Geng Panda Slim

Saturday, October 6, 2012

Jam Tangan Casio (^_*)


Baru balik dari pecan tadi… Hmmm jenjalan cari Jam Casio. Tengok Kat FB xleh nak pegang. So sy saje saje la pegi jenjalan. Then masuklah kedai jam.. satu demi satu. 

WOW!!!!!!!!!!!!!

Lagi banyak murah.
Semua boleh dapat harga dalam RM80 – RM100.
Murahnye….
Aku pun terfikir… adakah ianya tiruan? 

Dan aku pun berbelah hati…
Tak tahu nak kenal pasti jam original dengan jam tiruan. Ada sesiapa boleh ajar?
Sebelum tu enjoy la gambar2 jam Casio  kat bawah ni… Semuanya dapat dari encik Google. hehe

Kalau rasa-rasa berkenan…. 
Nak mintak tolong belikan, 
wen boleh tolong belikan. Juz bagi tahu wen okay….


Yang Penting HATI Bah.

Friday, October 5, 2012

My Childhood Story


Sedang buat assignment. Actually buat thesis aku. Tapi aku ni tak tahulah, apa sebenarnya masalah aku ni. Baca buku jea nguap… err… adakah aku di kategorikan sebagai salah sorang yg ngidap sindrom kurang tidur? Wahaha tak da sindrom macam tu… aku ni sindrom malas buat kerja. 

Okay… sebenarnya idea nak update blog ni datang tiba2 semasa aku  buka blog Tukang Karut. Dia ni antara follower yg sangat rajin baca entry aku… Well Terima kasih Encik. Moga dimurahkan rezeki dan bahagia selalu bersama isteri dan anak tercinta. (bodek dulu) hehe. 

Okey,  updet beliau yang terbaru adalah mengenai permainan budak-budak zaman dulu dan sekarang. A Versus. Well aku bukan nak cerita pasal perbandingan. Tapi aku nak cerita sikit pasal permainan yang aku selalu main dulu. 

Mandi Sungai.
Dulu sebaik saja balik rumah dari sekolah, aku dan kawan-kawan akan singgah mandi sungai dahulu. Dulu budak-budak manalah nak ingat malukan. Baru darjah satu kot.. kami mandi bogel je. HAHAHHAHA… tapi kegiatan kami di hidu oleh mak salah sorang daripada kawan kami, dikejarnya kami satu persatu tak kira anak dia atau bukan. Punya takut masa tu… lari lintang pukang kami. Sempai pakai pinafore je. Wahaha. Lawak.
Selepas peristiwa tu aku pilih mandi sungai hanya bersama adik aku dan sepupu yang rata2 terdiri daripada orang lelaki. Haha. Best lepak kat sungai dengan diorang sebab ada yang jaga. Kebanyakan sepupu aku tu lebih tua dari aku. Hehe… sambil mandi, kami menangkap ikan. Guna apa? Well aku dan adik aku tangkap guna tangan, yang abang2 tu pakai ‘panah’.  X percaya boleh tangkap ikan guna tangan? Well… aku ngan adik memang tangkap guna tangan. Lepas tangkap ikan kami panggang dan makan tepi sungai. Hampir setiap hari macam tu., tapi aku tetap kurus maintain. Mungkin sebab berenang. 

Polis Pencuri:
Kalau main ni confirm team aku akan menang. Sebab aku kan berlari laju. Haha. Kami akan main permainan ni kalau tak ke sungai. Main sampai pukul 5. Lepas tu kena teriak kat MAMI suruh mandi sebab kat sabah kul lima tu dah nak gelap. Main pula sampai masuk belukar tepi tanah perkuburan. Haha… yang kalah selalunya akan menangis. Muhahahha… satu badan berpeluh tapi aku tak pernah kisah pun. 

Permainan susun selipar/3 kaki/ humban tin
Ni lagi satu permainan yang sangat-sangat digemari. Susun2 selipar/kayu/tin sprite kemudian baling dengan selipar. Kalau kena, everyones kena lari untuk mengelak di baling selipar oleh pihak lawan. Wahaha… kalau main permainan ni, selipar adalah benda paling menakutkan. Sambil main sabil gelak. Abang-abang aku selalunya akan menang sebab mereka berkaki panjang dan aku tak dapat nak kejar. Kesimpulannya aku akan balik rumah dengan muka masam. 

