Geng Panda Slim

About Me

My Photo
A fully housewife for a man named Gabril and A Mother of a daughter Leona,
A kampung girl that grow up in a rural kampung in sabah and now I am currently living here Jungle of Rocks (Kuala Lumpur)

Tuesday, September 15, 2015

Leona Tanpa Rambut

Dah jadi perkara biasa bagi aku bila ramai kawan real atau kawan alam maya bertanya mengenai rambut Leona.
Yep... rambut Nana tak panjang lagi. Sikit saja pula tu. Dulu orang akan tanya dia lelaki ke perempuan. Walaupun aku dah dress-up kaw-kaw dia dengan segala pink ponk penk...
Tapi sebenarnya aku nak cerita kebaikan bila rambut Nana lambat memanjang dan tidak lebat.
1. Jimat shampoo hahah.
Yelah... tak perlu banyak shampoo nak kasi bersih itu kepala dia.
2. Tak perlu sikat
Ni yang aku paling suka. Ko tau macam mana nak pujuk baby untul stay still kan? OMG sungguh mencabar. So lap sikit... kasi minyak setitik dua titik. Dah siap.
3. kurang kerja
Cuba bayangkan kalau anak aku ni berambut panjang dan kena pula gayanya macam ni :


Perghhh mau menangis tu nak buang nasi kat rambut. Lagi satu, Leona ni jenis aktif,memang tak akan duduk diam kat pangkuan aku punya... so boleh bayangkan macam mana nak maintain rambut dia. Silap-silap aku kasi botak. Hahaha.
So biar jelah anak aku kurang rambut. Yang dah ada ni pun kalau boleh dia nak cabut... apatah lagi kalau berambut panjang.
Bersyukur dengan apa yang ada. TUHAN tidak tersilap mencipta Leona. 

0 comments:

Post a Comment

Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91