Geng Panda Slim

Saturday, August 27, 2011

Teguran: Menyakitkan atau Menyihatkan


Teguran memang menyakitkan dan sukar untuk di terima. Terpulang kepada anda untuk menerima dengan cara apa sekali pun. Marah, terbuka, tersenyum mahupun membantah terang terus teguran yang diberikan kepada anda. 

Sekali dulu aku dan rakan sekelas yang lain cuba berkongsi dan cuba untuk saling menerima. Kemudiannya ia menjadi sesi yang sangat menyakitkan sebab bila semua orang berterus terang dan tidak semua orang dapat menerimanya dengan baik. Keadaan jadi tidak terkawal dan ada rakan yang menjerit2 marah atau tepatnya sedang berperang mulut. Kemudian kami menghentikan sesi itu dan beralih ke bilik masing2 ( kerana kami dalam lawatan sekolah).
Itu merupakan salah satu cara orang menerima sebarang bentuk teguran. Ada yang terlalu ego pada ketika itu dan ada yang menegur tanpa lapik langsung. Yang tidak pernah bersuara juga menunjukkan belang dan bercakap mengikut penilaian masing-masing. Antara ayat yang aku tak boleh lupakan:
            “Saya memang pilih kawan”
            “ Maksud Ko (Ko = Kau)?
“ Macam Si ******, ko tau kenapa saya xpernah tegur ko? Sebab ko punya sikap tidak sama macam si *******. “
Pada tahap ini aku sudah surrender  dan aku berkata OMG this things should end here. Dan aku masuk ke dalam bilik baring dan bercadang untuk tidur saja. Kebetulan memang penat dengan perjalanan yang jauh daripada Ranau Ke Tenom.

Dan kawan2 datang tak silap ada 3 orang yang datang minta maaf kepada aku kerana mereka bersikap unrealistic dengan aku. Aku terharu, meski aku secara jujurnya tidak menegur seorang pun rakan sekelas aku ( girls or boys) secara terang-terangan dan aku hanya meminta maaf kerana aku tahu ramai yang tidak puas hati dengan aku sebab aku adalah pengawas sekali gus merupakan timbalan ketua pelajar pada ketika itu. 

Namun mereka datang dan meminta maaf kepada aku. Dan mengakui mereka tidak sukakan aku dan sempat memberikan gelaran kepada aku kerana sikap aku.  

Kesimpulan daripada kisah di atas. Sebenarnya, akulah yang ditegur banyak dalam hal kawan datang meminta maaf kepada ku. Kedatangan mereka minta maaf  kepada ku sebenarnya memberitahuku bahawa ada sikap aku yang tertentu menyebabkan mereka tidak menyukai aku. Dan pada ketika itu aku menerima semuanya dengan begitu senang sekali dan dalam diam mereka sedikit sebanyak memberikan aku landasan untuk berubah. 

Dalam kes terbaru, aku ditegur kakak aku kerana sikap aku melalui sms. Dan aku menerima teguran itu dengan hati yang lapang. Kerana mungkin aku juga menyedari perkara itu dan aku memang ingin berubah. Memang sukar untuk melakukannya, seperti kata seseorang “PERUBAHAN ITU MENYAKITKAN” tetapi hasilnya membahagiakan.

Jadi bukan sesuatu yang sukar untuk kita melakukannya bukan? Jika anda orang yang ditegur, maka buatlah response yang baik. (HOW?) jangan Tanya aku caranya, fikirklan. Pun begitu, jika anda juga perlu menegur seseorang, pastikan caranya adalah baik dan tidak terlalu menyakitkan. Aku memang sedikit emo bila orang tegur aku dengan baik tapi aku terus terang teguran anda akan membentuk aku menjadi orang yang sepatutnya.




Aku Tulis, Aku Kongsi, Aku Cerita

0 comments:

Post a Comment

Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91