Berhenti kerja dan menjaga Leona sendiri.
Itu pilihan aku atas pilihan dan nasihat
suami. Reaksi orang?
Ada yang kata aku ini kolot,
tidak berpandangan jauh.
Duit itu penting kata mereka.
Yeah aku mengaku duit itu penting…
tapi sekarang ni bukannya aku tak ada suami yang sanggup menyara aku… walhal
aku jauh lebih dari mampu untuk dapatkan kerja di KUALA LUMPUR ini. Tapi aku
berkorban demi anak.
Kenapa tak hantar balik kampung?
Hurmm yeah, aku mengaku my mom
kata sudi nak jaga baby Leona. Tapi aku yang tak sanggup. Tak sanggup berpisah
dengan anak aku. Aku nak bagi breastfeeding sepenuhnya untuk Leona sekurangnya
untuk 6 bulan pertama ni. Tak pasal2 aku balik kampong tiap hujung minggu hanya
kerana nak jumpa Baby… kalau dekat tak pa. ni OVER Sea ko.. Borneo dengan
Peninsular oversea la kan hehe
Hantarlah kat pengasuh…
Ni pun aku ada terfikir juga…
tapi memandangkan sekarang ni terlalu banyak kes tak elok… aku tak berani nak
ambil risiko ke atas Leona. Anak aku terlalu berharga.
Biarlah ijazah aku dalam bidang
pendidikan awal kanak-kanak ni aku gunakan ke atas anak aku sendiri dahulu.
Jika Tuhan mengizinkan… aku pasti akan bergelar CIKGU suatu hari nanti. Sesuai dengan
kehendak TUHAN.
Sokongan:
Bila aku meluah hal ni di
Facebook… Hurmm ada juga yang menyokong keputusan aku… tapi mungkin lebihh
ramai yang memandang keputusan aku ni
KOLOT. Tak apa… ko dan aku tak sama…
7 comments:
dulu masa i amik keputusan yang sama..masa anak baru masuk 4 bulan..i pon menerima reaksi yang sama..dan jugak alasan yang sama macam u.. tapi ni i dah 2 tahun lebih berhenti..i puas hati sangat dengan kuputusan i..i tak pernah menyesal..dan tak pernah ada rasa hati nak bekerja ngan orang lain lagi.. wish u luck too dear.. buat untuk anak dan suami.. moga di berkati.. :)
jgn sesal kemudian hari.. unless mmg ada pengasuh yg mmg ko pecaya...
@Aty_Fared terima kasih.... setiap hari berdoa moga Tuhan murahkn rezeki.. walaupn saya hnya duduk d rumah...
@Just ya sis... mcm ko daa... ur mom jaga sendiri. huhu best
I pun sokong tindakan u...
even I belum kahwin...tapi I pernah berangan nak jadi macam u full time housewife... :)
Ala zaman sekarang ni ramai je yang bekerja dari rumah...okey je.. :)
Moga happy selalu.. :)
tak kisah lah apa org lain nak cakap, yg penting diri sendiri tau apa yg terbaik.. kan kan kan? :)
ok juga tu kalau jaga sendiri.. tak payah pening2.. ni kalau kerja, mcm2 nk kena fikir. huhu
i is sokong keputusan ni...dengan Shaklee anda bolehhhh...
Post a Comment
Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P