Geng Panda Slim

Tuesday, February 2, 2016

Post 1st Tahun 2016.

Blog lama sangat menyepi.  Macam selalu... idea ada tapi malas nak menaip dengan phone. Nak tambah pic pun alahai... terkial2 guna blogger apps tu.

Baiklah...

Sempena tahun baru hari tu.. (lambatnya update..) aku buat muka sedih dan minta kesian kat husband. Dan dia pun keluarkan duit untuk aku beli mesin jahit.

O wow... mcm dalam mimpi you all... ada mesin jahit  sendiri. Sangat best. Macam-macam  aku jahit.  Cadar... baju...tapi alternate pakaian tu yg paling banyak aku buat.

Aku beli mesin jahit jenama GLobal 505C tu... kecik jak tp boleh la.

After few weeks... aku rasa tak memadai... sebabnye... aku nak menjahit kain tebal sikit x dapat... now mesin tu buat hal... benang xleh nak ketat. Nak adjust aku mcm malas skang ni. Biar la dlu... haha.

O ya... aku beli kat lazada je. Online je. Rm179. Berbaloi sangat kalau setakat nak jagit kain2 cotton yg nipis tu...

Skang ni aku masih dlm mood nak study problem2 machine tu. Aku sayang sangat mesin jahit tu. Tp bila dah buat hal mcm ni kena la aku bersabar dan tunggu mood aku nak menjahit tu dtg semula baru boleh menjahit.

So  jom menjahit kepada sesapa yang berminat tu. Hehe...

0 comments:

Post a Comment

Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91