Geng Panda Slim

Monday, December 20, 2010

Bila Kita Membeli Belah…



Hai guys… lama x update blog ni…
Sebenarnya saya dah lama simpan tajuk entry dalam “minda” saya. Banyak perkara yang saya nak masukkan di dalam entry ni sebenarnya.. sperti membuat senarai sebelum ke supermarket, bandingkan harga, pilih yang terbaik dan utamakan keperluan bukan yang kita kehendaki…
TAPI…
Saya percaya semua orang tentu pernah membuat satu atau malahan lebih banyak artikel tentang hal sedemikian right? So saya pilih untuk mengulas sedikit mengenai isu ini… nak tahu apa? Hmm… keep reading…

Baiklah, saya mulakan dengan soalan:

1.     Pernah bermasalah dengan wang semasa membayar?

2.     Tak cukup masa shopping?

3.     Layanan yang tidak mesra?

Wahhh … dan bla bla bla bla…. Banyak lagi masalh yang mungkin pernah dihadapi… point saya sebenarnya…kita sering menyalahkan ‘somebody else’ bila kita tidak berpuashati/bermasalah dengan sesuatu…
Contohnya, katakana anda datang ke ‘shopping mall’ anda seorang yang berlatarbelakang membanggakan tak kira la apa aspeknya… dan anda berhadapan dengan masalah mendapatkan senarai barangan anda, tapi tak ada sesiapa di sekeliling anda (salesperson) yang boleh tunjukkan anda semuanya. And u MAD. Tapi fikir bila someones is following you, anda dan saya sendiri pasti tak rasa selesa… huuu betul beb, terasa kita ni macam pencuri kan? Jadi pandai2 la k…
Time nak bayar pula cashier buat hal… contoh la… salah satu barang anda tak dapat di ‘scan’ harganya… dia blink kan lampu dan menanti seseorang datang kepadanya, membantunya mendapatkan harga sebenar… Anda marah sebab anda menunggu…cashier pula tiada senyuman… anda fikir anda customer ‘CUSTOMER ALWAYS RIGHT’ betul ke? Fikir dulu saudara… cashier tersebut mungkin telah bekerja selama 5 jam tanpa rehat.. kerana hari tu hari sabtu dan semua orang keluar… tentunya dia penat… ya itu tanggungjawab dia nak beri layanan mesra… tapi… CASHIER tu juga bukan robot.. dia tidak boleh memaksa tubuhnya senyum hingga ke telinga untuk muka anda yang masam seperti ASID itu… besides, dia hanya orang bawahan dan memerlukan seseorrang membantunya menyelesaikan masalah anda.

Next problem, anda tahu mall tersebut akan tutup dalam tempoh 1jam atau kata kan 30 minit. Anda masuk kedalamnya dan membeli keperluan sebanyak dua troli. Beratur di kaunter 15 minit sebelum pasaraya tutup… cashier dah marah… memang lah dia marah.. sebab anda membuatkan dia bekerja tanpa dibayar. Anda pikir semuanya berhati mulia seperti anda? Selepas menutup kaunter, semua cashier di seluruh dunia perlu membuat “ closing” yang memerlukan mereka membuat laporan kewangan yang diterima pada hari tersebut. Skurang-kurangnya 15-20 minit diperlukan, jadi jika anda salah seorang daripada mereka yang menyebabkannya menutup kaunter pada pukul 11.00 malam tepat. anda telah menyebabkan dia bekerja selama 30 minit tanpa bayaran… PERCUMA. Kalau sehari mungkin tidak mengapa.. tapi jika setiap hari… sekurang-kurangnya dia bekerja selama 7 jam tanpa bayaran apa pun setiap bulan… setahun? Fikir sendiri. Perlukah semua orang berkorban untuk anda?




Ketika waktu berjalan, masa memberiku ruang berkarya.

2 comments:

Unknown said...

hahaha..
ada jg tu slalu org mcm tu..
terus cashier muka masam.
;)

panda montel said...

haha tu la.. kesian kan cashier la.. hehe

Post a Comment

Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91