“Pendeknya nama… “
Komen orang bila aku sebut atau
bagi tahu nama baby baby aku. Sama
dengan aku sendiri bila orang Tanya nama
penuh… bila bagi tahu hanya “WINDA” mesti Tanya lagi nama penuh. Macam tak
faham bahasa pula aku nak menjawab kan?
Sebab aku dan suami pilih nama
setakat 5 huruf je? Jawapannya mudah… memudahkan semua orang nak ingat nama.
Mudahkan Nana nak menulis nama dia bila
sekolah nanti, Mudah orang nak ingat nama dia. Mudah cikgu dia nak menulis nama
murid dia. Mudah tukang buat Surat Beranak/ My Kid / IC / Passport nak buat
dokumen dia.
Part cikgu menulis nama budak tu
memang reason paling kukuh la…sebab masa study dulu setiap semester (8 semester)
di upsi, aku kena keluar ke Prasekolah/Tadika/ nursery/ taska dan banyak la aku jumpa nama panjang benar…
paling panjang tu aku jumpa budak sorang tapi pakai nama 5 orang… belum nama
bapanya lagi… kecenderungan untuk silap mengeja atau tertinggal satu nama itu
sangat tinggi. Kalau menulis dengan tangan mau lenguh tangan nak menulis… huhu
So… tu la sebab kenapa aku dan suami
pilih nama simple ( LEONA Gabril).
2 comments:
teringat dulu ada kwn ni time exam la paling susah. orang lain dah jawab soalan kelima, dia sangkut tulis nama lagi. hehe.
Leona, sweet nama tu.. :D
@Aisya A. kan aisyah.... ramai je kawan jdi mangsa... huhu time exam pling kesian.
Post a Comment
Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P