Main kawin-kawin dan masak-masak (Kono-kono)
Kami panggil permainan ni KONO2. Aku tak pasti macam mana dapat nama ni tapi yang aku tahu, kono-kono tu berasal daripada perkataan ‘Konon-konon’. Diringkaskan jadi kono-kono. Hahaha.tapi kami jarang masukkan part kawin-kawin. Kami selalu main masak-masak. Pernah sekali kami masak nasi kat tin terbuang dan berkarat. Masak sup umbut nibung dalam periuk terbuang. Malam tu kami semua sakit perut. Wahaha… budak kan.

Main daun terup.
Err jangan salah faham, kami bukannya main dengan tujuan berjudi, just main daun je. Ada beberapa permainan: cap cangkul. Curi ayam, monyet-monyet, kaya-kaya dan lap lapu. Haha. Aku pun tak tau macam mana nak terangkan permainan kami ni.
Baca komik:
Masa tu era 1990an, komik yang paling kami suka baca adalah Dragon Ball, Pedang setiawan, Doremon, sailormoon, detektif Q, gila-gila, dan banyak lagi. Tak de kreko lagi masa tu. Majalah remaja ni kami tolak tepi. Haha. Kami akan berkumpul ramai-ramai dan baring kat ruang tamu. Baca komik sampai tertidur. Novel? Xbaca langsung. Haha. 

Kereta:
Abang-abang sepupu aku akan cari lebihan papan dan jadikan seperti bentuk kereta. Tayar pula di bentuk daripada selipar jepun.  Mereka akan bagi kami adaik-adik perempuan pinjam dan kami akan main kereta tu. Sebatang bambu pnjang di pasang pada badan kereta kecil (sebesar bekas tisu) tersebut beserta handle daripada kayu dan di pandu seperti memandu kereta. Bamboo tadi diletakkan di atas bahu. (sorry kalau tak dapat imagine)


Banyak lagi permainan lain. Aku membesar tanpa telefon, dvd, psp, dan gadget-gadget elektronik. Kami mencipta permainan sendiri. Sungguh berkreativiti. Seronoknya zaman kanak-kanak aku. Terasa nak kembali pada zaman tu. Tapi… in the other hands.. aku bersyukur aku dah besar. Banyak perkara yang berlaku semasa aku kecil dan aku tak ingin laluinya sekali lagi. Nantilah… aku akan update juga pasal tu. :)

Yang Penting HATI Bah.

Thursday, October 4, 2012

So, I choose Silent


I hurt people around me sometimes...
Through speak...
Sometimes, it's just reflex...
Doesn't mean I meant it...
So choosing to be silent...
Talk when I need...
Answer when there is a question...
Yeah, I may look freak,
Or maybe I am a loser…
Or I may seem…
Nothing…
But, instead of hurting you,
I choose to be silence…
When every thought,
When every words,
And everything I did…
End up with
Misunderstand…
So I choose Silent gap us both…
Doesn’t mean I hate you…
Doesn’t mean I dislike you…
I’ve learned…what am I mean to you…
Silent is better.

P/s: im trying make its look like a poem.. but perhaps.. i'm ruins the English. O my english! hahah

Yang Penting HATI Bah.

Sunday, September 30, 2012

Tentang Kedai ROMP.


 

Menghabiskan masa sehari bersama tunang tersayang. He is really good. Meskipun dia tahu aku benar2 risaukan segalanya yang berkaitan dengan something that attach us together…tapi dia dapat tenangkan aku bila aku bersamanya. May be that was the reason why GOD put us together.
 
Wahaha.. adakah tulisan ku ini membuat anda termuntah? Hehe then sila muntah.. 
Okay, apa yang aku nak tulis kat sini hari ini adalah, sesuatu yang aku sangat2 suka bila aku dengan encik tunang semasa berwindow shopping sama-sama ialah, he is really supportive. Aku tidak pernah tergesa2 dalam membuat pilihan. Dia tidak pernah kisah berapa kedai aku nak masuk, berapa round aku tawaf Midvalley ke, times square ke, Sungei Wang ke… even Kinokuniya juga sesekali. Hehe…

Dia akan follow my step dan dengan ikhlas akan memberi pendapat dalam setiap pilihan yang aku buat. Isn’t that cool blog? Hehe. Yang paling penting, kena isi perut dulu. And harus ada payback time katanya. Pay macam mana? Dia cakap, "bila aku pula yang nak jalan, kau kena ikut dan teman." Itu saja yang dia cakap. 

