Geng Panda Slim

Saturday, November 7, 2009

Suatu Pengalaman.

Macam-macam berlaku di sekitar saya kebelakangan ini. Rasanya tidak mampu saya mengulas satu persatu daripada semua ini. Terasa hati turut sama terbeban dengan pelbagai persoalan yang ada. Cukup tersentuh dengan pelbagai peristiwa yang di alami oleh orng di sekelilingku. Dan bila saya di tanya, apa yang harus saya jawab? Saya sendiri pernah mengalami. Dan untuk bangkit semula adalah amat memeritkan.
Bagi diri saya, yang ada sekarang ni, segalanya memang memeritkan tapi satu pegangan seperti prinsip yang saya pegang setiap kali saya jatuh ialah,
“saya boleh bersedih, menangis, merintih, berdukacita, atau apapun jika saya berdepan dengan kelemahan, namun saya akan pastikan bahawa saya akan kembali bangun. Kembali berdiri.”
Saya pernah berkata kepada diri sendiri ketika saya mula2 mengalami hal ni suatu ketika dahulu. Bahawa saya akan jadi lebih baik daripada orang yang pernah menyakitkan hati saya. Cuma ya sebagai manusia kadang kala saya lemah dan kerap kali menangis. Tapi saya selalu kan bangkit lagi. Tentunya dengan Kasih Kristus. Kenapa? Sebab saya dapat kekuatan hanya dengan Kristus. Ketika saya sering berbeban berat, dia selalu buat saya lega dengan pelbagai cara.
Setiap kali saya merasa kalah dengan diri sendiri. Tuhan sering menguatkan saya. Bukan saya nak bagi tau saya ni kuat. Saya ni terlalu beriman. Tapi... saya ingin bagitau yang saya selalu di sedarkan dan ditolong Tuhan. Banyak kali saya jatuh dalam pelbagai pergumulan, perlbagai persoalan kerana terlalu mengikut kehendak diri sendiri. Namun akhirnya? Tuhan sayangkan umatnya.
Sekarang ini pun sedang bergumul dengan perkara yang betul2 membebankan fikiran saya. Betul-betul memaksa saya bertahan. Tuhan tahu persoalan yang kita alami bha. Jatuh bangun kita dalam dosa adalah proses pematangan secara rohani. Bagaimana mungkin kita kana mengetahui bahawa Tuhan maha mengampuni jika kita tidak pernah melakukan kesalahan?
Percayalah bahawa Tuhan melihat setiap perkara yang kita lakukan. Adakah itu dosa, adakah itu kerana iman. Adakah itu pengorbanan duniawi, mahupun pengorbannan untuk kemuliaan nama Tuhan. Tetaplah berdoa dan mengucap syukur atas setiap perkara yang kita lakukan. Mungkin semuanya nampak kabur. Nampak kelam. Namun, yakin lah bahawa segala sesuatu itu pasti indah pada waktunya.
Bercakap soal ini, saya kembali terkenang perkara yang saya putuskan beberapa hari lalu. Sungguh menyakitkan tapi, bila difikir semula, adalah lebih baik jika hidup ini seperti ini sahaja tanpa memikirkan perkara yang masih di luar kemampuan mata rohani untuk melihat. Entah di mana silapnya, tapi saya pasti Tuhan mengetahui. Suatu doa yang saya minta bertahun lalu, ingatkan telah terjawab. Siapa tahu, saya sendiri yang mengambil keputusan untuk mengakhiri segalanya.
Saya Cuma berdoa agar apa yang berlaku ini bakal membuatkan semua orang bahagia dengan kehidupan masing-masing. Saya ingin melupakan segalanya dan biar la Tuhan yang mengajar saya sendiri tentang kasih. Biarlah hati mampu melihat dahulu setiap sudut kehidupan saya. Agar saya mampu mengerti sebuah kasih yang benar di hadapan TUHAN. Ini menyakitkan. Terasa diri ini sungguh memalukan. Tapi Tuhan tak pernah melihat manusia dengan rupa tapi hati. Hany manusia saja yang membezakan sesama mereka. (menghakimi)
Semoga kebahagian mewarnai kehidupan kau...Terima kasih untuk setiap kebaikan ko terhadap saya. Terima kasih keran menyemarakkkan semangat saya di hadapan BAPA ketika saya sangat-sangat memerlukan. Terima kasih. Terima kasih. Tuhan memberkati the rest of your life. Kau faham siapa kau.

hati yang terluka sukar untuk mekar kembali. tapi jika di bajai dengan Firman Tuhan, di sirami dengan Airmata doa, dan di belai dengan perbuatan indah di hadapan Tuhan, pasti akan sembuh walupun memakan masa. TUHAN MEMBERKATI.

0 comments:

Post a Comment

Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91