Geng Panda Slim

Monday, April 6, 2009

Jesus Take The Wheel

Shallom, selamat pagi saudara. Sekarang ni masa menunjukkan tepat jam 0200am... Selalunya saya belum tidur pada waktu ini. Walaupun esok saya akan dihambat dengan jadual kuliah yang agak padat. Teringin nak tidur awal sebenarnya tapi kerinduan untuk mencoret sesuatu di laman ini menghalang saya. 

Hari ini 05 April 2009, Tanpa saya sedari dan juga mungkin dalam kalangan pembaca, hampir setengah tahun kita melalui tahun 2009. Masakah yang semakin laju berputar, atau saya yang semakin lambat kerana saya merasakan masa sentiasa tidak mencukupi. Adakah saya yang semakin lemah dalam menempuh hidup ini? Saya datang ke gereja hari ini dengan hati yang rindu. Pesta pujian diadakan... Saya rasa sangat diberkati.. Walaupun dengan ketiadaan elektrik menyebabkan keadaan menjadi agak panas kerana ketiadaan kipas selain pelbagai alat muzik yang tidak dapat digunakan kerana bergantung pada elektrik. Namun pesta pujian tetap diteruskan. Syukurla.. semuanya berjalan dengan lancar..

Preeching hari ini Pastor Jumih etik daripada Yohanes 4:23.  Saya di mengertikan tentang cara penyembahan yang benar dihadapan Allah. Dia bukakan mata hati kami yang rata-ratanya 95% adalah pelajar UPSI. Semasa menyembah apakah kita selalu menyembah dengan segenap hati, jiwa dan kekuatan kita atau macam mana? Ataukah  kita terlalu mengikut kata hati kita semasa menyembah. contohnya mendengar muzik dan sebak. Adakah ini terhasil berikutan penyembahan kita melalui roh dan kebenaran ataupun disebabkan oleh perasaan kita yang menguasai semata?

lalu ingatan saya melayang pada Pemuda-emudi di SIB Likas. bagaimana agaknya mereka saat ini dalam penyembahan mereka terhadap Tuhan? Masihkah mereka menjadi bualan para jemaat dan para pemimpin gereja. Tuhan, semoga engkau bersama mereka. Mereka memang dikurniakan semangat yang berapi-api dalam pujian dan penyembahan kepada Tuhan. satu pencapain yang memberangsangkan dalam pertumbuhan umat Allah.

Semoga penyembahan dalam roh dan kebenaran berterusan sehingga saat Tuhan Yesus datang kedua kalinya.. Amen..

0 comments:

Post a Comment

Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91