Geng Panda Slim

Friday, September 21, 2012

Rasa Di Hujung Lidah

 
Aku bukanlah sempurna mana. Aku juga tidak dilahirkan untuk menjadi penghibur setiap orang. Bahkan mungkin bagi sesetengah orang, semua yang aku lakukan, tuturkan mungkin melukakan mereka. Aku tidak dapat mengubah itu. Aku tidak dapat mengubah persepsi orang terhadap aku walau aku cuba berubah. Melainkan kau bermula melihat aku dari sudut positif.
Sedikit kesal dan tersinggung. Sebab sesetengah orang melayan orang lain seolah orang itu adalah yang tidak punya apa-apa. Bodoh dan yang paling teruk diantara mereka. Apa yang harus dilakukan lagi bila setiap perkataan yang dikeluarkan dibantah. Setiap pendapat seperti tidak elok. Diperlekehkan. 

Sekurangnya dia masih punya hati dan perasaan yang kau perlu lihat jika kau tidak mahu hormat dan fahami. Tidak perlu kau mencelah disetiap ucapannya. Pasang telinga dan dengar. Buka mata hati dan fahami. Sekurangnya lihat dia dari sudut positif untuk sekali. Tidak perlu fikirkan hatimu dulu… cuba fikirkan hatinya walau sekali. “Put yourself in others shoes” kata orang. 

Sejujurnya dia kering idea. Kering idea menjaga hati. Bukan semua orang dapat memasang telinga dan membuka hati untuk orang lain. Cerminkan diri sendiri. Aku bukan menulis untuk mengaibkan. Aku juga bukan menulis untuk memalukan sesiapa. Aku Cuma ingin meluahkan apa yang aku rasakan ini. Tidak terluahkan oleh ayat. Biarlah tulisan melakukannya. Kalau ada yang terasa, koreksi dirimu. Jangan melenting. Memang betul kata orang, mata pena lebih tajam dari lidah. Jadi ku harap kau sedar, kali ini kau salah menilai dirinya.


Yang Penting HATI Bah.

Thursday, September 13, 2012

Pertanyaan


Masuk semester baru ni…
Salah satu pertanyaan kawan2 yang aku jumpa ialah..

“Wen, kawennye bile?”
“Wen, bile nak Kawen?”
“Hari besar tu bila Wen?”

Hoho.. ramai btul yang bertanya… normal kot untuk org bertitle tunangan orang. Well… doakan saja la.. k.. semuanya dalam perancangan. If God Will then it will.
Kalau yang tahu tu diam2 jelah dulu… doakan sahaja semoga segala perancangan kami berjalan dengan lancar.
Pening juga nak fikir soal kahwin ni. Banyak benda kena pertimbangkan. Aku tak nak fikir pun tak boleh sebab its about me. Hehe… ya lil bit excited but more too nervous… walaupun masih lama.
I Hope my Mr.Fiancee dapat manage semuanya. 



Yang Penting HATI Bah.

Wednesday, September 12, 2012

Derma Organ


Sudah lama aku mencari saluran yang boleh membantu aku menjadi salah seorang daripada penderma organ. Bukan nak tunjuk baik tapi aku kesian melihat ramai keluarga bersedih kerana kehilangan ahli keluarga mereka hanya disebabkan ketiadaan penderma organ. 

Mungkin ramai orang berfikir… negatif hal ini… tapi bagi aku.. aku sudah lama mengimpikan untuk mendermakan organ aku kepada orang lain nanti. Sesiapa yang berminat.. bolehlah daftar terus kepada agensi ni… atau hubung terus my friend Len Inouie untuk sebarang pertanyaan.

Ok see you later ya…


Yang Penting HATI Bah.

Sunday, September 9, 2012

Semester Baru Bah! (Last sem Sudah c Wen wink... Yeh yeh!!!)

The Holiday was oveR!!!!!!!
Esok sem baru bermula. for last sem.
Tinggal 3 bulan jek lagi abis la degree ni. hihi...
Lama menyepikan diri dari dunia blog.
Hampir setahun... untuk 3 bulan akan dtg pun blog is ter'tepi' dulu..
Tumpukan perhatian pada semester terakhir... (ye ke) haha....

k la.. nnt kita cit cat lagi.. huhu...



Yang Penting HATI Bah.

Wednesday, May 23, 2012

Pertunangan Kami

Hmmm siapa yang tidak bahagia bila percintaan akhirnya membuahkan hasil kan? Ramai yang tidak menyangka perhubungan penuh kisah yang agak memeritkan… akhirnya berakhir dalam kebahagiaan…


Pasal pengumuman bertunang ni… actually mula2 ingat nak buat dalam message fb je untuk kawan2. Sebab mesti ramai yang ckp.. ala tunang je pun…. Nak kecoh…. Tapi Mr Gab cakap… saya bukan nak TUNAng dua tiga kali… Saya nak tunang sekali saja. That’s made its special…. Hmmm cute kan? 
Ya saya tak nafikan… ada juga mulut2 dengki dan tidak kurang yang akan mengutuk kami… but I think this is our moment. Yang tidak suka…. Nda pa la…. Yg suka… terima kasih….

