PKP Hari ke 36 baru saya terfikir untuk menulis sesuatu
dalam blog ini.
Sekarang saya agak sibuk dengan tugasan sebagai seorang
guru. Saya mencuba sedaya upaya memberikan anak-anak murid saya pengalaman
belajar setiap hari.
Jika tiada sebab mustahak yang menyebabkan saya tidak dapat menjalankan
PDPA pada hari itu maka saya akan tetap memerah otak mencari idea untuk
dikongsikan kepada anak-anak.
Penat? Ya saya penat. Tapi saya puas dan saya dah memang
kerja saya.
Bukan sebab rajin atau nak buktikan apa-apa tapi sebab ini kerja saya.
Bukan sebab rajin atau nak buktikan apa-apa tapi sebab ini kerja saya.
Hari hari kering idea nak bagi apa lagi aktiviti kat murid.
Tidak la nanti digelar makan gaji buta.
Ok lah, dah hilang dah idea nak menulis bila perut sudah
kenyang.