Geng Panda Slim

Monday, November 25, 2013

Mendaftar Ke Klinik Ibu dan Anak. (Pengalaman Pertama)

25 November 2013, 1st time mendaftar ke klinik Ibu dan Anak Pandan Dalam. 

Bermula dengan sesi menelefon operator meminta recommendation klinik terdekat. 

Kemudian bersiap, take a taxi. Kena tipu oleh pak cik cina taxi. Dah la dia menipu, aku bagi lagi extra duit hehe. Xpe la. Rezeki uncle cina tu. 

Sampai klinik 9.14am, orang ramai gila. Nak berebut tapi tak dapat. Selesai diberi nombor, dua buah buku Pink (Buku Merah kata orang, tp kaler nye pink ape), form untuk cek breast condition and ada saatu form kecil. Aku tak ingat. Haha…

Ambik air kencing, cek, normal, timbang berat badan, 54.5kg. turun hampir 4kg berat aku. Lepas tu aku duduk sampailah dalam pukul 11.30 baru giliran tiba untuk masuk bilik 6, cek tekanan darah and sesi interview, BMI cek, dan ukur tinggi.Tak bertambah pun tinggi aku sejak  tahun 2004, tetap 153.5cm. haha. Sempat nurse tu bebel sebab aku tak isi lengkap buku pink tu (x isi butiran suami, haha, aku tak perasan kot bahagian tu). Aku terima ja la. Salah aku kan. Nurse dan doc cakap... tindakan aku tepat kerana datang daftar lebih awal, dan aku di nasihatkan untuk dtg awal pada kehamilan akan datang (hahaha) seperti kali ini.

Then aku kena suruh ambik darah. Part ni aku paling takut. Terketar-ketar aku menghulurkan lengan kiri. Masa nurse cucuk tu aku toleh arah lain. Tiba2 nurse cakap dah siap. Aku tengok dah selamat spica-gari darah aku dalam tangan nurse. Haha. X sakit pon.

Then aku duduk lagi sampai pukul 1.10, jumpa nurse kat bilik 5, dia cek breast. Hahaha… Malu aku seyh… then dia sembang sikit2 dengan aku. Aku Tanya macam-macam, senyum je nurse tu, dia bagi appointment 26.12.13. selepas Christmas tu…. Tapi aku setuju je sebab x balik Sabah pun. Xde cuti dah. Hahaha… lagipun suami juga cuti masa tu. Ok la ada teman. Pas tu aku jumpa doc. Part ni yang aku tunggu2, sebab nurse kat bilik 5 inform… doc akan bagi salinan scan baby. Waaa tu yang nak tengok tu… hehe. Doc cakap baby dah ada bentuk dah. Hehe… 

Pukul 2.05pm aku da sampai tesco. Makan Tom Yum Kung Secret Recipe. Menggeletar kelaparan!!!

#Kesimpulannya... bagi aku buat check-up kat Klinik Government ni xde la pahit sangat seperti yang aku bayangkan. nurse xde pun nak sekolahkan aku. hehe. bagi aku ikut pandangan org la.... aku ambiksemua tu positif ja. demi baby tersayang kan...so, sila la bakal ibu yang lain buat check up kat Klinik GOV k. Free ja. Teliti lagi.Masa je la kena korban sikit.#

Yang Penting HATI Bah.

Tuesday, November 19, 2013

Makanan Untuk Tambahkan Paras Hemoglobin (Darah Merah) untuk Wanita Pregnant



Sabtu lepas aku dan suami cek dengan doc for second time untuk tengok denyutan jantung baby. Wah excited sangat dengan baby 1st ni. Doakan semoga tidak ada apa2 yang tak baik berlaku pada kami berdua especially my baby ni.

Balik pada cerita sabtu lepas, doc dah tunjukkan jantung baby. Denyutan jantung baby slow sikit dari aku. Hehe. Selama ni aku tengok kegembiraan org dalam tv je bile Nampak baby dalam perut. Tapi sabtu tu, baru lah aku rasa betapa bestnya perasaan itu.  Bila doc ckp ada satu je dalam rahim suami pla cakap ada dua. Haha… Excited suami aku.

Aku ni mempunyai paras hemoglobin yang rendah sikit dari normal. Aku ada 10.2 je. Tu yang membimbangkan aku tu. Takut ada apa2 komplikasi x ok pada baby. Beberapa petua aku dapat dari rakan-rakan dan adik ipar aku. 

1st, tu Brown Rice. Brown rice bagus untuk tambah paras hemoglobin dan bantu bekalkan kalsium yang cukup pada baby so that xdelah kalsium kita sendiri kurang. Broen rice kt tesco ade kan? Hehe. Kalau dapat yang kat kampung tu mesti lagi superb… aku akan try consume Brown Rice a.ka Beras Tadong dalam bahasa ibunda aku bila kandungan cecah 4 ke lima bulan, bajet kot, lainla kalau boleh dapat yg original made from Ranau, SABAH. Dari kecik2 dulu aku memang suka beras perang ni. Tak tahu pla beras ni bagus untuk hemoglobin.

2nd, is Kerang. Haa ni masalah aku, aku tak pandai masak kerang. Makan aku reti, masak minta maaf. Haha. Dah la sekarang ni aku masih xleh terima bau-bauan masakan yang melampau. Nak g masak kerang ni. Seumur hidup x pernah. Tapi ramai kata memang kerang ni bagus tuk tambah darah. So nampaknya aku memang kena belajar atau pun kena paksa suami aku belajar masak kerang. Sebab kerang murah je kan? Hehehe Sedap lagi. 

Well itu je for now. Jumpe lagi…

Yang Penting HATI Bah.

Tuesday, November 12, 2013

Petua Menguatkan Kandungan di Bwah 3 bulan



Hi bloggers,
Sekarang ni aku tengah pregnant. Dah masuk seven weeks. Hehe…
Perasaan mula2 syak diri pregnant ni mesti la Happy walaupun awal perkahwinan dulu, aku teringin nak berdua dengan suami dalam setahun. But when times come… aku happy menerima baby ni.

Awal-awal kehamilan ni ramai la yang bagi petua kat aku. Satu2 aku akan update kan kalau aku rajin yek.

1st ni, colleague aku belikan Buah Berangan untuk aku a.k.a chestnut.  Chestnut ni bagus untuk kuatkan Rahim. Ni kawan Chinese bagi petua kat aku. Aku memng suka akan rasa chestnut sebelum mengandung hingga kini. Rasanya sedap.

Xjemu nak makan. Tapi agak mahal la. Kat petaling street aku beli dulu dengan husband. Rm10 untuk 0.5kg. kalau x silap la. Mahal kan?

Plasenta yang kuat akan mengurangkn risiko kandungan gugur. That’s the reason. Kandungan di bawah 3 bulan ni masih mudah nak gugut. So berusahalah mengurangkan risko tu. Lagi2 macam aku ni yang kena berkejar dengan train everyday for work.

Selamat berpetua! hehe

Yang Penting HATI Bah.

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91