Geng Panda Slim

Wednesday, October 17, 2012

Macam Sifut Je



10.00 am – 7.00 pm = 9 hours and I only make 2 and a half pages of my Final Project. How come…. Haiyaa

Ngam la dengan tajuk kan? macam Sifut je aku buat Final Project. Yang lain da siap. Tapi most of my friend masi di bab 3 or 4... Hihi.. ada kelegaan yang tak sepatutnya disini ye... miahaha...
Urm...My back feels itchy and I just wanna lay down and sleep… 

Esok kena bertolak awal ke Sungkai untuk khidmat komuniti. 6.30am sudah nak bertolak.  

And, I am not so sure if I can wake up so early to get ready…  kalau koloboi (terlajak tidur) nasib la ni besok…

Then on Friday, actually I had invited to attend the SKDK (my previous practical School), but I think I can’t attend it coz tomorrow we’ll rock at Sungkai with so many activities at PDK Sungkai. 

Banyak aktiviti akan kami anjurkan. So kepada sesiapa yang berdekatan, jemput datang ke PDK Sungkai yek…  hehe macam ler ada yang nak datang kan? Hehe…

Baiklah semoga kehijauan seragam kami esok memberikan markah 80 per 80 daripada pensyarah. AMEN! 


Yang Penting HATI Bah.

Tuesday, October 16, 2012

Pintu Di Gam Gam



Pagi kelmarin aku termerosakkan pintu bilik air kami. Aku Cuma tolak je pintu tu…
Tapi memang skru die tinggal dua.. Tuan rumah baiki hari tu pun dia bagi skru dua ja. Huhu.aku termerosakkan die. Sebelah engsel tanggal ba. Sandi tak?

Aku rasa tak sedap hati dengan rakan2 serumah. Aku rasa bersalah sebab rosakkan pintu tu walaupun secara tak sengaja. Takut pula ada yang memendam marah dalam hati sebab pintu bilik air rosak sampai menggangu ketenteramannya buat assignment.

Aku pun ke pekan  tadi mencari engsel tu tapi bila aku dah jumpa… aku fikir semula. Aku tak jadi beli. Sebab aku tak pandai pasang. So balik rumah dengan rasa bersalah tu, aku pun diamkan diri. 

Lepas tu tadi dapat idea tuk gamkan benda tu. Haha dan aku gamkan la. Berjaya juga ba.  Haha… kepada yang makan hati sebab pintu rosak, maafkan aku. Tapi aku bukan sengaja la wei. Xperlu nak buat muka masam dengan aku.
 


Yang Penting HATI Bah.

Sunday, October 14, 2012

TUJUPAKALE (any Idea?)

 
Cerita ni dapat dari facebook hehe... semoga terhibur.

Suatu hari di kedai mamak, seorang lelaki bertanya kepada seorang mamak yang bekerja di situ..

Hasrul : dey mamak apa password WIFI kat sini?
Mamak : apa WIFI??
Hasrul : ini kedai punya internet la..

Mamak : Ooo..itu macam kalu, password dia tujupakale jugak
Hasrul : hah??
Mamak : “tujupakale..!”
Hasrul : Apa tu..??
Mamak : Aiyoo..awak tanya passwordkan... tujupakale la..
Hasrul : Password dia tajupakale..!
Mamak : ya... tujupakale

Hasrul pun menaip T.U.J.U.P.A.K.A.L.E. (ternyata salah)

Hasrul : dey, mamak apa password dia??
Mamak : tujupakale la…sudah tanya banyak kali jugak..aiyoo!!
Hasrul : kau bagi salah la, tu yg aku tanya balik
Mamak : mana ada salah..tujupakale
Hasrul : tak boleh la dey!!
Mamak : boleh la…
Hasrul : ko datang sini tengok aku taip..(mamak tu pun datang) kalo tak boleh kepala ko aku tuju!
Mamak : aiyoo abang jangan marah la..awak satu kali saya tengok (Hasrul pun taip)
Hasrul : ko tengok aku taip T.U.J.U.P.A.K.A.L.E… tengok, mana dapat!!
Mamak : dey, abang mari sini saya taip..awak kasi tekan salah butang jugak..
Hasrul : eh, ye ke…kau tekan la
Mamak : ini macam tekan la 7777
Hasrul : “ini TUJUH EMPAT KALI..!!”
Mamak : betul la saya cakap tujupakale..
Hasrul : %@$#@%#!!!!….


