Geng Panda Slim

About Me

My Photo
A fully housewife for a man named Gabril and A Mother of a daughter Leona,
A kampung girl that grow up in a rural kampung in sabah and now I am currently living here Jungle of Rocks (Kuala Lumpur)

Saturday, April 21, 2012

Rasa Di hati.


Dihujung jari…
Kadang sebagai seorang manusia, aku berasa agak pelik dengan segala hal yang berlaku kebelakangan ini. Kenapa harus macam tu? Kenapa harus macam ni? Yeaps… kadang terasa agak perit mendengar semua kebenaran. Namun tetap juga memaksakan diri menelan semuanya… sangatlah tidak adil rasanya. Kelemahan yang sedikit dicanang di hadapan umum siap dengan identity diri. Sedikit tercalar emosi… sedikit terhenti semangat untuk meneruskan apa yang kini semakin ke penghujung. Tetapi fikir positif dan aku menguatkan semangat diri ini. Menghapuskan semua kerisauan.. mohon sangat agar segalanya akan bertahan untuk sedikit masa sahaja lagi.Lagipun buat apa hendak marah. Buat apa hendak menangis (walaupun sudah menangis) dan buat apa terus memikirkan… hanya kerana itu? Terpaksa menelan hakikat kewujudan orang yang baik dihadapan tapi dibelakang kita dia menjadi pisau dan menikam semula. Kalau yang dikatakan itu betul. Tidak apa… tapi…

Tetapi kadang terdetik juga dihati… mengapa pandang sipi? Kenapa hasilnya tidak setimpal dengan apa yang aku buat dan apa yang dijanjikan? Aku sendiri kecewa… janji sekadar janji… bukan aku meminta lebih Cuma pertimbangan semuanya. Aku memang sangat kecewa dengan apa yang aku lalui. Tapi untuk sedikit masa lagi aku harus kuatkan semangat dan bersabar dengan semuanya… harus bersabar…

Ingat satu hal.. bila kau malukan seseorang, bila kau menganiaya seseorang, berhati-hatilah sebab karma memang ada… cepat atau lambat pasti ada… Aku bukan berdendam. Cuma aku kecewa… Aku tidak berharap kau minta maaf… sebab aku tahu siapa aku… tapi aku Cuma berharap sangat kau jangan ulangi benda yang sama pada orang lain… lagipun kau minta maaf pun bukan kau boleh lap maruah dan muka aku yang sudah malu… sabar.... SEKIAN.



Yang Penting HATI Bah.

3 comments:

dill said...

kuatkan semangat! ape2 roger ai tau

dill.

Just said...

Yup karma mmg ada.. Sabar wen..

dhiera said...

bersabar dan kuatkan semangat ye wen~

Post a Comment

Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91