Geng Panda Slim

Thursday, July 15, 2010

Pernah

Aku pernah mencintai seseorang dengan sepenuh hatiku. Mencintai itu memang terlalu indah untuk di perkatakan. Apa lagi bila kita di cintai. Aku terlalu mencintainya sehingga aku sanggup memberikan sepenuh hati dan jiwaku untuk mencintainya. Berkorban wang ringgit dan masa bersamanya. Ku fikir dia pun begitu juga. Aku benar-benar menyangkakan bahawa antara kami yang ada hanya kebahagiaan dan percintaan dengan pergolakan hubungan sebagai lumrah hidup. Ya, dan aku pernah mencintai dirinya melebihi diriku suatu ketika dahulu. Namun, seperti suatu lumrah kehidupan yang menyeksakan dan menyesakkan jiwa, aku akhirnya di khianati olehnya. Akhirnya dia beralih kepada cinta lain dan menyatakan betapa seksanya berpura-pura mencintai saya.

Aku pernah menangis seminggu kerananya. Aku pernah cuba memperbaiki hubungan dengannya, hundred times. Aku pernah bertindak kurang waras untuknya. Aku pernah menipu kerananya. Aku pernah hilang semangat dan keyakinan kerananya. Aku pernah cuba bunuh diri kerana kekecewaan. Namun akhirnya aku terpaksa melepaskannya pergi untuk kebahagiaan yang dia dambakan. Aku biarkan derita menguasai aku sendiri dangan di tinggalkan insane tercinta dan pada masa yang sama, keluarga menyalahkan aku atas perpisahan kami. Akukah yang bersalah?

Ketika aku cuba bangun untuk meneruskan kehidupan, cuba menongkah diri dengan kekuatan sendiri, aku mencari tempat bergantung..... akhirnya seperti selalu, dia kembali semula. Meminta maaf dan meminta diberikan peluang sekali lagi. Oh, ini sungguh menyakitkan dan memalukan. Cinta aku tidak semudah mi segera untuk di masak atau di buang. Bukannya mudah mahu memaafkan seseorang yang pernah aku cintai sepenuh jiwa raga suatu ketika dahulu. namun jauh di sudut hatiku masih mengatakan, aku masih ingin bersamanya...

3 comments:

Gab said...

jiwanglah wen..apa pun sye terharulah..
itulah dugaan dalam hidup yang perlu kita tempuhi dengan sabar walaupun menyakitkan..inilah dinamakan cinta sejati wen kuakuakua..

panda montel said...

@Gabril ko gelak pla gabril? hua hua hua... ba sa tolong ko gelak sekali laaa

Gab said...

hebatlah kata2 ne wen sye terharu menghayatinya..
banyakkan bersabar wen tu semua dugaan yang yang perlu kita tempuhi walaupun amat menyakitkan..
tapi inilah dinamakan cinta sejati kuakuakua.....

Post a Comment

Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91