Geng Panda Slim

Tuesday, May 21, 2013

Stress But Excited.

Finally, Berjaya juga aku dengan tunang dapatkan white outfit. Selepas hampir tiga hari. Hari ahad lepas aku dah mula rasa give up. Rasa payah sangat. Nak menangis pun ada sebab payah nak mencari.
Abjet dalam rm500+ tpi setelah beli semua keperluan. Harganya tidaklah semahal yang disangka kan. Sangat bersyukur sebab berkat sabar, kami Berjaya mendapatkan outfit tu dengan harga yg boleh tahan dan sangat murah berbanding dengan harga yang kami expect. Maksudnya jimat lagi la kan.
Sekarang ni problem yang di hadapi adalah kargo. We had 30kg ja ni. Tapi entahlah akan exceed ke tidak. Harap xexceed la. Banyak dah aku kumpul ni. Tapi x susun lagi dalam luggage.  Takut tak muat dan lebih je nanti. Hihi.
Sedikit demi sedikit masalah selesai. Perasaan stress sedikit demi sedikit bertukar menjadi perasaan excited, that one I admit.  Terima kasih Tuhan.


Yang Penting HATI Bah.

Monday, May 20, 2013

Bersawang Sudah!!


Bersawang sudah blog ini tanpa sebarang update daripada tuannya.

Persiapan perkahwinan dan juga kerja buat aku kalut. It’s funny and fun also stressful. Every single thing must be done properly.

sekarang ni tengah cari pakaian untuk mr tunang. Semalam habis sungai wang aku tawaf. Tapi masih tak jumpa. Sedih la pula rasa diri ini. Penat berjalan semalam tak berbaloi rasanya.

Ada juga la jumpa one set suit. Harga dalam RM300-400. Tapi pakai sekali je… kurang berbaloi gitu. Masih mencari kain kategori off white .

Baru tadi di hubungi oleh wedding card company menyatakan kad dah ok and boleh ambil cume free gift kalender je lagi yang tak siap. Hmmm Hope dapat kad tu secepat mungkin.

Jauh macam ni payah sangat nak arrange everything. Syukur family kat kampong banyak membantu menguruskan pra persiapan yang lain2 kat kg seperti hiasan, gong, pengangkutan, gereja, tetamu, menu dsb.

P/s: mesti korang fikir aku ni free sangat hari ni kan? Haha memang pon sebab aku duduk kerja kat Menara Maybank hari ni. Buat report je kerjanye. Hehehehe….
Kol 5 nak balik. Hihi 


Yang Penting HATI Bah.

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91