Geng Panda Slim

Wednesday, August 6, 2014

Pengalaman Bersalin Part 2



Okay sebelum sambung kisah bersalin ni…
Ramai yang tanya pasal Hospital Ampang dengan aku.. perlu daftar atau tidak… kos yang perlu dibayar….dan satu yang paling popular ialah macam mana dengan service hospital…
Soalan: PERLU Daftar ke?
Jawapan: Tak perlu. Just Walk-in saja. Hospital Ampang bersedia menerima pesakit dari seluruh Negara buat masa ni. Tapi ingat, wad mungkin penuh.
Soalan: Kos?
Jawapan: Aku bersalin normal dan tak ditahan (bermalam) kat hospital… so hanya RM36.
Soalan: service?
Jawapan: Baca entri sampai abis…

Sambungan….(Baca Part 1 )

Sebaik sampai kat pendaftaran bersalin (bersebelahan dengan Kaunter Kecemasan) contraction yang aku alami rasa makin teruk.. Aku tak pernah rasa macam tu okay. Seumur hidup aku tidak pernah aku rasa sesakit itu. Mungkin sebab sakit bersalin ni sakit yang berterusan, tak hilang-hilang dan tak ada ubat tu yang aku rasa sangat sakit tu.  Contraction makin teruk tu buat aku nak berjalan ke meja pendaftran pun makan masa rasa nak merangkak okay. Masa nurse Tanya macam-macam (prosedur sama diulang), aku dah tak mampu jawab dan hanya hulur buku klinik pink tu. Sorang nurse ambil wheel chair dan papah aku duduk nak sorong ke  katil pemeriksaan. Padahal kaunter dengan katil tu tak sampai lima langkah… tu la gambaran betapa dahsyat sakit aku alami haha.
In the mean time, contraction yang aku rasa makin sakit. Prosedur yang sama di ulang. Pelbagai soalan diajukan doktor. Padahal dah tiga kali aku datang untuk hari tu saja. Tapi aku sangat penyabar masa tu. Aku diam je bila aku tak mampu nak menjawab dan menahan sakit yang aku alami.

Aku pejam mata dan cuba tidur. Aku nak rehat. Aku terdengar perbualan nurse dengan doctor. Antaranya…
Mana yang nak pengsan tu? Winda ni… dah cek da? Belum. Doktor semua sibuk.
Bila masanya aku nak pengsan. Aku Cuma rasa sakit teramat. Aku nak tidur pun tak dapat sebenarnya. Tiba-tiba ada sorang minta maaf dan kata nak cek bukaan. Aku iyakan saja. Mula-mula memang la malu.. dah sakit macam tu, dalam fikiran hanya nak kesakitan itu berlalu.

Tips: kalau rasa sakit masa contraction, ingat bayi anda. Bayangkan betapa comelnya dia nanti. Betapa bahagianya kita bila kita di panggil mama/mummy.

Sebaik doctor cek, dia kata bukaan dah 3cm. So kena masuk dewan bersalin kejap lagi.  Dalam fikiran aku, terbayang dewan bersalin macam dewan asrama/sekolah. Miahaha… semua prosedur aku iyakan aje. Dah sakit.

Bila bukaan rahim dah capai 5 cm, doctor bagi tau yang dia akan pecahkan ketuban dan akan transfer ke dewan bersalin. Aku sempat mendengar perbualan dua orang nurse yang transferkan aku ke dewan Bersalin tu. Menurut mereka, mala mini (itu) orang yang bersalin tak henti henti.Penat sungguh mereka.

Bila tiba ke dewan bersalin, aku ingatkan dewan seperti yang aku bayangkan, rupanya sorang satu bilik. Hospital Ampang saja kea tau semua hospital government macam ni, aku pun tak tahu… yang pastinya, hospital Ampang adalah hospital terbaru.

Dalam bilik bersalin tu ada jam betul-betul setentang dengan katil bersalin. Sebelah kana nada Gas Etonoks untuk di sedut bagi mengurangkan kesakitan. Ada ULTRAsound kat belah kanan. Ada sorang nurse pantau aku. Kesian kat dia sebab selang 2 minit aku minta dia cek bukaan bila sakit tak tertanggung. Tapi dia tetap sabar. Bila sakit xde sangat, aku minta maaf kat nurse tu. Aku kata aku lemah… dan aku nak suami aku ada kat sisi… Masa mula masuk kat Bilik Bersalin tu aku tengok jam, baru pukul 1.05am. Aku merengek minta husband masuk. Hampir  pkul 2.00am baru lah husband diberi masuk. Dia datang je terus give me a HUG. Terharu sangat masa tu. aku rasa lebih bersemangat dan bertenaga. Husband berdiri sebelah aku sambil berdoa. Samar-samar aku nampak mukanya. Aku sangat letih dan nak tidur tapi nurse tak bagi. Sebab takut jadi apa-apa. Bacaan bukaan rahim aku,

2.00am – 7cm
3.00am – 8cm
4.am – 9cm

Masa bukaan 7cm tu aku dah rasa macam nak meneran tapi nurse cakap jangan. Tapi ade juga yang aku x dapat kawal… termeneran sendiri… maksudnya (aku rasa la), kepala baby gerak sendiri untuk keluar. Pukul 4.15am tu bukaan da 9cm… nurse suruh aku teran… aku teran sekuat hati. Praktis segala ilmu yang aku cedok dari Google… tapi satu kelemahan posisi aku masa bersalin… xsempat nak naikkan badan… katil tu xsempat nak angkat bagi tinggi. So susah sikit aku nak meneran… yang bagi aku bersalin pula hanya sorang nurse… Ko bayangkan SEORANG sahaja dan husband aku. Dia Teriak banyak kali panggil doctor dan assistant tapi xde sapa datang. Part ni je aku tak puas hati dengan Hospital Ampang. Nyawa anak aku jadi taruhan. Tapi bab lain semua Okay… sangat DAEBAK. Nak cek kat bawah tu siap minta maaf.  

Bersambung…
 



SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

1 comments:

dhiera zainudin said...

wow..pengalaman sangat berharga tu wen.
baby sgt comel pulak tu.

Post a Comment

Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91