Geng Panda Slim

Showing posts with label Menjaga anak sendiri. Show all posts
Showing posts with label Menjaga anak sendiri. Show all posts

Wednesday, August 27, 2014

Sebab aku Berhenti Kerja



Berhenti kerja dan menjaga Leona sendiri.
Itu pilihan aku atas pilihan dan nasihat suami. Reaksi orang?
Ada yang kata aku ini kolot, tidak berpandangan jauh.

Duit itu penting kata mereka. 

Yeah aku mengaku duit itu penting… tapi sekarang ni bukannya aku tak ada suami yang sanggup menyara aku… walhal aku jauh lebih dari mampu untuk dapatkan kerja di KUALA LUMPUR ini. Tapi aku berkorban demi anak. 

Kenapa tak hantar balik kampung? 

Hurmm yeah, aku mengaku my mom kata sudi nak jaga baby Leona. Tapi aku yang tak sanggup. Tak sanggup berpisah dengan anak aku. Aku nak bagi breastfeeding sepenuhnya untuk Leona sekurangnya untuk 6 bulan pertama ni. Tak pasal2 aku balik kampong tiap hujung minggu hanya kerana nak jumpa Baby… kalau dekat tak pa. ni OVER Sea ko.. Borneo dengan Peninsular oversea la kan hehe

Hantarlah kat pengasuh…

Ni pun aku ada terfikir juga… tapi memandangkan sekarang ni terlalu banyak kes tak elok… aku tak berani nak ambil risiko ke atas Leona. Anak aku terlalu berharga.
Biarlah ijazah aku dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak ni aku gunakan ke atas anak aku sendiri dahulu. Jika Tuhan mengizinkan… aku pasti akan bergelar CIKGU suatu hari nanti. Sesuai dengan kehendak TUHAN. 

Sokongan:

Bila aku meluah hal ni di Facebook… Hurmm ada juga yang menyokong keputusan aku… tapi mungkin lebihh ramai yang memandang keputusan aku  ni KOLOT. Tak apa… ko dan aku tak sama…

SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91