Hosea 3 & 4
Manusia bergumul dengan banyak dosa yang tak terkatakan. Banyak perkara yang kita lakukan setiap hari dan melukakan Hati Bapa. Bijak bermain kata di hadapan manusia, namun x cukup menyembunyikan kebenaran daripada Tuhan di Syurga. Saya dan anda insan biasa. Manusia yang diciptakan tidak sempurna. Untuk datang kepada Bapa supaya lebih sempurna.
Saban hari banyak pergumulan kitalalui. di luar kesedaran manusiawi, Roh Kudus menangis kerana kita degil daripada mendengar katanya di dalam hati kita. Kita membiarkan jasad kita hanyut. Kita membiarkan jiwa kita merana. Berseronok dengan keseronokan duniawi yang tiada gunanya. Bersembunyi daripada batasan kebenaran hidup bersumberkan Firman Tuhan, berdasarkan Tiang Doa, Berperisaikan Kasih Agape dan beralaskan hukum Tuhan.
Sedarlah hai manusia. Tuhan mengetuk pintu hati kita. tapi berapa ramaikah antara kita yang mampu mendengar, atau berapa ramaikah di antara kita yang mahu mendengar, atau berapa ramai kah d yang ingin mendengar? Semasa dalam kesusahan, Tuhan berkata, sandarkan lah bebananmu di bahuKu. Baringlah d Pangkuanku. Dan dia berikan kesegaran. Tapi apakah yang kita lakukan semasa kita mengecapi kebahagiaan Dunia? Tuhan tetap ada, tapi kita sembunyikan dia di dalam hati yang paling dalam, Seboleh mungkin cuba mengurung dia daripada menegur dan melihat setiap perbuatan kita.
Kasih Tuhan tidak pernah habis. Tidak pernah ada hari tertentu untuk DIA bertemu dengan umatnya. Tidak pernah ada kesibukan bagiNYA untuk Kita. tapi kita?
Hosea 3 & 4. saya teringat akan seorang teman yang kala ini kami doakan. sebelum itu ingin saya tuliskan disini bahawa saya tidak berniat untuk menghakimi apath lagi meletakkan saya d tempat yang betul. Doa saya padanya, kembali lah pada jalan kebenaran. Harta yang kekal dan abadi tidak ada d syurga. Kebahagiaan yang di kecapi tidak akan pernah wujud d bumi ini selain daripada kebahagiaan di Syurga.
Seperti Israel dalam Hosea, Tuhan tetap melihat mereka. Tuhan tetap memandang mereka walaupun mereka melakukan pelbagai hal yang melukakan hati Bapa. berbahagialah haio orang-orang benar. Tuhan Memberkati.


0 comments:
Post a Comment
Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P