Jerebu di Kuala Lumpur semakin teruk hari ini. Tinggal kat
rumah kos rendah macam kediaman kami ni memang merasa sangat lah jerebu tu
masuk rumah, tambah-tambah tak de air cond ni.
Leona dah start bersin-bersin. Husband yang memang sedia ada
alahan lagi lah kesian. Kami hanya mampu menelan vitamin sebagai pelindung diri
dari sakit.
Tak keluar rumah dan bilik utama sentiasa bertutup untuk
mengelakkan lebih banyak asap masuk. Risau dengan keadaan ini buat aku cuba
berikhtiar. Sekurangnya bilik tidur tidak berkabus.
Aku basahkan tuala dan perah. Aku guna tuala Leona, tak
adalah keras sangat nak perah, kemudian aku tebar kuat2 dalam bilik, kasi bilik
ada wap air banyak sikit. Syukur lah kalau berkurangan kan debu2 tu.
Dekat tingkap pula aku letak tuala lembab tu untu tapis
sedikit habus yang masuk tu. apa pun kena usaha demi kesihatan anak kecil.
Yang nak cuba petua ni, cuba la mana tahu berkesan untuk you
orang.
Semoga jerebu bakal hilang dalam
masa terdekat, hujan selebat-lebatnya demi hilangkan jerebu ini.Amen!
SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.
1 comments:
Limpas Wen! Haihh.. teruk betul ni haze ohh..
Post a Comment
Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P