Geng Panda Slim

Monday, October 27, 2014

Pekerjaan Surirumah

Menjadi seorang surirumah bukanlah perkara mudah. Saat kepala sakit.... saat badan tak sihat.... tetap kena kerja jaga anak dan uruskan rumah. Bukan macam kerja kat pejabat... bila sakit kita boleh ambil MC dan berehat kat rumah.

Lebih lebih bila kita ada anak kecil ni. Kalau dekat dengan keluarga tidak mengapa.... boleh kita minta tolong sikit... tapi kalau macam aku dan suami yang berjauhan daripada keluarga?

Bukan aku mengeluh... aku tidak menyesal pun. Sebab aku sendiri pilih untuk jaga sendiri anak aku... Bukan nak kata diri sendiri hebat. Tapi cukuplah ibubapa susah membesarkan aku dan yang lain.... tidak pula aku tergamak mahu susahkan mereka untuk turut menjaga cucu mereka.... mereka sepatutnya sudah berehat pada usia ini... tapi kerana aku tidak berupaya beri duit banyak... mereka terpaksa bekerja.

Aku masih belum mampu membalas jasa mereka membesarkan aku...perjalanan hidup aku ni bukanbya senang nak atur macam tu macam ni. Aku ada perasaan juga... ada suamibyang perlu dijaga perasaan... dan paling penting ada anak kecil yang aku tak mahu abaikan kerana wang...

Fahami keadaan.

Tiba-tiba aku ter emo pula dengan entry kali ni... bukan apa... sebab ada oanf suka sangat sindir aku ni. Katanya aku ni lupa budi orang tua... bukan lupa cuma belum masanya ... sabarlah... aku pun ada cara aku juga. Kalau nak sangat tengok la dulu orang tua sendiri... dah ckup makan pakai dah kah? Akucuma terkilan... maafkan aku...

SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

2 comments:

Mrs. A said...

Setuju.... kerja sebagai surirumah tangga sepenuh masa sangat mencabar

Mar Mansor said...

In sha Allah..satu hari nanti terbalas juga jasa mereka..
bekerja,jauh dgn keluarga..hadapi masalah sendiri menjadikan kita lebih kuat..

Post a Comment

Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91