Dihujung jari…
Kadang sebagai
seorang manusia, aku berasa agak pelik dengan segala hal yang berlaku
kebelakangan ini. Kenapa harus macam tu? Kenapa harus macam ni? Yeaps… kadang
terasa agak perit mendengar semua kebenaran. Namun tetap juga memaksakan diri
menelan semuanya… sangatlah tidak adil rasanya. Kelemahan yang sedikit dicanang
di hadapan umum siap dengan identity diri. Sedikit tercalar emosi… sedikit
terhenti semangat untuk meneruskan apa yang kini semakin ke penghujung. Tetapi
fikir positif dan aku menguatkan semangat diri ini. Menghapuskan semua
kerisauan.. mohon sangat agar segalanya akan bertahan untuk sedikit masa sahaja
lagi.Lagipun buat apa hendak marah. Buat apa hendak menangis (walaupun sudah
menangis) dan buat apa terus memikirkan… hanya kerana itu? Terpaksa menelan
hakikat kewujudan orang yang baik dihadapan tapi dibelakang kita dia menjadi
pisau dan menikam semula. Kalau yang dikatakan itu betul. Tidak apa… tapi…
Tetapi kadang
terdetik juga dihati… mengapa pandang sipi? Kenapa hasilnya tidak setimpal
dengan apa yang aku buat dan apa yang dijanjikan? Aku sendiri kecewa… janji
sekadar janji… bukan aku meminta lebih Cuma pertimbangan semuanya. Aku memang
sangat kecewa dengan apa yang aku lalui. Tapi untuk sedikit masa lagi aku harus
kuatkan semangat dan bersabar dengan semuanya… harus bersabar…
Ingat satu hal..
bila kau malukan seseorang, bila kau menganiaya seseorang, berhati-hatilah
sebab karma memang ada… cepat atau lambat pasti ada… Aku bukan berdendam. Cuma aku
kecewa… Aku tidak berharap kau minta maaf… sebab aku tahu siapa aku… tapi aku Cuma
berharap sangat kau jangan ulangi benda yang sama pada orang lain… lagipun kau
minta maaf pun bukan kau boleh lap maruah dan muka aku yang sudah malu… sabar.... SEKIAN.
Yang Penting HATI Bah.