P/s: syukur untuk semuanya.
Yang Penting HATI Bah.

Sunday, May 20, 2012

SAKIT!!!


Aku tidak pernah menjangka perkara ni akan berlaku pada aku. Seingat aku, aku tidak juga pernah meminta untuk mendapat sakit ini. Selama ni aku dikenali semua orang sebagai individu yang berantibodi kuat, sihat dan stabil dalam aspek kesihatan. Aku juga tidak pernah meminta dan mengharapkan sakit sampai macam ni.

Jarang sakit menyebabkan aku sedikit jakun dengan kesihatan aku. Kalau setakat demam selesma 3 atau 4 hari dah sembuh dah. Tapi kali ini antibodi aku kalah… sakitnya Tuhan saja yang tahu. Mula2 tahu bahawa aku mungkin menghidap ______ buat aku hilang arah. Rasa hendak meraung pun ada juga. Why on earth? Entah dimana silapnya aku sehingga sakit aku berlanjutan seperti ini. 

Praktikal ni terpaksa aku habiskan lebih awal. Aku diberi cuti selama 7 hari oleh doktor. Nampak macam aku sihat je kan? Aku sendiri tak percaya bahawa aku sakit sampai macam ni. Sebelum ni aku bukannnya tak pernah jumpa doktor pun…  Dan Doktor tetap cakap aku biasa biasa saja. Then tiba2 pula jadi macam ni. 

Namun jauh di sudut hati aku, aku masih berharap dan berdoa… agar aku dijauhkan daripada sakit itu… mohon agar keputusan makmal mendiagnosis benda lain asalkan bukan penyakit itu. Semoga ianya benda lain. Aku lebih rela ianya benda lain daripada itu.  

Yang Penting HATI Bah.

Sunday, May 13, 2012

Sikap Tidak Sabar.

 
Honestly….
Sungguh tidak sabar menunggu hari terkahir untuk semester ini.
Rasa nak akhiri segalanya hari ini juga…
Tinggal dua minggu tapi ni la yg paling lama aku rasa.
Mungkin sebab mood menunggu kot.
Menunggu segalanya berakhir. Hmmm
Aku percaya semua orang macam aku… haha (yeke) well I guess.
Bagi yang mengajar sekolah menengah best la sebab memang mereka dah tak siapkan RPH da. Tapi bagi kami yang mengajar di Pra-sekolah.. wohooo… got a lot job to do ma…
I really…
Nope…
Ermm
 Nothing….
I….
K
BYE….  Ciao… GTG.




Yang Penting HATI Bah.

Sunday, May 6, 2012

The Undomestic Goddes

NOVEL!
It’s been long time I didn’t read one. I used addicted reading novel once. Novel’s after a novel. But then the Uni. Life really.. You know, sucked me up… yeah.. I admit it… I can’t manage my time well. 

Bila baca novel ni… once I started… i'll stick till the end pages.. itu yang tak best. I will definitely ignored everything else and completely100% ‘in the novel’ haha…
Hari ni aku ulangi tabiat ni and aku tak buat kerja aku… Arghssssssssssssssssss Tension…. but as I exhale… I realize… it's not a big deall.. I am just… okay i am wated my time....

But, it's depend on the novel,  "The Undomestic Goddes by Sophie Kinsella" is a thumbs up book... I bought the book for almost 4 months ago. I am really has no time to read.... errr am I?

Jalan ceritanya memang best…  aku beli buku tu kat kinokuniya bulan Januari yang lepas. Hasil daripada BR1M Voucher. Dan sorang tourist from Europe suggested the book for me. She told me the book is good and she just finished it.In fact I'm looking for Sophie Kinsella Novels as I watched the ‘Shopaholic’. And I’m satisfied. I enjoyed the story very much… I can’t stop myself reading it till the end. Next, I will buy the next book ‘Remember Me’. 

I'll get the book before I my flights. I can’t wait for another a month to be in my hometown after my almost a year leaving. Beside’s there’s a lot of things need to fix. My Practical will be end on 25th of May. Another 3 weeks. I’ve lot in my minds to be done before leaving for my holiday.What a wonderful time… 

Everytime i got a Chance to called my mom she'll said that she was also excited waiting for me… I know exactly what she means... as i am there, i will manage the Bussiness and Mommy will take care of the rest.  And also, I know she is excited for her ‘freedom’ once again. She can go pecan whenever she want.  Coz, i am there look for the Bussiness. I just love the job. Manage the 'Our Kedai'  Hihi… 

Beside's, for sure,  I will gain another kilo’s of my weight like last year during this coming holiday. Who knows... perhaps, 56 kg once again. Bloody Hell. 
Unbelievable I have 56kg once. And now, I am getting thin. I am 48kg now… 8kilo’s gone.

Yang Penting HATI Bah.

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91