Geng Panda Slim

Sunday, April 25, 2010

His Girlfriend...

hmm.. wat a new story here guys? haha... wajar ka tajuk atas tu? teda niat mau c malu org yg berkenaan tapi alamak... she makes my life ruins la u know...

memula dulu sa anggap dia ni nda matang g n bagi can ma dia.. walaupun dia ganggu idup sa yg da tenang lebih kurang sebulan lalu kali tu...then saya silentkan diri. walaupun dia ni selalu ckp sa ni yg bukan2 dengan his bf.. tp i m silent sahaja.. but kesabaran sa ada batasnya.tadi balik lagi mengganggu hidup sa... thats y i post this here. rasa geram sgt ni smpai nak menangis... uwaaa..( aku kalu da terlalu marah akan nangis)

dia cakp dia dan his bf putus sebab sa. sebab sa dey al putus hubungan... saya ke panikan beb... apa yg da saya buat sampai sa buat dorang like that. kejam namanya tu... sy sedang berbahagia ngan kehidupan saya.. dengan nota2 yang perlu di baca, but dia mengasak dalam fikiran saya... huh Damn...

if i am at sabah rite now, i feel like go drive n see her alone..ask wat i've done. x puas ati ni...macam da chemistry mengatakan sa ngan ni pompuan memang xda ngam. org cina ckp musuh karma... tapi sa nda mau macm tu.. i juz wish he happy... i juz pray for his happiness..

but ntah pa yg berlaku.. Tuhan saja yang tau. and i dun wanna know wat the things happen between them...
banyak lagi perkara lain yang saya mau buat. mau fikir, mau capai dalam idup sa selain cinta dan that guys..
memang sa meradang habis dengan ni pompuan... kalau masi berterusan macam ni after sa balik sabah.. siap ni pompuan.. sa kasi kenal ko sa sapa dengan ayat2 power. ahaaha. nda la... but my mum will do it tau...jan ko men2 ma sa ahh.. i warn u .... hehe...

huh.....
tapi yg kin geram tu... the moment dia putus ma her bf, dia trus in a relationship with other guy! sa benci ni pompuan mcm ni oo.. nampak sngt dia pentingkan diri. tamak. why she marah2 saya sal hubungan diporang putus sedangkan dia sendiri memang da lelaki lain. huh!! geram sa ooooo... 

Exam week

hmm... look like i have been facing exams so many times in ma life. since in standard one until now.
but guess huh, exam skang ni x macam exam dulu2. xrasa pun macam exam exactly. tak study, x da mood exam pon. every where u can see that everyone's doesen't study at all. haha masi ingat lagi exam time d sekolah dulu.. its so exhausted. belajar  bersungguh- sungguh dan kemudian menghadapi satu peperiksaan pada penghujung tahun, entah la bagaimana kita semua mendudukinya dan sekarang ni pula totally different dengan dahulu.

Friday, April 23, 2010

Semester Terakhir D Kolej Za'ba


Semester ni last sem saya tinggal d kolej kediaman UPSI. Ada sikit rasa menyesal juga sebab saya x merayu tapi bila di fikir2kan semula.. berbaloi sebab dengan harga mahal sy tinggal di luar tapi sy berharap dapat cover duit drpd makan... bajet sgt2 drpada aspek pemakanan nex sem. kena memasak la d rumah.. huhuhuu..sy da plan ngan kawan akan berjimat sehabis baik nex sem... huhuhu... hope sooo

lagi satu ujung sem ni nampaknya terpaksa sy merelakan diri g tolong my mummy toreh getah ke apa2 la. kasian juga sa ni.... uwaaaa mumy.... my money.. teda sudah abis da untuk ni sem...duii.. risau tul juga sa bile tengok ni bajet nex sem. mampukah sy hidup semester hadapan? Ya Tuhan... saya kena bajet gila gila ni sem depan... huuuu....

Thursday, April 22, 2010

the bad aniversary

thanks to GOD coz i can survive and lived my life until now after da worst thing i ever have in ma life. menyakitkan but its perhaps the best one we should have in da past to guide us in the present.
u may happy with your own live. semoga kebahagiaan akan menyusur di belakang semua kesakitan yang di alami. hidup ni indah dan bermakna...sa akan cari makna senyuman dan kebahagiaan di dalam hati yang sa perlu kembalikan serinya.
Tuhan, sertai saya.



mungkin dia yg terbaik, mungkin dia yg di berikan BAPA, mungkin dia yg akan menemani hari tua mu, mungkin engkau adalah tulang rusuknya, mungkin ini yang terindah daripada BApA, jadi jgn pertikaikan siapa dia, apa kelebihannya, kekayaannya, pekerjaannya, pelajarannya apatah lagi rupanya. kerana hatinya yang... terutama..... TUHAN mengatur segala sesuatu seindah bahagia. AMEN!!!

Wednesday, April 21, 2010

Pagi Yang berkabus ( 1.07 am)

masih berjaga dan aku sedang menelaah pelajaran di samping on9 sekali sekala. sempat juga mengambil pic pagi2 yg berkabus d Tanjung Malim. cantik sangat view dia. check it out urself...






Monday, April 19, 2010

senja yang menjingga




Sunday, April 18, 2010

hidupku

baru tadi sa g tau uncle sa yg idup ni ceria d Fb. but, the realiti is... wah.. susahnya ya...
terasa sgt hidup semakin susah bila dah dapat semua ni....

