Geng Panda Slim

Sunday, September 30, 2012

Tentang Kedai ROMP.


 

Menghabiskan masa sehari bersama tunang tersayang. He is really good. Meskipun dia tahu aku benar2 risaukan segalanya yang berkaitan dengan something that attach us together…tapi dia dapat tenangkan aku bila aku bersamanya. May be that was the reason why GOD put us together.
 
Wahaha.. adakah tulisan ku ini membuat anda termuntah? Hehe then sila muntah.. 
Okay, apa yang aku nak tulis kat sini hari ini adalah, sesuatu yang aku sangat2 suka bila aku dengan encik tunang semasa berwindow shopping sama-sama ialah, he is really supportive. Aku tidak pernah tergesa2 dalam membuat pilihan. Dia tidak pernah kisah berapa kedai aku nak masuk, berapa round aku tawaf Midvalley ke, times square ke, Sungei Wang ke… even Kinokuniya juga sesekali. Hehe…

Dia akan follow my step dan dengan ikhlas akan memberi pendapat dalam setiap pilihan yang aku buat. Isn’t that cool blog? Hehe. Yang paling penting, kena isi perut dulu. And harus ada payback time katanya. Pay macam mana? Dia cakap, "bila aku pula yang nak jalan, kau kena ikut dan teman." Itu saja yang dia cakap. 

Well, kamu pernah masuk ROMP shop tak? Aku dan tunang aku masuk kedai ni for the 1st time la. Wahaha… sapa yang tau… kedai ni provide everything that is exactly what we both want.. semua style kat kedai ni kena dengan citarasa kami. 

Well, we both finally get one shirt for each… aku rasa itu berbaloi dengan harganya. Harga mampu milik.. dan design baju pun menarik. Love ROMP. Next month beli lagi, boleh ka Encik Tunang? Haha…

p/s; pic xdak.. skng bila keluar... xdak da ambil pic.. MALAS hehe

Yang Penting HATI Bah.

Saturday, September 22, 2012

Bagi Badan Sihat


Hallo all..
Morning. Entry di hari sabtu. Ehe.
Supplement Food. Dulu aku tak pernah fikir pun pasal benda ni. Bagi aku makan supplement ni untuk orang yg lemah. Dan aku berfikir aku ni kuat la kononnye kan. Hehe… 

Tapi kejadian menimpa aku 3 bulan lalu memang mengubah semuanya. Sekarang ni aku bukanlah obsess dengan supplement food tapi aku semakin memandang serius hal ni. 

Mula-mula dulu aku ambik Spirulina Elken. Tapi bagi ia terlalu mahal bagi saya. Saya mencari alternative dan mendapatkan spirulina yang berkualiti dan affordable. Saya kan student. Tak ada pendapatan, so saya pilih NN Spirulina by Cosway. 

Spirulina ni kategori multivitamin. Kalau makan spirulina, kena pastikan diri minum banyak air kosong. Sebanyak yang mungkin. Sebab spirulina ni buat badan rasa panas dan air je boleh sejukkan badan kita dari dalam. Tapi, Bukan air dengan ais batu. Just air biasa je… kadang-kadang kalau saya kena spend time d library, saya hanya makan sikit dalam 2 atau 5 biji sebab benda ni panas. Kat library xboleh bawa masuk botol air. So kena minum kat water cooler tu dan aku sangat tak suka minum dari water cooler. Kalau kita makan spirulina ni dan tak minum air yang mencukupi.. kesan dia balik pada kulit kita. Jerawat boleh timbul sebab dalam badan sangat panas. So pandai2 lah. Nak cantik dalam dan luar kan? Oh ya, spirulina sesuai untuk lelaki dan perempuan. 

My dearest Fiancee pula aku belikan Multivitamin brand lain sebab kat Mid Valley tu tak de Cosway. Kebetulan aku melawat dia hari tu, dia kerja kat Mid Valley Branch. Kalau bukan aku belikan, sampai sudah pun dia tak beli supplement tu. Now he is taking it daily. Good boy… <3 span="span">

Sejak aku makan spirulina ni, badan aku rasa lebih sihat. Lebih imun dengan virus selesma yang kerap melanda aku dulu. Selain tu aku ni ada masalah gastritis dan gastric sekaligus. Syukur… sejak makan spirulina ni, gastritis sudah jarang ku alami dan kadang2 je mengalami gastric. Dulu usah nak cakap… hampir setiap hari aku sakit.
Selain tu aku makan NN Supa Fuco by COsway. Yang ni pula sejenis stem cell. Bina sel-sel baru dalam badan untuk gantikan sel sel yang sudah rosak. Atu musnah kerana tabiat pemakanan dan persekitaran kita.  Rasa ada sikit hanyir tapi ni  makan sebiji je. 30 biji RM68 tapi kalau ada discount boleh dapat lagi murah hehe… 

Dulu ada ambil NN Primrose Oil juga. Tapi buat masa ni, aku tak makan sebab no stock. Nanti lah baru beli benda tu. Semua orang tau apa primrose oil tu kan. Tu untuk maintain hormone dan juga baik untuk gurls yang ada masalah sengugut macam aku. 


