Geng Panda Slim

Wednesday, October 21, 2015

Susu Formula Untuk Leona

Banyak benda aku nak update tapi tak terbuat pun, sibuk dengan rutin Mommy kepada Leona.
Anak aku ni jenis yang tak suka tidur siang so  memang payah la aku nak layan blog. Baru duduk nak hadap laptop, dia pasti akan panjat badan nak duduk sekali.

Duduk saja-saja tak pa, ni jari dia pun ikut nak menaip, end up aku main dengan dia dan blog entry jadi draft! 

Wokeh, kali ni dia tidur lena, ni dah nak dekat tiga jam dia tidur, mungkin sebab semalam dia tak lena. So aku nak update pasal Susu Formula. Sample susu Mamil yang aku request beberapa bulan lepas tu dah selamat sampai ke tangan aku 3 minggu lepas.

The 600gram Of Samples Worth RM45
Aku terkejut juga sebab sample tu besar kot saiznye, dalam 600gram. Mamil work hard aar you, hehe. Tapi sebenarnya itu sangat bagus untuk bagi sample dengan saiz yang besar. Nanti anda akan tahu kenapa.
Kali pertama aku bancuhkan susu untuk Nana, dia termuntah dan she refuse to have another sip! End up le~ mommy drink the 4oz FM lerr. Sayang kot nak buang, haha.

Second trial aku buat, nana kemam-kemam saja dan luah balik susu tu. FYI she had tried few samples, dan semua dia buat muka muntah, muka tak nak, run away, curah ke toto kat bilik mainan pun ada!
Third trial, aku campurkan susu tepung ke dalam penkek yang aku buat khusus untuk lunch kami. Yummy, Taste good you know.

Fourth trial aku kasi dia ratah susu tu gitu gitu je. Not Good? Aaahhh bukan banyak, setengah sudu jee. And guess what, she like it; even ask for more milk powder.

Fifth trial, aku bagi dia setengah sudu kat piring dia, dan aku bancuh 8oz, aku bagi makan biskut sikit, then suap susu pakai sudu. Oh?! Nana minum, maksudnya dia dah dapat terima rasa itu. See, betapa baiknya sample free diberi lebih sedikit dan bukan setakat nak kasi satu atau dua macam sesetengah FM tu.

Selepas 5th trial tu, dia dah tak menolak kalau aku suapkan susu. Cuma memang tak nak  botol susu, aku rasa dia tak reti nak hisap. Sebab tak pernah kan. Dan sikit saja dia habis, paling banyak pun dalam 4 oz, selebihnya nak mengempeng. Hehe , But of courselah aku akan teruskan breastfeeding sampai dia berumur 2 tahun, then slowly stop. Sekarang ni dah masuk 16 bulan, ada lagi 8 bulan untuk bersabar dan berjuang. 

Aku tengok poo Nana pun elok je minum Mamil ni, tak ada meragam. 

So ada baiknya buat macam Mamil buat, diorang call aku, tanya aku baru nak cerai susu badan ke apa. Dan normallah budak tak nak at first, itu gunanya bagi sample besar, boleh buat beberapa percubaan. Nampaknya aku bakal membeli susu MAMIL. Apa-apapun terima kasi Mamil....... Mahalnyeee.hehe

SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab. 

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91