Saturday, March 27, 2010

the trouble and the happiest time

tak tahu nak tulis pa pagi pagi ni.....
Rindu sngt dngn kampung halaman.
rasa macam mau balik jak sekarang.
mau jumpa all my family members.
rindu dengan mereka semua...
 Mumy.... rindu sngt ngan mumy...
12 mei.. masi terlalu lama g untuk sa dapat balik...
ari tu da nangis rindu sngt2.

huhuhu

Friday, March 19, 2010

Di tengah Pergumulan.

seringkali manusia bertindak dengan kata hati. Apa yg terjadi? akibtnya pro kepada kekecewaan... berakhir dengan airmata. saya tak berkata bahawa bertindak mengikut kata hati itu salah, namun perlu fikir siapa rujukannya. Adakah kita merujuk Firman Tuhan? Adakah kita sedang sabar menantikan jawapan Tuhan? Atau kita sedang berusaha melakukan segala sesuatu mengikut kemahuan sendiri? Di samping tindakan profesional dan rasional, our 1st priority must be GOD!

I'm not saying that i am the good one and all of you should do exactly like me. NO!  I just a human. i am full with crying. I often blame all around me to the prob I've faced before. I thought i am the strongest one. I say i do it with myself, tapi ternyata, Tuhan yang memampukan saya. Diluar sedar saya, saya berjalan tanpa Dia  yang menuntun.

Saya sering melukakan hati Bapa dan selalu pula kembali berteleku di hadapannya. Kemudian kembali melukakan hati Bapa. namanya Manusia kan? selalu saja melakukan kesilapan. Seorang teman pernah memberikan saya satu doa yang patut di amalkan setiap hari untuk menghindari  kutuk. ( maaf sy tak ingat the exactly words). namun dengan keras ia turut memperingatkan saya agar saya dan teman yang lain tidak mempergunakan (salah guna) perkara tersebut.

seorang teman pula pernah memberitahu saya bahawa segalal sesuatu yang di doakan dan tidak mendapat sebarang jawapan daripada Tuhan adalah suatu yang......... i dont remember. tapi point saya di sini bukan itu. i mean, bagaimana ya mendengar suara BAPA?  apakah diri ini penuh dengan kepalsuan dan meneyebabkan semuanya berlaku? Tuhan tolong anak-MU bapa.

Saudara, saya mohon, bantulah saya dalam doa... saat ini terlalu besar pergumulan yang bertandang dalam kehidupan saya. jadikan Sya kuat dalam pelbagai perkara. kuatkan saya untuk menghadapi dan bertegas dalam hal-hal pergumulan saya.

Tuesday, March 16, 2010

Melukakan Hati

Hosea 3 & 4

Manusia bergumul dengan banyak dosa yang tak terkatakan. Banyak perkara yang kita lakukan setiap hari dan melukakan Hati Bapa. Bijak bermain kata di hadapan manusia, namun x cukup menyembunyikan kebenaran daripada Tuhan di Syurga. Saya dan anda insan biasa. Manusia yang diciptakan tidak sempurna. Untuk datang kepada Bapa supaya lebih sempurna.

Saban hari banyak pergumulan kitalalui. di luar kesedaran manusiawi, Roh Kudus menangis kerana kita degil daripada mendengar katanya di dalam hati kita. Kita membiarkan jasad kita hanyut. Kita membiarkan jiwa kita merana. Berseronok dengan keseronokan duniawi yang tiada gunanya. Bersembunyi daripada batasan kebenaran hidup bersumberkan Firman Tuhan, berdasarkan Tiang Doa, Berperisaikan Kasih Agape dan beralaskan hukum Tuhan.

Sedarlah hai manusia. Tuhan mengetuk pintu hati kita. tapi berapa ramaikah antara kita yang mampu mendengar, atau berapa ramaikah di antara kita yang mahu mendengar, atau berapa ramai kah d yang ingin mendengar? Semasa dalam kesusahan, Tuhan berkata, sandarkan lah bebananmu di bahuKu. Baringlah d Pangkuanku. Dan dia berikan kesegaran. Tapi apakah yang kita lakukan semasa kita mengecapi kebahagiaan Dunia? Tuhan tetap ada, tapi kita sembunyikan dia di dalam hati yang paling dalam, Seboleh mungkin cuba mengurung dia daripada menegur dan melihat setiap perbuatan kita.

Kasih Tuhan tidak pernah habis. Tidak pernah ada hari tertentu untuk DIA bertemu dengan umatnya. Tidak pernah ada kesibukan bagiNYA untuk Kita. tapi kita?

Hosea 3 & 4. saya teringat akan seorang teman yang kala ini kami doakan. sebelum itu ingin saya tuliskan disini bahawa saya tidak berniat untuk menghakimi apath lagi meletakkan saya d tempat yang betul. Doa saya padanya, kembali lah pada jalan kebenaran. Harta yang kekal dan abadi tidak ada d syurga. Kebahagiaan yang di kecapi tidak akan pernah wujud d bumi ini selain daripada kebahagiaan di Syurga.

Seperti Israel dalam Hosea, Tuhan tetap melihat mereka. Tuhan tetap memandang mereka walaupun mereka  melakukan pelbagai hal yang melukakan hati Bapa. berbahagialah haio orang-orang benar. Tuhan Memberkati.

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91