Hari ini genap sebulan anak kesayanganku menjengah dunia.
Syukur kerana sehingga saat ini aku dapat menjaganya walaupun berseorangan
dengan suami sahaja.
Okay, hari ini aku ingin berkongsi cerita mengenai kisah
kelahiran puteri sulung aku ni.
26/6/2014, seperti biasa aku akan mengalami kesukaran tidur,
Panas teramat dan aku penat sebenarnya. Sebab siang(25/6) tu aku sempat membeli
belah keperluan baby dan round hampir Satu taman perumahan ni. Seorang diri
okay… berani kan aku… dalam fikiran aku masa tu aku rasa aku tak delah akan
bersalin awal sangat. Aku sempat kemaskan rumah dan siapkan bag hospital.
So back to the topic. Pukul 3am aku terbangun nak buang air
kecil. Dah menjadi tabiat aku sejak tunggu due ni untuk melihat kot kot ada
something ikut air kencing tu… and indeed… takde ape pon. Haha… 4.30am aku
sekali lagi terbangun kerana rasa ada air mengalir, rasa macam period pon ada.
Tapi yang ni air je.. licin.. aku dah cuak… aku bangun… dan tengok kat toilet…
ade darah dan air keluar… aku tak tahu pun itu adalah lendir je…. Bukan air
ketuban… (ni aku tau lepas doc kat hospital bagitahu).
Aku kejutkan husband bagitahu dia aku ada leaking… spontan
dia bangun nak ke hospital masa tu juga… tapi aku cakap nak tunggu siang… masa
tu aku call mommy tapi tak di angkat. Pkul 4.30am kot. Kekekeke…. Then aku call
kakak aku… dia pun x angkat.. haha..siang tu aku tengok pad, xde lah banyak pon
darah dan lendir keluar sikit…Aku pun hairan juga… lepas keluar lendir tu aku
xdelah sakit sakit ape pon… selang setengah jam tu adalah sakit sakit sengugut
sikit…
. Aku sempat minta husband belikan nasi lemak kat bawah
rumah. Tapi sebab tak de mak cik yang jual tu.. dia sanggup pegi gerai dekat
dengan Station LRT untuk beli.. nasi lemak pula Pedas gila. Pukul 9.30am kami
sampai hospital. Aku yang kebaru baruan ni ikut je arahan doctor…
Sampai je Hospital Ampang - kami ke pendaftaran khusus untuk
bersalin… x sakit lagi so aku masih bebas bergerak…husband dah bawa siap2 bag
aku. Nurse bagi kain dan suruh buka seluar dan seluar kecik. Doctor nak cek
katanya… aku ikut je, dah tukar tu aku kena suruh baring dan ada something kena
wrap pada perut aku untuk cek jantung baby…Ultrasound ( aku tau bile keluar
dari Hospital after bersalin)
Bile cek..bukaan baru 1cm… doc cakap aku kena balik dan
tunggu kat rumah… huhu… okay dan aku pun balik… masa ni keluarga aku dah
marah-marah sebab aku tak di wadkan terus… aku tak tahu nak jawab apa. Di rumah
aku semakin cuak… berdebar debar… tak tahu apa nak buat. Tapi aku sempat tengok
Running Man utk hilangkan cuak tu. Aku sempat suruh husband belikan tilam untuk
adik ipar aku yg akan dtg seminggu untuk jaga aku…aku sempat berwassap dengan
kawan-kawan. Sempat berbual dengan keluarga…
Petang hari yang sama.. aku rasa aku makin kesakitan… selang
10 minit sakit menyerang… aku banyak baca.. kalau sakit macam tu kena pi
hospital dah… Memandangkan kami bergantung pada Taxi.. so aku berharap sangat
dimasukkan ke wad terus sebab memudahkan aku dan suami.
Lebih kurang pukul 7.00pm kami ke hospital semula bila aku
semakin rasa kesakitan. Samapi di hospital… proses yang sama di ulang… dan bila
doctor cek bukaan rahim… katanya baru je 1cm. tak berubah pun… aku dah kecewa…
doctor tambah lagi.. katanya kalau nak masuk ward.. beratur panjang nun sampai
ke luar pagar… huhu.. aku tahu dia bergurau tapi masa tu aku termenangis… tak
tahu kenapa…dan akhirnya aku dan suami balik.
Sampai rumah je dalam pkul 9.00pm, aku semakin kesakitan. Suami
paksa aku makan sedikit tuk tenaga, mana tahu aku bersalin tiba-tiba dan tak ada
tenaga nanti. Aku makan sedikit sahaja..
dalam 2 atau tiga suap je. Sebab sakit yang aku alami sejak balik dari hospital
semakin teruk. Tapi aku tetap bersabar sebab takut kena suruh balik kalau ke
hospital. Kebetulan kawasan perumahan takde air dan suami angkut air dari
tingkat 1 (kami tinggal di tingkat 4) ke rumah. Aku mandi sekadar bersihkan
badan sebab takut tak selesa. Mandi pula mandi air sejuk. Dah lupa dah semua
benda masa tu. Sakit dan penat. Lepas mandi aku dan suami cuba tidur. Aku memang
sangat2 mengantuk tetapi kesakitan yang aku alami menyukarkan aku tidur, Pukul 11.30pm,
aku tengok jam.. sakit yang aku alami berlaku selang seminit. Setiap minit aku
ke tandas… Tuhan tau apa yang aku alami… sedangkan period/datang bulan pun aku
boleh hampir pengsan menahan sengugut.. apatah lagi nak bersalin.
Aku menangis dan berdoa banyak-banyak… bila sakit yang sama
berlarutan… suami yang tidur-tidur ayam Tanya… nak ke hospital tak? Aku tahu
dia pun tak tahu nak buat apa… aku tak mau salahkan dia. Kami sama2 first time
hadapi situasi ni… aku cakap ya.. nak ke hospital. Dan aku suruh dia cuba guna
MY TEKSI. Rupanya memang ada teksi yang
standby sekitar kawasan perumahan aku ni… suami call dan kami turun. Sebaik masuk
teksi… driver tu terus pecut ke Hospital Ampang. Perjalanan yang tak sampai 10
minit dari rumah ke Hospital Ampang saya rasa macam sejam.
Bersambung…
1 comments:
hana yang baca ni berdebar2 plak. hehetunggu sambungan ni. cepat2 update :)
Post a Comment
Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P