Geng Panda Slim

Thursday, July 15, 2010

Think My Way

Dunia ini penuh dengan kemanisan. Tak perlu berfikir negatif, fikirkanlah tentang kebahagiaan yang anda miliki. Well sebenarnya anda itu punya apa? Ya tak dinafikan mungkin andalah berhadapan dengan pelbagai masalah. What is it? Pertengkaran ibu bapa atau suami atau isteri atau boyfriend, girlfriend, kakak, abang, adik, rakan sebaya? Hey kid, bila ibu bapa anda bertengkar, hey, peduli apa kan? Bukan tak sayang mereka tapi mungkin mereka ada masalah ya kan? Atau pun lebih baik lagi, anggap itu adalah cara mereka meluahkan rasa cinta mereka? What? Itu bukan caranya? Oh come on, tiada siapa perlu mengajar bagaima mengekpresikan cinta. Biarkan ia lahir semulajadi dalam diri anda.
Hey, teens, bergaduh dengan teman? Lelaki?Perempuan? Hmm, terima je la hakikat yang gurl and boyz are different. Bila dan tak serasi berteman, anggap saja anda berada jauh daripadanya buat sementara, tapi kena la berbaik dengannya semula. Seorang teman yang baik akan memaafkan kita tanpa perlu kita meminta maaf dan itu tidak bererti kita tidak akan mengucapkan kata maaf. Right?
Lihat lah betapa indahnya hidup ni bila kita nikmati dan ambil positif segala sesuatu daripadanya. Orang islam memanggilnya hikmah. Well, kalau maknanya baik, tak salah kita gunakkannya kan? Teman lelaki saya seorang yang panas baran. Barannya akan menjadi 101% higher dilebuhraya Kuala Lumpur pada pukul 11.00a.m hingga 3.00 p.m. wow... tendensi untuk semua orang menjadi baran di Lebuhraya Kuala Lumpur pada waktu tersebut adalah diparas paling tinggi. So do he. But, satu hal yang saya suka sharing dengannya ialah, jalanraya adalah kehidupan bagi penghuni kota ini. Ia sebahagian daripada hidupnya, saya dan anda semua.jadi, apa nak buat? Jadikan segala sesuatu yang berkaitan dengan jalanraya itu sesuatu yang indah. Contohnya apa? Hmm lets see... siang huh? Hmm.. apa kata hiburkan hati di tengah kesesakan lalu lintas dengan memasak radio or ur favourite songs sambil mata menikmati jenama2 kereta di sekeliling anda? Like window shopping gitu. Perhatikan tayar, warna kereta, bentuknya, jenama kereta, jenis kereta, siapa yang memandu, sikap c pemandu... jika anda sedang bercita-cita untuk mendapatkan sebuah kenderaan lain, well anda dah dapatkan peninjauan yang lebih baik. Di depan Mata anda!! Wow, x perlu la anda ke pusat jualan kereta.
Hmm lagi satu.. pada waktu malam, jam menunjukkan pukul 7.50 malam dan anda baru keluar daripada pejabat, kesesakan di lebuhraya menyebabkan anda patah hati untuk pulang, isteri di rumah berkali-kali menelefon bertanyakan anda kerana susu anak dah habis dan anda terpaksa singgah di mana-mana shop mall untuk mendapatkan Dutch Lady 123 perisa coklat. Sedang anda membayar harga di kaunter, jalan semakin sesak...hati anda juga semakin sesak. Hmm apakata anda buat terapi jiwa, hati dan rohani seketika, silakan masuk ke kereta anda, tutup pintu dan kenakan safety belt. Anda tentunya tak mahu di saman bukan? Well i see, kemudian start kereta anda dan masuk ke dalam kesesakan, nikmati keindahan malam Kuala Lumpur, perhatikan kiri dan kanan anda. Ketika anda memandu, lihatlah kerlipan cahaya di sekeliling anda. Wah mengasyikkan sekali bukan. Terasa berada di paradise lampu. Lampu in everywhere. Tak terasa kita keseorangan.
Banyak hal yang dah kita lalui dalam kehidupan ni. Sama ada menyakitkan atau membahagiakan... semuanya memberikan kita satu hal yang tak dapat di nilai harganya: PENGALAMAN. Look guys, andai sajakita tak pernah melalui kebahagiaan then how can we know how precious the things called love or the way we shared the affection to the other. Dan kesakitan atau kekecewaan yang kita pernah alami... selaras dengan perkembangan peringkat umur remaja kita ni, the only things yang selalu buat jiwa kacau ialah cinta. Well sakit ya memang sakit dan terlalu payah untuk kembali bangun, but does you realize something just happen? Hal itu mengajar kita untuk lebih matang. Pengalaman seperti tu mematang kita bukan sahaja secara fizikal tetapi peribadi juga. Fikir saja anda akan temui yang lebih baik atau pun kita bertuah tak bersama dengan dia kerana dia bersikap seperti itu.
I am talking with my own prosperity in doing such things. Forget the worst experience you ever had and start a new life. Bertuah menjadi diri kita yang asli kan? Sudah berapa lama anda menjadi orang lain kerana cinta huh? Then enough. Beri ruang kepada diri anda untuk berhadapan dengan kekecewaan dan beri ruang untuk jiwa anda menjadi matang. Beri ruang untuk diri anda mencintai orang lain dan beri ruang untuk orang lain untuk hadir dalam hidup anda... that’s more better. Fuhhh lega bila semuanya berlalu dan anda berbahagia walaupun sesekali kenangan pasti akan bertandang. But kenangan tu sebahaian daripada pengalaman yang berharga dan thats a part of you. Sarangheyo...

0 comments:

Post a Comment

Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91