Geng Panda Slim

Saturday, September 22, 2012

Bagi Badan Sihat


Hallo all..
Morning. Entry di hari sabtu. Ehe.
Supplement Food. Dulu aku tak pernah fikir pun pasal benda ni. Bagi aku makan supplement ni untuk orang yg lemah. Dan aku berfikir aku ni kuat la kononnye kan. Hehe… 

Tapi kejadian menimpa aku 3 bulan lalu memang mengubah semuanya. Sekarang ni aku bukanlah obsess dengan supplement food tapi aku semakin memandang serius hal ni. 

Mula-mula dulu aku ambik Spirulina Elken. Tapi bagi ia terlalu mahal bagi saya. Saya mencari alternative dan mendapatkan spirulina yang berkualiti dan affordable. Saya kan student. Tak ada pendapatan, so saya pilih NN Spirulina by Cosway. 

Spirulina ni kategori multivitamin. Kalau makan spirulina, kena pastikan diri minum banyak air kosong. Sebanyak yang mungkin. Sebab spirulina ni buat badan rasa panas dan air je boleh sejukkan badan kita dari dalam. Tapi, Bukan air dengan ais batu. Just air biasa je… kadang-kadang kalau saya kena spend time d library, saya hanya makan sikit dalam 2 atau 5 biji sebab benda ni panas. Kat library xboleh bawa masuk botol air. So kena minum kat water cooler tu dan aku sangat tak suka minum dari water cooler. Kalau kita makan spirulina ni dan tak minum air yang mencukupi.. kesan dia balik pada kulit kita. Jerawat boleh timbul sebab dalam badan sangat panas. So pandai2 lah. Nak cantik dalam dan luar kan? Oh ya, spirulina sesuai untuk lelaki dan perempuan. 

My dearest Fiancee pula aku belikan Multivitamin brand lain sebab kat Mid Valley tu tak de Cosway. Kebetulan aku melawat dia hari tu, dia kerja kat Mid Valley Branch. Kalau bukan aku belikan, sampai sudah pun dia tak beli supplement tu. Now he is taking it daily. Good boy… <3 span="span">

Sejak aku makan spirulina ni, badan aku rasa lebih sihat. Lebih imun dengan virus selesma yang kerap melanda aku dulu. Selain tu aku ni ada masalah gastritis dan gastric sekaligus. Syukur… sejak makan spirulina ni, gastritis sudah jarang ku alami dan kadang2 je mengalami gastric. Dulu usah nak cakap… hampir setiap hari aku sakit.
Selain tu aku makan NN Supa Fuco by COsway. Yang ni pula sejenis stem cell. Bina sel-sel baru dalam badan untuk gantikan sel sel yang sudah rosak. Atu musnah kerana tabiat pemakanan dan persekitaran kita.  Rasa ada sikit hanyir tapi ni  makan sebiji je. 30 biji RM68 tapi kalau ada discount boleh dapat lagi murah hehe… 

Dulu ada ambil NN Primrose Oil juga. Tapi buat masa ni, aku tak makan sebab no stock. Nanti lah baru beli benda tu. Semua orang tau apa primrose oil tu kan. Tu untuk maintain hormone dan juga baik untuk gurls yang ada masalah sengugut macam aku. 


Okay tips: kalau rasa badang tu nak selesma… cepat2 carik vitamin C. Makan / Minum. Take it. Selesma gerenti berkurang. Sy ambik NN 1000 vita-C.


Yang Penting HATI Bah.

2 comments:

dill said...

my dad doesn't allow me to take supplement.

he says i am still young (young? yes!!)

dill.

NasQ said...

sejak aku amalkan suppliment ni, badan dah naik jadi bambam...

Post a Comment

Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91