Geng Panda Slim

Thursday, February 16, 2012

Perubahan Mereka Menyebabkan Aku Teruja.


Musim praktikal ni, banyak benda yang perlu dilakukan. Yelah kalau dulu, student upsi yang praktikal tak perlu buat kajian (Tesis). Tapi baru baru ni, segalanya ditukar daripada takwim U sehingga lah ROS, Praktikal dan Kajian. Nasib la kan.
Tapi dalam banyak banyak benda yang aku tempuhi sepanjang tiga minggu aku berpraktikal di Prasekolah ini, terdapat  dua perkara terbesar yang aku sangat hargai dan syukuri. 

PERTAMA; aku kini dapat beradaptasi dengan lebih baik dengan persekitaran baru. Syukur sangat. Daripada bangun pukul 7am, kini aku dah boleh bangun seawal pukul 5.30 untuk bersiap kerana harus ke sekolah pada pukul 6.40am. tu pun awal sangat sebab kena tumpang sesiapa yang sudi untuk ke sekolah he he.

KEDUA; aku pasti setiap orang yang berada dalam posisi aku sekarang... maksud aku cikgu praktikal bagi opsyen pendidikan awal kanak-kanak, sangat gembira bila anak muridnya mengalami peningkatan dalam bidang akademik. J memang aku sangat2 gembira sekarang ini.  ya mungkin terlalu awal untuk bersukaria, tapi aku memang sangat gembira. 

Peningkatan yang aku maksudkan ni mengenai dua orang murid perempuan aku yang berumur 5 tahun. Keduanya bermasalah menulis nama. Tapi tengahari tadi bila aku berikan mereka aktiviti, aku sangat teruja melihat yang seorang kini dah pandai menulis namanya dengan tepat dan boleh di baca. Yang seorang pula, kalau 3 minggu lepas, bila aku suruh je tulis nama, dia hanya akan membuat contengan garisan lurus kebawah. Wink* Wink* Wink*  dan aku memang pening.  Tapi tadi, aku tengok perubahan paling ketara adalah dia kini sudah boleh membuat contengan bulat dan membentuk namanya sendiri walaupun tidaklah jelas sangat.

Mengenai kanak-kanak lelaki pula, juga terdapat dua orang yang sudah terlebih matured. Dan aku akui hubungan aku dengan dua orang ni is really unpleasant, sukar untuk berinteraksi dengan mereka. Matured mereka menyebabkan mereka tidak memberi perhatian dan tidak hormat kepada aku. Hari ini idea datang kepada aku secara spontan. Aku memberikan mereka berdua peluang untuk ‘bertanggungjawab’. Maksudnya aku berikan mereka ‘kuasa’ menjaga anak-anak aku dalam kelas tu. And see... its working you know

Aku sangat teruja melihat mereka mesra dengan aku. Murid yang selama ini tidak pernah menghiraukan aku mulai melibatkan diri dalam aktiviti aku. Good bukan? Tak payah suruh pun, dia akan volunteer tolong aku buat kerja. J harap2 berkekalan. Waktu nak balik pun, sambil memakai kasutnya siap cakap, “balik dulu cikgu Winda”. OMG.... Terharu tau... 


Well it’s a bless from GOD for sure. Terima Kasih Tuhan.

Yang Penting HATI Bah.

12 comments:

Shila said...

aku baca cerita ni pn terasa bestnya keadaan tu...

senyum je.. =)

dhiera zainudin said...

tahniah cikgu~
perubahan yang membanggakan. hehe

dhiera zainudin said...

wen, dekat FB wen. button msg or add as friend pun xda la~ ada button blocked je.

ni link fb kite.: https://www.facebook.com/dhiera.nadhirah?ref=tn_tnmn

NasQ said...

syoknya jadi cikgu...

bib2426 said...

well done cikgu Wilda.
aku pun suka dengar. tetiber aku rasa nak jadi cikgu weh....

fnd said...

bila nak balik kerja..cakap kat bos "balik dulu bos" pun bos akan gembira, tapi biasanya bos yg balik awal dri staff.hukhuk

Just said...

Owh ko cikgu tadika ka pula wen! Ba, ada masa dtg rmh ajar c rayyan tulis nama dia.. Ehehhe..

panda montel said...

@Tukang Karut syok? try gnti wen seminggu nak tak?

panda montel said...

@Cik Bib haha so ape lg? jadik le cikgu... bersama kita mendidik ank bngsa

panda montel said...

@fnd hahaha yeke? :P

panda montel said...

@Just hihihi ya ba sis... cikgu tadika ba sia ni.. hihihi.. lawak kn? mcm nda pdn ja jdi cikgu. :P

panda montel said...

@Just lupa jwb: hehe boleh ja ba sa ajar c rayyan tulis nama dia. tp kalau dia nda pandai jan salahkan sia. hihihi soalnye i baru guru prektikel ba. hehe...

Post a Comment

Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91