Geng Panda Slim

Saturday, September 26, 2015

Baby Carrier a.k.a Kain Gendong Bayi



Bila ada anak sendiri ni macam-macam hal baru kita belajar setiap hari kan? 

Bagi aku antara benda baru yang baru sahaja aku betulkan adalah pemilihan Baby Carrier. Dulu aku tak tahu semua peraturan ini, tak ada sapa yang nak bagi tahu, dan aku nak cari tahu pun tak tahu nak cari kat mana atau tepatnya nak google dengan keyword apa. Memang TAK TAHU. Huhu

Kemudian ada seorang kawan online yang aku tak kenal langsung bagitau, tu pun kami terjumpa kat satu group menjual barang prelove, aku mencari kain wrap. Itu pun selepas Leona dah berumur 9 bulan. Rasa bersalah sangat kat LEONA sebab tak tahu menahu peraturan menggendong bayi ni, main beli sahaja apa yang ada di pasaran, tambah-tambah dapat free  Structured Carrier (SC) dari ex-Company kan.

Jadi nasihat kepada semua kawan-kawan yang dah jadi mommy, bakal mommy dan yang masih belum kahwin, sila rajin-rajin cari info pasal baby carrier ni, sian anak kita wei.

M SHAPE

M Shape adalah  bentuk kaki - punggung yang sepatutnya  bagi menggambarkan cara gendongan yang terbaik untuk bayi atau toddler. Bentuk ini menyokong badan mereka dengan ampuh dan selesa untuk bayi. Aku memang tidak pernah lagi menggendong Leona dengan SC lagi, sekarang ini aku akan gunakan Wrap yang aku beli. Mana aku beli nanti kita cerita lain hari aa, murah saja. Malaysian made.

M Shape yang aku maksudkan:



 Contoh lain? adalah keadaan begini,


M Shape ini juga membentuk posisi C fetal. Posisi  C adalah posisi fetal yang paling sesuai untuk tulang belakang mereka.
 Wrap ni bukan susah pun nak susukan bayi, tidak perlu nak buka wrap, cuma anda kena berlatih, lagi best sebab sambil jalan kat mall baby siok2 bah menyusu, and you dont need nursing cover either, so mommies, go for wrap ya,  hah kat bawah ni gambar aku berwrap,



Dan gamabr kat bawah ni pulah gambar semasa leona belum cukup bulan pun, terpaksa keluar sebab nak jumpa PesuruhJaya Sumpah, IC Nana ada kesilapan



Seperti gambar- gambar di atas, elok terletak punggung dan pelipat lutut bayi. Untuk memudahkan anda faham, cuba bayangkan kita sendiri duduk dalam keadaan tergantung tu, selesa ke tidak untuk jangka masa yang lama?




 Bayangkan anda duduk seperti lakaran pertama, selesa? Mestilah tak selesa kan, selebihnya anda google sendiri ya, aku menulis ni sebab ramai sangat kawan-kawan post gambar mereka menggendong bayi mereka dengan Carrier yang tidak Ergonomik, jadi sila baca ya kawan-kawan.

angan-angan nak beli baby carrier ni:
Tula SSC
 Kain Gendong jenis wrap adalah kain yang paling sesuai untuk menggendong bayi yang baru lahir ( tali pusat sudah tanggal) sebab ia serupa dengan keadaan bayi semasa dalam kandungan.
Moby Wrap
 SELAMAT membaca, Tuhan Memberkati.

SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

0 comments:

Post a Comment

Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91