Geng Panda Slim

Wednesday, August 20, 2014

Pengalaman Bersalin Part 3 - Hospital Ampang





Aku start meneran bermula 4.15am. Sesungguh hati aku teran. Aku teringat baby aje masa meneran. Aku pegang tangan suami. Aku tak tahu dan tak sedar apa yang suami aku buat masa aku sedang sakit tu. Samar-samar aku nampak muka dia. “teran lagi, cepat, cepat” “pandai” “lagi puan… lagi.. nanti kita tolong bila da…” aku tak dengar dah sebab aku meneran sekuat hati sampai aku menjerit kooo… muhaha… then aku rase macam ada sejuk sikit.. terhenti aku sekejap. “puan teran teran jangan stop” Aku nak teran tapi aku tak berdaya… aku ambil dua tiga saat dan teran semula… agak panjang aku meneran keluar dan aku rasa sesuatu menggelepar… aku teran lagi tapi dah tak boleh… nurse bagitahu anak da keluar… dalam hati aku Did I just give a birth to my first baby?... aku terus buka mata dan nampak suami. Aku terasa dahi di kiss (wink). Mata aku terbuka luas dan nampak nurse nak bawa anak aku, aku panggil nurse sebab nak tengok anak aku. (patut kena letak dekat dada kita dulu kan?). Nurse pun panic agaknya sebab dia sorang-sorang. Dia tunjuk jantina dan bila aku minta nak letak anak kat dada dulu dia cakap anak biru sikit sebab aku terhenti meneran sekejap tadi so kena cepat bagi oksigen.

Aku tersentak… dua tiga saat yang aku rasakan hampir membunuh anak aku. Ya Tuhan…

Selepas tu suami diminta tunggu di luar… aku dengar nurse cakap aku siap melahirkan tepat 4.20am. 5 minit rasa macam berjam-jam. Aku tak terbayang mereka yang meneran lama2 tapi anak tak dapat keluar… Then nurse uli-uli perut aku, keluarkan uri pula… aku ingat apa lah yang dia buat… rupanya uri tu besar kan… haha… terdengar pla bunyi berdecak macam air.. aku berfikir dan mungkin itu adalah darah.
Sampai sesi menjahit… aku dah sedikit tenang. Lega dah . aku berbual dengan nurse yang menjahit tu sambil gelak-gelak… lega dah keluar kan… hehe.. Nurse cakap lepas ni jangan duduk bersila dan basuh bersih-bersih luka biar cepat sembuh… nurse siap Tanya apa pendidikan dan berapa umur aku..  dia kata baguslah ada anak dalam umur yang muda, badan masih kuat jaga anak. Doctor masuk dan Tanya keadaan aku, nurse cakap aku stabil walaupun aku kurang darah. Terima kasih Tuhan dan aku juga pasti vitamin yang aku makan selama ni banyak membantu menguatkan aku sepanjang aku mengandung dan juga semasa bersalin. Tak sia-sia aku korban wang ringgit untuk consume SHAKLEE Supplemen.

Dalam pukul 5.00am anak aku di serahkan kepada aku… menitis airmata aku melihat wajah anak aku yang kemerahan. Aku amati wajahnya… sah.. bibir nya menyerlah dari yang lain.. ikut bibir aku. Haha. Aku tak terbayang perasaan suami melihat anak wajah anak kami nanti.

Nurse terus suruh aku susukan baby. Aku cuba susukan. Amazing… baby dah pandai menghisap. Haha.. kemahiran yang pertama untuk baby. Sakit tak? Memang sakit haha.. tapi aku dah set awal-awal.. aku memang akan susukan anak secara ekslusif sehingga 6 bulan dan aku akan teruskan sehingga dia berumur dua tahun.


Oleh sebab ward penuh dengan wanita bersalin, aku terpaksa di tempatkan di atas katil depan bilik bersalin (bilik no 7) di Hospital Ampang. Suami aku masuk sekejap masa ni. Dia kata nak balik rumah ambil beg aku sekejap. Masa tu dah pukul 7.00am. Aku nampak muka suami aku lain bila dia nampak anak kami.. entah.. ke aku je rasa lain sebab status kami dah berubah jadi ibu bapa kot. Haha…

Aku diberi minum susu sedikit aje.. bagi aku tak cukup kot.. lapar ni.. tp aku tak berani nak minta refill muhahaha. Aku tertidur sekejap-sekejap tapi tak lelap kerana mata tak puas nak menatap si kecik… tengok la perangai tak senonoh aku kan… padahal baby bukan nangis pun… nurse dan mak guard yang lalu lalang kat laluan tu siap tegur… “rehatlah puan, baby tak nangis. Puan baru je siap bersalin”  aku balas dengan senyuman aje… aku tak puas lagi menatap muka anak aku.. walaupun aku sedar aku akan bersama dengan anak aku ni 24jam selepas ni.

Katil aku di tolak ke ward 4C. aku di tempatkan di ward kelas  pertama.  Ada dua orang dalam tu. Teman sebilik aku tu Chinese. Dia bersalin anak ke-3 secara ceaser dan dah hari ke 3 kat hospital. Anak dia pula dalam Tiub sebab dilahirkan tak cukup hari kot atau ada masalah jaundice (kuning)… aku tak ingat dah.. tapi pergerakan dia terlalu terbatas.. Ceaser kottt… aku yang baru beberapa jam bersalin ni lagi kuat daripada dia kot. Haha…

Suami aku tak sampai-sampai walaupun jam dah pukul 8 lebih, aku call tak angkat, aku fikir dia tertidur sebab aku perasan dia tak rehat langsung dari hari sebelum tu. so aku biarkan… perut aku sangat lapar masa tu. nak minum, air pun tak de… milo pun tak de… ward kelas ni ko jangan pilih la k… sebab nurse dan doc jarang nak jenguk… baik ko minta je kelas biasa… aku ni tak minta… tapi sebab ward terlalu penuh…
Husband return call dalam pukul 9.00am, aku masa tu tengah makan spageti dengan sup. Haha lawak betol. Xde rasa langsung makanan tu… aku makan dua tiga helai je kot spageti tu… husband cakap dia kumpul air sebab air dah ada kat rumah… terharu aku dengar… susah payah suamiku semoga di balas dengan kebahagiaan oleh TUHAN. Aku jadi emosi kejap… tersengguk-sengguk aku menangis… nasib baik ada tirai tu, haha… baby aku pun macam tau tau je aku nangis.. dia ikut sama nangis… husband cakap dia dah on the way. Aku letak phone dan susukan baby. Aku yang masih tak mahir sangat buat2 tahu sebab tak ada nurse tolong yang berdekatan. Aku makin lapar bila aku susukan baby.. badan aku mengeletar. Syukur husband sampai. Aku terus suruh dia bancuhkan ESP + Milo 3 in 1. Terketar-ketar aku minum sambil makan biskut Tiger warna putih tu… Syukur.

Baby Nana 6 hours after birth
Kami discharge pada hari yang sama… pukul 7pm. Kos hanya rm30. Bila sampai rumah, aku lihat pintu terbuka luas… tak pernah-pernah aku buka pintu rumah seluas itu sebab area ni banyak bau bau kemenyan oleh jiran inda bila mereka sembahyang dan juga asap colok jiran cina. Rupanya SIL dan Family dah sampai. Semua jadi excited tengok baby. Hehe… Syukur ya Tuhan…

Tamat.
 



SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

0 comments:

Post a Comment

Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91