Geng Panda Slim

Friday, September 21, 2012

Rasa Di Hujung Lidah

 
Aku bukanlah sempurna mana. Aku juga tidak dilahirkan untuk menjadi penghibur setiap orang. Bahkan mungkin bagi sesetengah orang, semua yang aku lakukan, tuturkan mungkin melukakan mereka. Aku tidak dapat mengubah itu. Aku tidak dapat mengubah persepsi orang terhadap aku walau aku cuba berubah. Melainkan kau bermula melihat aku dari sudut positif.
Sedikit kesal dan tersinggung. Sebab sesetengah orang melayan orang lain seolah orang itu adalah yang tidak punya apa-apa. Bodoh dan yang paling teruk diantara mereka. Apa yang harus dilakukan lagi bila setiap perkataan yang dikeluarkan dibantah. Setiap pendapat seperti tidak elok. Diperlekehkan. 

Sekurangnya dia masih punya hati dan perasaan yang kau perlu lihat jika kau tidak mahu hormat dan fahami. Tidak perlu kau mencelah disetiap ucapannya. Pasang telinga dan dengar. Buka mata hati dan fahami. Sekurangnya lihat dia dari sudut positif untuk sekali. Tidak perlu fikirkan hatimu dulu… cuba fikirkan hatinya walau sekali. “Put yourself in others shoes” kata orang. 

Sejujurnya dia kering idea. Kering idea menjaga hati. Bukan semua orang dapat memasang telinga dan membuka hati untuk orang lain. Cerminkan diri sendiri. Aku bukan menulis untuk mengaibkan. Aku juga bukan menulis untuk memalukan sesiapa. Aku Cuma ingin meluahkan apa yang aku rasakan ini. Tidak terluahkan oleh ayat. Biarlah tulisan melakukannya. Kalau ada yang terasa, koreksi dirimu. Jangan melenting. Memang betul kata orang, mata pena lebih tajam dari lidah. Jadi ku harap kau sedar, kali ini kau salah menilai dirinya.


Yang Penting HATI Bah.

5 comments:

Rinem said...

hmmm sedang galau kah kak. semangat

NasQ said...

kadang kadang kita malas nak letak situasi orang dekat diri sendiri kan... pandai mengutuk je,,,

panda montel said...

@RYNEMGalau tu ape ye? hehe

panda montel said...

@Tukang Karut err.. ya... memang betul. ingat diri sendiri betul je. selfish. kan?

panda montel said...

@Tukang Karut err.. ya... memang betul. ingat diri sendiri betul je. selfish. kan?

Post a Comment

Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91