Well, kamu pernah masuk ROMP shop tak? Aku dan tunang aku masuk kedai ni for the 1st time la. Wahaha… sapa yang tau… kedai ni provide everything that is exactly what we both want.. semua style kat kedai ni kena dengan citarasa kami. 

Well, we both finally get one shirt for each… aku rasa itu berbaloi dengan harganya. Harga mampu milik.. dan design baju pun menarik. Love ROMP. Next month beli lagi, boleh ka Encik Tunang? Haha…

p/s; pic xdak.. skng bila keluar... xdak da ambil pic.. MALAS hehe

Yang Penting HATI Bah.

Saturday, September 22, 2012

Bagi Badan Sihat


Hallo all..
Morning. Entry di hari sabtu. Ehe.
Supplement Food. Dulu aku tak pernah fikir pun pasal benda ni. Bagi aku makan supplement ni untuk orang yg lemah. Dan aku berfikir aku ni kuat la kononnye kan. Hehe… 

Tapi kejadian menimpa aku 3 bulan lalu memang mengubah semuanya. Sekarang ni aku bukanlah obsess dengan supplement food tapi aku semakin memandang serius hal ni. 

Mula-mula dulu aku ambik Spirulina Elken. Tapi bagi ia terlalu mahal bagi saya. Saya mencari alternative dan mendapatkan spirulina yang berkualiti dan affordable. Saya kan student. Tak ada pendapatan, so saya pilih NN Spirulina by Cosway. 

Spirulina ni kategori multivitamin. Kalau makan spirulina, kena pastikan diri minum banyak air kosong. Sebanyak yang mungkin. Sebab spirulina ni buat badan rasa panas dan air je boleh sejukkan badan kita dari dalam. Tapi, Bukan air dengan ais batu. Just air biasa je… kadang-kadang kalau saya kena spend time d library, saya hanya makan sikit dalam 2 atau 5 biji sebab benda ni panas. Kat library xboleh bawa masuk botol air. So kena minum kat water cooler tu dan aku sangat tak suka minum dari water cooler. Kalau kita makan spirulina ni dan tak minum air yang mencukupi.. kesan dia balik pada kulit kita. Jerawat boleh timbul sebab dalam badan sangat panas. So pandai2 lah. Nak cantik dalam dan luar kan? Oh ya, spirulina sesuai untuk lelaki dan perempuan. 

My dearest Fiancee pula aku belikan Multivitamin brand lain sebab kat Mid Valley tu tak de Cosway. Kebetulan aku melawat dia hari tu, dia kerja kat Mid Valley Branch. Kalau bukan aku belikan, sampai sudah pun dia tak beli supplement tu. Now he is taking it daily. Good boy… <3 span="span">

Sejak aku makan spirulina ni, badan aku rasa lebih sihat. Lebih imun dengan virus selesma yang kerap melanda aku dulu. Selain tu aku ni ada masalah gastritis dan gastric sekaligus. Syukur… sejak makan spirulina ni, gastritis sudah jarang ku alami dan kadang2 je mengalami gastric. Dulu usah nak cakap… hampir setiap hari aku sakit.
Selain tu aku makan NN Supa Fuco by COsway. Yang ni pula sejenis stem cell. Bina sel-sel baru dalam badan untuk gantikan sel sel yang sudah rosak. Atu musnah kerana tabiat pemakanan dan persekitaran kita.  Rasa ada sikit hanyir tapi ni  makan sebiji je. 30 biji RM68 tapi kalau ada discount boleh dapat lagi murah hehe… 

Dulu ada ambil NN Primrose Oil juga. Tapi buat masa ni, aku tak makan sebab no stock. Nanti lah baru beli benda tu. Semua orang tau apa primrose oil tu kan. Tu untuk maintain hormone dan juga baik untuk gurls yang ada masalah sengugut macam aku. 


Okay tips: kalau rasa badang tu nak selesma… cepat2 carik vitamin C. Makan / Minum. Take it. Selesma gerenti berkurang. Sy ambik NN 1000 vita-C.


Yang Penting HATI Bah.

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91