Okay sebelum sambung kisah
bersalin ni…
Ramai yang tanya pasal Hospital
Ampang dengan aku.. perlu daftar atau tidak… kos yang perlu dibayar….dan satu
yang paling popular ialah macam mana dengan service hospital…
Soalan:
PERLU Daftar ke?
Jawapan: Tak perlu. Just Walk-in
saja. Hospital Ampang bersedia menerima pesakit dari seluruh Negara buat masa
ni. Tapi ingat, wad mungkin penuh.
Soalan:
Kos?
Jawapan: Aku bersalin normal dan
tak ditahan (bermalam) kat hospital… so hanya RM36.
Soalan:
service?
Jawapan: Baca entri sampai abis…
Sebaik sampai kat pendaftaran
bersalin (bersebelahan dengan Kaunter Kecemasan) contraction yang aku alami
rasa makin teruk.. Aku tak pernah rasa macam tu okay. Seumur hidup aku tidak
pernah aku rasa sesakit itu. Mungkin sebab sakit bersalin ni sakit yang
berterusan, tak hilang-hilang dan tak ada ubat tu yang aku rasa sangat sakit
tu. Contraction makin teruk tu buat aku
nak berjalan ke meja pendaftran pun makan masa rasa nak merangkak okay. Masa
nurse Tanya macam-macam (prosedur sama diulang), aku dah tak mampu jawab dan
hanya hulur buku klinik pink tu. Sorang nurse ambil wheel chair dan papah aku
duduk nak sorong ke katil pemeriksaan. Padahal
kaunter dengan katil tu tak sampai lima langkah… tu la gambaran betapa dahsyat
sakit aku alami haha.
In the mean time, contraction
yang aku rasa makin sakit. Prosedur yang sama di ulang. Pelbagai soalan
diajukan doktor. Padahal dah tiga kali aku datang untuk hari tu saja. Tapi aku
sangat penyabar masa tu. Aku diam je bila aku tak mampu nak menjawab dan
menahan sakit yang aku alami.
Aku pejam mata dan cuba tidur. Aku nak rehat. Aku terdengar perbualan
nurse dengan doctor. Antaranya…
Mana yang nak pengsan tu? Winda
ni… dah cek da? Belum. Doktor semua sibuk.
Bila masanya aku nak pengsan. Aku Cuma rasa sakit teramat. Aku nak
tidur pun tak dapat sebenarnya. Tiba-tiba ada sorang minta maaf dan kata nak
cek bukaan. Aku iyakan saja. Mula-mula memang la malu.. dah sakit macam tu,
dalam fikiran hanya nak kesakitan itu berlalu.
Tips: kalau rasa sakit masa
contraction, ingat bayi anda. Bayangkan betapa comelnya dia nanti. Betapa
bahagianya kita bila kita di panggil mama/mummy.
Sebaik doctor cek, dia kata bukaan dah 3cm. So kena masuk dewan
bersalin kejap lagi. Dalam fikiran aku,
terbayang dewan bersalin macam dewan asrama/sekolah. Miahaha… semua prosedur
aku iyakan aje. Dah sakit.
Bila bukaan rahim dah capai 5 cm, doctor bagi tau yang dia akan
pecahkan ketuban dan akan transfer ke dewan bersalin. Aku sempat mendengar perbualan
dua orang nurse yang transferkan aku ke dewan Bersalin tu. Menurut mereka, mala
mini (itu) orang yang bersalin tak henti henti.Penat sungguh mereka.
Bila tiba ke dewan bersalin, aku ingatkan dewan seperti yang aku
bayangkan, rupanya sorang satu bilik. Hospital Ampang saja kea tau semua
hospital government macam ni, aku pun tak tahu… yang pastinya, hospital Ampang
adalah hospital terbaru.
Dalam bilik bersalin tu ada jam betul-betul setentang dengan katil
bersalin. Sebelah kana nada Gas Etonoks untuk di sedut bagi mengurangkan
kesakitan. Ada ULTRAsound kat belah kanan. Ada sorang nurse pantau aku. Kesian
kat dia sebab selang 2 minit aku minta dia cek bukaan bila sakit tak
tertanggung. Tapi dia tetap sabar. Bila sakit xde sangat, aku minta maaf kat
nurse tu. Aku kata aku lemah… dan aku nak suami aku ada kat sisi… Masa mula
masuk kat Bilik Bersalin tu aku tengok jam, baru pukul 1.05am. Aku merengek
minta husband masuk. Hampir pkul 2.00am
baru lah husband diberi masuk. Dia datang je terus give me a HUG. Terharu
sangat masa tu. aku rasa lebih bersemangat dan bertenaga. Husband berdiri
sebelah aku sambil berdoa. Samar-samar aku nampak mukanya. Aku sangat letih dan
nak tidur tapi nurse tak bagi. Sebab takut jadi apa-apa. Bacaan bukaan rahim
aku,
2.00am – 7cm
3.00am – 8cm
4.am – 9cm
Masa bukaan 7cm tu aku dah rasa macam nak meneran tapi nurse cakap
jangan. Tapi ade juga yang aku x dapat kawal… termeneran sendiri… maksudnya
(aku rasa la), kepala baby gerak sendiri untuk keluar. Pukul 4.15am tu bukaan
da 9cm… nurse suruh aku teran… aku teran sekuat hati. Praktis segala ilmu yang
aku cedok dari Google… tapi satu kelemahan posisi aku masa bersalin… xsempat
nak naikkan badan… katil tu xsempat nak angkat bagi tinggi. So susah sikit aku
nak meneran… yang bagi aku bersalin pula hanya sorang nurse… Ko bayangkan
SEORANG sahaja dan husband aku. Dia Teriak banyak kali panggil doctor dan
assistant tapi xde sapa datang. Part ni je aku tak puas hati dengan Hospital
Ampang. Nyawa anak aku jadi taruhan. Tapi bab lain semua Okay… sangat DAEBAK.
Nak cek kat bawah tu siap minta maaf.
Bersambung…
SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.