Geng Panda Slim

About Me

My Photo
A fully housewife for a man named Gabril and A Mother of a daughter Leona,
A kampung girl that grow up in a rural kampung in sabah and now I am currently living here Jungle of Rocks (Kuala Lumpur)

Friday, February 19, 2016

Sekadar Luahan rasa terkilan.


Petang semalam aku bawa Leona ke Taman permainan. Kami turun lebih awal sebab aku rasa hujan akan turun petang ini. 

Oleh sebab awal... padang kosong dan alat permainan semua kosong. Puaslah dia marayau main semua version mainan yang ada. Kejap dia main see-saw... kejap buaian... kejap lari kesana ke mari kejar bola... dan paling lama tersangkut kat slider...

Kemudian padang mula dipenuhi budak-budak sekolah rendah. Main bola. Main kejar-kejar. Polis and thief la tuuu... (dulu masa aku kecik-kecik aku kenal polisentri jeee haha). Penuh padang dengan budak-budak selayaknya taman permainan. 

Tiba-tiba keadaan jadi lengang tapi masih bising dengan suara budak-budak. Leona tak kisah dia masih sibuk main. Aku sibuk mengejar. 

Kemudian perkataan-perkataan yang sangat teruk (bagi aku) kedengaran. Segala makian... segala kutukan dan cacian... aku angkat kepala dan tengok semua budak-budak tu bersesak dah atas slider tu. 

Hairan aku; diorang masih memaki-maki... 

'Wei... bab*...sia*...pondan*... pergi mat* ... Bodo*... bangan*...

Antara perkataan menyakitkan telinga aku. 

Aku paling muka ke arah yang diorang tengok... dan kat situ... seekor anjing berpemilik tapi tuannya tak kelihatan. Aku tahu berpemilik sebab ada kalung kat leher. Warna coklat. Anjing biasa.. yang hanya duduk perhati orang. Aku tau anjing tu tak akan apa-apakan semua orang kat situ. 

Jadi atas rasa tanggungjawab aku cadang nak halau anjing tu dengan cara baik supaya budak-budak tu selesa bermain.  

Tanpa diduga... Leona yang ternampak anjing tu terus lari ke arah anjing tu sambil jerit 

'dog... dog... hawow dog.. hawow dog'. 

Within seconds dia sampai pada anjing tu. Budak-budak tadi semua menjerit ketakutan... aku rilek ikut Leona dari belakang.

'Eh.....'
'Dia x takut lah'
'Dia memang'
'Diorang tu cine'
*&$^》□°>•》

Leona bertindak sangat diluar jangkaan... dia nak sentuh dan belai anjing tu! Which is cause me little worry... tapi anjing tu tak buat apa-apa. Cuma acah2 main dengan Leona sekejap dan Leona gelak terbahak-bahak macam mummy dia gelak tengok Running Man. 

Lebih kurang seminit... anjing tu berlari turun dati playground dan menuju ke sebuah kereta... Tuannya. Leona kejar. Aku yang sakit pinggang mengejar... 

Leona sangat gembira... dan budak-budak tu kembali bermain. Tapi aku sangat terkilan... tak tahu kenapa... tapi... entah lah... pada aku bahasa yang dituturkan oleh budak-budak itu lebih teruk daripada anjing tersebut yang hanya haiwan peliharaan.  Hurmmm....  aku perasan ada sorang lelaki melayu mirip muka Baki (8tv) memerhatikan semua kejadian tadi.  Bila aku terpandang dia.. dia senyum. Mungkin nampak aku kurang senang dengan situasi itu... aku tak tau...

Aku bisik pada Leona... "Na, pekakkan telingamu daripada perkataan-perkataan tidak bermoral itu. Mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan(ucapkan) tapi u have to know and understand that that is a bad word(s)."

Hopefully we both (me and Gab) will successfully instilling good value into Leona's soul. Budak-budak tu masih boleh berubah jika mendapat teguran yang wajar. 

*Sekadar luahan rasa terkilan... sebab aku sangat sayang pada anjing. Hanya anjing haiwan peliharaan yang mungkin aku akan pelihara.


SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

0 comments:

Post a Comment

Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91