Geng Panda Slim

About Me

My Photo
A fully housewife for a man named Gabril and A Mother of a daughter Leona,
A kampung girl that grow up in a rural kampung in sabah and now I am currently living here Jungle of Rocks (Kuala Lumpur)

Sunday, April 15, 2012

Penggunaan 'Bah' yang betul. (The proper way using the sabahan slang 'bah')


Ok, entry ni mungkin agak perkauman sket.. hehe tapi since ramai kawan2 which is peninsularian, and they can’t use the word ‘Bah’ properly. (dah tau tak pandai guna, ada ati nak pakai… hehe.. kidding) so better bagi panduan bah kan? Hehe…

PERINGATAN!! ^_^..
Penggunaan "BAH" yang betul
(sebab "bah" merupakan satu perkataan yang paling istemiwa buat sabahan)

Salah satu penggunaan kata yang membezakan Bahasa Melayu Sabah dengan Bahasa Melayu piawai, ialah kata tambah "-bah" yang sering diguna dalam percakapan. Kata tambah "-bah"
mempunyai fungsi seperti berikut:

1) Kata penyudah untuk menguatkan ekspresi kata

Contoh ayat: Iya bah. - Iyalah.

2) Kata tambah pemula untuk memulakan percakapan. Selalunya digunakan pada permulaan kata.
Contoh ayat:

Bah, kamu pigi lah dulu - (Saya menjawab -Kamu pergilah dulu).

3)Memberi maksud sudah, atau penghabis kata. Pengganti dalam bahasa Melayu
ialah "Baiklah", atau "Begitulah".

Contoh ayat:

BM Sabah: "Boy, nanti ko pigi beli beras di kedai sana." Boy menjawab, "Bah."
BM piawai: "Boy, nanti pergi beli beras di kedai."Boy menjawab, "Baiklah"

4)Untuk menegur atau menyapa orang. Lazimnya org sabah akan menyebut "Bah" bila berselisih dengan orang yang dikenali untuk tujuan menyapa orang tersebut.
Contoh-contoh ayat:

1."ko orang KL bah kan?"
2."sejuk bah ni air"
3."awal lagi bah ni"

PENYALAHGUNAAN "BAH"

Masyarakat sabah memang sinonim dgn perkataan "BAH" yang begitu unik. Tetapi perkataan "BAH" ini sering disalah ertikan oleh masyarakat selain Sabah.

Mari kita menghayati dan renungi penyalahgunaan "BAH" dalam ayat-ayat ini:

1. "apa kabar bah?"-kononnya mau bertanyakan khabar. (Ini salah)
2. "suda makan ka bah?" (Aneh….)
3. "bila balik bah?" (Tak Betul )
 

Oleh Itu Marilah Bersama-sama Menggunakan Bahasa Sabah Dengan Betul, Jangan Memalukan Diri Anda Dengan Kononnya menggunakan Bahasa Sabah Tetapi Sebenarnya Salah. Tapi tak salah kalau salah cakap sebagai langkah mula untuk belajar.
#copy n share ;


Yang Penting HATI Bah.

3 comments:

dill said...

tak reti nak gune -bah. jadi elakkan utk gune ngan sape2 je. nnt malu sendiri :)

dill.

dhiera said...

nampak gaya nya ramai yang salah gunakan perkataan 'bah' ni. lagi-lagi dekat radio tu~

Len Inouie said...

Bah, belajar la kamu semua macam mana guna 'bah'.
Senang saja bah tu.

Ha... ;)

Post a Comment

Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91