Geng Panda Slim

Showing posts with label kain. basuh kain.. Show all posts
Showing posts with label kain. basuh kain.. Show all posts

Monday, December 10, 2012

Tips Hilangkan Bau Tengik Peluh Pada Pakaian.



Sape pernah basuh baju dan bau masih lekat pada baju tu?
Mesti korang tak basuh elok2 kan….
Miahahaha…. Dah lama tak buat Entry Tips entah ape-ape ni.

Okay, benda ni berlaku kat wen bila wen berjinak-jinak dengan baju jersi (ada 1 je jersi) dan bila kesibukan melanda, basuh kain main basuh je. Untuk peringatan, kes ni berlaku masa semester enam dulu okay. Sebab masa tu wen ambil futsal. Baru la merasa pakai jersi ni. Ha ha ha. Kenapa Futsal? Sebab ni adalah antara permainan yang wen tak tahu langsung cara nak main. Magic je tengok orang lelaki tendang bola boleh masuk tepat ke pintu gol. Wen?  Akaiiii (aduh)…. Aim ke pintu gol.. sekali kena kawan kat sebelah kiri, apa macam????? Hehe… sekarang teknik tu dah tahu k. hihi… kalau nak ajak main futsal pun boleh doh ni. Hehe
Eh, lari tajuk pula… okay… tips ni senang je… kalau nak basuh baju yang berbau busuk dengan peluh terutamanya… susah kan nak ilang bau baju tu. Lagi-lagi kalau jenis yang berpeluh *&%$^$#^&^$^#$**^$% kan? 

Tapi kalau dah bersukan seharian… memang la peluh tu lekat kat baju. Sekali dengan baju-baju lain pun di jangkiti kan?  Well, cuba rendam kain-kain tu dalam 30 minit sebelum basuh. Jangan nak komplen baju korang kena jangkit dengan kaler lain, pandai-pandai la kasi asing kan. Kemudian basuh macam biasa. Bagi yang tak suka bilas baju dua kali sebab nak sangat berjimat cermat tahap kalajengking. Sila rajinkan diri membilas dua kali untuk memastikan sabun betul-betul tanggal dari kain kita. Hehehe. Pastu jemur la k. 

Tips yang tak de maksud pun kan. Mungkin semua orang dah tahu. Ketara sangat tuan punya blog tak de idea nak menulis. Hahaha.

Yang Penting HATI Bah.

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91