yang tak seberapa pun. Hehe
Tengs u all sudi baca.



SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Friday, August 21, 2015

Mulut Laser

Susah sungguh nak survive hidup di Kota Kuala Lumpur ini. Mobiliti mungkin senang la kan. Nak ke sana sini ada saja Public Transport. Jadi memang senang sangatlah nak berjalan-jalan. Yang jadi masalahnya adalah semuanya kena beli. Daripada sekecil-kecil benda sehingga ke sebesar-besar keperluan, semuanya harus berbayar. Kalau boleh senyum pun berbayar kot.

Dan ada insan baik hati tanya aku...

" eh, kau berhenti kerja ni,cukupkah kamu hidup?"
"PTPTN ko bayar tak?"

Dan banyak lagi soalan yang saya hanya mampu senyum pahit.

Kalau nak diikutkan hati dan kehendak, memang lah tak cukup. Tapi bersyujur kami tidak ada komitmen bulanan seperti kereta. Jadi tidaklah terlalu susah untuk kami nak atur perbelanjaan.

Tak susah pun nak kawal diri. Utamakan yang benar-benar kita perlukan. So tak perlulah nak sibuk dengan peribadi orang lain kan, sibuk nak tanya ada ke tidak kami bayar hutang piutang. Jaga keluarga sendiri sudahlah.

Aku sebenarnya cukup hairan dengan kebanyakan orang yang aku jumpa ini, cukup sibuk nak ambik tahu hal orang lain, dari zaman aku sekolah sampai dah beranak pinak ni. Mohon di jauhkan dari aku.


SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Wednesday, August 19, 2015

Leona Masih Bertatih



Leona dah nak masuk 14 bulan minggu ini.

Masa dia baru cecah 11 bulan dulu aku dah risau sangat, sebab at that age dia belum tunjuk tanda tanda nak berjalan. Salah aku kah?

Lebih lebih lagi bila kawan-kawan dalam group whats-app aku tu kata anak aku memang lambat kalau begini situasi nya. Well siapa yang tak terasa dan terkila kan bila anak kita dikata lambat perkembangan. Sejak ada anak ni aku sebolehnya jaga hati ibu-ibu lain dalam banyak hal, termasuk kata-kata. (kadang aku expect benda sama dari ibu-ibu lain and that makes me feel worst if they did otherway)

Jadi aku banyakkan membaca dan berdoa. I believe God never mistakenly create Leona. She is just too adorable. I ask my family and they told me not to worry because their kids ( my niece/nephew) also takes it longer than  others. Tapi kerisauan itu tetap ada. Aku emailkan soalan kepada Dr. Budak.com tapi sampai sekarang tak ada jawapan.

Sampai suatu ketika aku terasa seperti ada suara/fikiran dalam diri aku berkata,

Mengapa terlalu risau akan keadaan Leona? She is Perfect, nothing wrong. Percaya pada Tuhan dan just wait. Perlukah kau percayakan kata-kata orang berbanding TUHAN yang sudah menentukan bila waktunya Leona berjalan atau berlari?

Selepas hari itu, kerisauan aku berkurangan, aku tahu Leona akan berjalan bila dia sudah sedia, aku hanya perlu terus encourage dia. Sekarang ni dia menapak dalam 4-5 langkah dan terduduk semula. That’s okay. Aku tak nak paksa dia, sebab aku tahu dia dah banyak improve, Cuma perlu keyakinan saja lagi dan kesabaran kami berdua sebagai ibu bapanya.
Soal panjat memanjat, she is the best. Apa saja di panjatnya. Aku atau daddy dia yang sedang berdiri pun kalau boleh dia nak panjat.

DOA yang Terbaik Untuk Anak tersayang.

SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Friday, August 14, 2015

Sampel Percuma Susu Formula



Lama sungguh aku berdiam diri dari blog. Nak Update saja mesti banyak kekangan masa. Ada budak kecil dan tidak ada pembantu. Kena pula anak yang aktif, hehe. Perhatian memang kena 100%. Pun masih ada silap berlaku.

Sekarang ni Leona sudah pun berumur setahun sebulan nak masuk ke dua bulan. Dan aku bersyukur kerana  keinginan aku untuk menyusukan dia secara ekslusif sehingga kini masih berjalan lancar. Kalau aku mampu, aku nak susukan dia sehingga 2 tahun.

Sekarang ini aku sedang berusaha mendapatkan free sample Susu Formula ni dari website mereka. Berlaku secara kebetulan sebenarnya. Susah sangat aku merayau kesana sini mencari pek pek kecik setiap susu yang ada di pasaran untuk dicuba. Kemudian ternampak lah iklan Free Samples Enfagrow kat Facebook, so mula dari situ aku berfikir, kenapa tidak aku google untuk semua Formula Milk yang ada bagi sampel percuma? Hahaha,

So aku pun google, and yerr banyak sungguh yang bagi sampel percuma, mamil, sustagen, s-26, nan-gro, dan banyak lagi la. Ni cadangan kepada bakal ibu yang nak beralih ke susu formula secara perlahan-lahan la.
 Aku nak bagi nana cuba satu demi satu, so far aku bagi cuba Dupro, budak tu mula mula luahkan semula sambil buat muka nak muntah then cry for the original one. Hahaha. Sekarang ni aku tunggu sampel percuma, Makan masa dalam sebulan jugak kot processnya, tapi xpe la kan. . . aku bukan nak rush pun.

Kumpul banyak-banyak, try satu-persatu sebelum dia capai umur 2 tahun. So Boleh lah support kan? muhahaha. Experiment ke atas anak sendiri, tapi kena experiment yang elok-elok je.


SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Sunday, July 5, 2015

Happy Birthday Leona



It’s been a year!!! Hoooorayyyy!!!

Leona kini dah setahun.
Setahun membesarkan Leona berdua dengan suami Dan memang itu yang selayaknya. Tidak perlu mengharap pada orang lain. Survive sendiri dengan keluarga yang baru terbina lebih kurang dua tahun ini. Susah senang sendiri 

OK enappp. . . .

Nak show-off pasal bufday my-lil-gal  bulan lepas. Date? Hehe lebih kurang 2 minggu lepas.

Dek kerana GST semakin meringankan kuantiti belian. . . . maka aku dan suami sepakat untuk merayakan secara kecil kecilan Bajet ciput je kata orang. Hehe yang penting kenangan untuk Leona.  Dan doa kami untuknya itu yang penting.
So kami belikan Nana half-kilo of cake. Simple je dengan sekotak Dominos Pizza  semestinya.  Nak masak tapi dah bosan lagipun kami berdua je. Sekotak Pizza saiz regular tu dah lebih dari cukup.

Untuk tahun hadapan,  moga ekonomi Malaysia (masih aman) ni akan bertambah elok maka boleh la kami menjemput kalian ke bufday celebration Leona. (Amen)  hehe. 

So Enjoy la the picture.



SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.
The Bufday Gerl  

 
 Senyum Gembira
 
 Kek yang aku maksudkan. kecik jak*
 
 Sedikit Hiasan untuk kenanagan Leona.
 
 Ni pula untuk mengisi perut Mommy and Daddy Haha
 

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91