Yang Penting HATI Bah.

Saturday, October 13, 2012

Luahan Hati Lagi


Aku suka menulis. Aku suka bermain dengan perkataan. Aku suka menekan otak aku untuk mereka cipta sesebuah ayat. Aku suka berkarya. Aku sukakan luahan hati. Yap, dan aku tergolong dalam kategori yang mungkin sentimental person. Tapi pepatah Inggeris mengatakan, ‘Life is not just Black and White; put some colors on it’. Aku bukanlah seorang yang cukup baik tapi aku tahu aku boleh menjadi sahabat yang sangat baik jika seseorang ikhlas  berkawan dengan aku. Ikhlas yang aku maksudkan, percayai aku sebagai seorang sahabat dalam suka dan duka. Jangan berselindung dengan aku. Dan jujur dengan aku. aku tahu sangat jarang jumpa sahabat yang seperti ini. 

Sekarang ni aku ada sikap yang baru… iaitu berdiam diri dan kurang bercakap. Bukan sebab aku di landa penyakit murung… tapi mengelakkan daripada aku jadi pengeruh keadaan. Aku tak mahu bersangka buruk tapi kadang terasa juga… tapi aku sengaja mengabaikan dan fight for living alone technically but actually I’m not alone, I am with my fiancée and I had my family and GOD is always keep HIS eye on me.

So, it is up to me now. I think, there is no use pulling my self into a group which is clearly I am not welcome into it. Sabar sahaja. May be ada orang berpendapat, perasaan saja. Tapi aku yang mengalaminya... aku yang merasai. Tapi aku tak kisah pun. Aku bahagia dengan cara aku sekarang ni. Bila di perlukan, aku akan selalu ada di sana.

Yang Penting HATI Bah.

Tuesday, October 9, 2012

Persediaan Ke Alam Kerjaya 1


Ahad lepas. Hari ini hari isnin, ha kelmarin la kan… 

Universiti anjurkan program finishing school untuk semua pelajar semester akhir. Kiranya budak-budak yang dah nak keluar dari UPSI ler… Fakulti aku bergabung dengan Fakulti Sains sukan menjadi pendahulu aktiviti. Program ini mempunyai tiga sesi dan ada tiga kumpulan pelajar semester 8 yang terlibat. Syukur lah.. sedikit sahaja kan? 
 Bagi kumpulan aku, kami akan selesai pada 24 november. Complete ke tiga-tiga slot.
 
Slot yang baru kami lalui adalah slot “persediaan ke alam kerjaya”. Bunyi macam boring kan? Yeap, aku pun fikir macam tu sebelum aku masuk program ini. Aku boleh agak diri aku yang mengantuk. BUT! The real thing is…  selama yang aku ingat, ini lah program yg sangat bermanfaat… kami di ajar cara menulis resume yang betul, tatatertib temuduga yang sebenar, pakaian yang sesuai, fesyen ke temuduga, soalan2 popular… cara menjawab soalan penemuduga malahan skrip pun diberi. Haha… terima kasih yang teramat kepada careercube.com.my. 

Slot selepas ini adalah slot Leadership. Semoga ianya tidak memboringkan seperti yang aku fikirkan. 

Aku bersyukur dan berterima kasih untuk segala ilmu yang aku perolehi selama aku di UPSI. Tak sedar sudah hampir tamat. Minggu ini dah masuk minggu ke-5 dan tinggal lagi 9 minggu. :)  semoga segalanya berjalan dengan lancar.


Yang Penting HATI Bah.

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91