Kebelakangan ni aku sering berfikir apakah akan aku lakukan selepas aku tamat pengajian dan bergraduasi. Aku masih ingat, kecil kecil dahulu aku tidak pernah sekali pun menyenaraikan Cikgu sebagai salah satu cita-cita aku. Seingat aku...
Darjah 1 hingga Darjah 6 aku bercita-cita nak jadi Polis.
Lepas tu masuk je form 1 aku masih nak jadi Polis tapi yang tak pakai baju seragam (uniform) sebab nampak cool je tanpa uniform tau tau dah nak tangkap orang jahat. Hehe...
Form 2 hingga Form 4 aku cita-cita nak jadi Penulis/Penerbit/Pengedit/Penterjemah
Form 5 tu aku nak jadi Pegawai Pemakanan, cita-cita berubah 360 darjah.
Form 6 aku berangan nak bekerja sebagai Pegawai Bank dan nak Business sendiri.
Hahaha pelik kan aku... macam tak tahu arah tuju langsung, Last last aku pergi apply apa? Aku habis saja STPM aku apply masuk UNIVERSITY tapi tak tahu nak ambil jurusan apa. Without any purpose aku klik klik je UPU tu. Hmmmm.... Lepas tu dapat la MEDSI untuk tapisan masuk UPSI. Lepas tu gagal dalam Medsi tapi aku tak sedih sikit pun.
Then pergi jadi kerani kat Office Gereja. Kat sana aku mula berfikir sedalam-dalamnya. Mencongak masa depan aku. I am so lucky sebab aku dikelilingi oleh orang-orang yang sangat baik dan banyak membantu aku daripada aspek Rohani, Mental dan Material. Bila aku ajukan minat nak belajar dengan Seorang pensyarah dari UMS dan memberikan Result STPM aku yang tak seberapa, aku di terima sebagai pelajar UMS di sekolah Peniagaan Dan Ekonomi dengan pengkhususan Perbankan. GULP! Aku masa tu takut je lebih. Aku hold decision aku untuk sambung belajar di UPSI sebab aku takut aku tak mampu nak belajar dalam bidang tu. Tak de keyakinan langsung kan.
Lepas tu aku cuba mohon masuk UPSI semula untuk ambilan Disember 2008. Tapi seriously aku tak pernah mahu menjadi Cikgu. Aku tak tahu apa yang mendorong aku untuk beria ia nak masuk UPSI. And I got the MEDSI. Kali ni aku serahkan semuanya dalam tangan TUHAN. Aku memang berkata padaNYA. “GOD, not my will but YOURS” And yes aku Lulus MEDSI dan kemudian lulus interview. Aku tidak sedar, semuanya bagai mimpi bila aku sudah berada di UPSI and as a Childhood Teacher!
I never dream to be a Pre-Kindergarten Teacher!!! Aku apply masuk UPSI pun aku minta Pendidikan Kaunseling. Hmm... but then aku tetap teruskan dengan pertanyaan dalam hati aku... WHY Must a Pr-K Teacher? Sampailah sekarang ni tanpa sedar aku kini sudah di Tahun Akhir Pengajian. And jawapan yang aku dapat daripada soalan aku kat atas tu adalah....
“God knows you more than you ever do. God knows what the best to you is. Let Him make your way and what you need to do is, be always in His way and make effort in everything you do” (Tuhan Tau mana nak letak kita)
P/s: Sometimes I wonder if my life is obeyed in an illusion, but one thing I've learn is the reality is only what you make it”
Yang Penting HATI Bah.
6 comments:
jadi cikgu tadika best, sebab dapat layan perangai kanak2, boleh praktis untuk masa depan
cita cita aku nak jadi otomen...
aha ea..cita2 wen lain2.. kite dari kecik nak jadi doktor sampai besar minat masih dalam bidang kesihatan. tapi skang keje buat investigation je..
sbb wen mmg berbakat nak jadi cikgu tadika. hehe
dill.
@Miz Novexxyeke boleh prektis?
@Tukang karut haha ko tu memang da jadi otomen pong hehe
@wahhh investigation tuuu wah besh besh
@dill haha ade ade je dill ni kan? heee
Post a Comment
Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P