Okay tips: kalau rasa badang tu nak selesma… cepat2 carik vitamin C. Makan / Minum. Take it. Selesma gerenti berkurang. Sy ambik NN 1000 vita-C.


Yang Penting HATI Bah.

Friday, September 21, 2012

Rasa Di Hujung Lidah

 
Aku bukanlah sempurna mana. Aku juga tidak dilahirkan untuk menjadi penghibur setiap orang. Bahkan mungkin bagi sesetengah orang, semua yang aku lakukan, tuturkan mungkin melukakan mereka. Aku tidak dapat mengubah itu. Aku tidak dapat mengubah persepsi orang terhadap aku walau aku cuba berubah. Melainkan kau bermula melihat aku dari sudut positif.
Sedikit kesal dan tersinggung. Sebab sesetengah orang melayan orang lain seolah orang itu adalah yang tidak punya apa-apa. Bodoh dan yang paling teruk diantara mereka. Apa yang harus dilakukan lagi bila setiap perkataan yang dikeluarkan dibantah. Setiap pendapat seperti tidak elok. Diperlekehkan. 

Sekurangnya dia masih punya hati dan perasaan yang kau perlu lihat jika kau tidak mahu hormat dan fahami. Tidak perlu kau mencelah disetiap ucapannya. Pasang telinga dan dengar. Buka mata hati dan fahami. Sekurangnya lihat dia dari sudut positif untuk sekali. Tidak perlu fikirkan hatimu dulu… cuba fikirkan hatinya walau sekali. “Put yourself in others shoes” kata orang. 

Sejujurnya dia kering idea. Kering idea menjaga hati. Bukan semua orang dapat memasang telinga dan membuka hati untuk orang lain. Cerminkan diri sendiri. Aku bukan menulis untuk mengaibkan. Aku juga bukan menulis untuk memalukan sesiapa. Aku Cuma ingin meluahkan apa yang aku rasakan ini. Tidak terluahkan oleh ayat. Biarlah tulisan melakukannya. Kalau ada yang terasa, koreksi dirimu. Jangan melenting. Memang betul kata orang, mata pena lebih tajam dari lidah. Jadi ku harap kau sedar, kali ini kau salah menilai dirinya.


Yang Penting HATI Bah.

Thursday, September 13, 2012

Pertanyaan


Masuk semester baru ni…
Salah satu pertanyaan kawan2 yang aku jumpa ialah..

“Wen, kawennye bile?”
“Wen, bile nak Kawen?”
“Hari besar tu bila Wen?”

Hoho.. ramai btul yang bertanya… normal kot untuk org bertitle tunangan orang. Well… doakan saja la.. k.. semuanya dalam perancangan. If God Will then it will.
Kalau yang tahu tu diam2 jelah dulu… doakan sahaja semoga segala perancangan kami berjalan dengan lancar.
Pening juga nak fikir soal kahwin ni. Banyak benda kena pertimbangkan. Aku tak nak fikir pun tak boleh sebab its about me. Hehe… ya lil bit excited but more too nervous… walaupun masih lama.
I Hope my Mr.Fiancee dapat manage semuanya. 



Yang Penting HATI Bah.

Wednesday, September 12, 2012

Derma Organ


Sudah lama aku mencari saluran yang boleh membantu aku menjadi salah seorang daripada penderma organ. Bukan nak tunjuk baik tapi aku kesian melihat ramai keluarga bersedih kerana kehilangan ahli keluarga mereka hanya disebabkan ketiadaan penderma organ. 

Mungkin ramai orang berfikir… negatif hal ini… tapi bagi aku.. aku sudah lama mengimpikan untuk mendermakan organ aku kepada orang lain nanti. Sesiapa yang berminat.. bolehlah daftar terus kepada agensi ni… atau hubung terus my friend Len Inouie untuk sebarang pertanyaan.

Ok see you later ya…


Yang Penting HATI Bah.

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91